Buat Pilihan Terbaik. Merana atau Bahagia?

Nama: Fadlee

Jantina: Lelaki

Saya keliru. Siapkah harus saya pilih. Gadis A orangnya baik dan sentiasa buat saya ceria dan senang berbual. Gadis B pulak orangnya baik jugak tetapi saya malu nak bertegur sapa. Saya sedih apabila dia sedih. Dia satu kelas pula. Saya xnk kehilangan gadis A kerna dia sentiasa ada dan setia walaupun dia tau bnyk rumour mengatkan sye ni kaki pompuan. Saya x prnh ingt tentang gadis B tetapi apabila moment update tntg dia sedih, jadi saya turut sedih. Hati saya tersentuh apabila saya terdengar tentang dia. Siapakah harus pilih dan apakah harus sya lakukan?

Soal membuat pilihan pilihan ni memang susah. Pilih A salah, pilih B pun mungkin salah. There is no definite answer.

Tak elok pulak kalau saya cakap pilih A dan tinggalkan B sedangkan saya sendiri tak kenal hati budi keduanya. Jadi untuk memudahkan kerja Fadlee, sebenarnya pilihan terletak di tangan Fadlee sendiri. Fadlee lebih tahu hati budi, perangai dan juga baik buruk gadis A dan B.

Pilihan dan kriteria mungkin berbeza tapi kalau teliti betul-betul dan selami lebih dalam hati Fadlee sendiri, tentunya Fadlee sendiri akan tahu yang mana sebetulnya kehendak hati. Hal macam ni bukan main tutup mata pilih, kena ambil masa, tenang dan buat keputusan yang betul-betul muktamad. Bila dah betul-betul pilih jangan tiba-tiba tukar keputusan pulak.

Fadlee sendiri akan sedar yang sebenarnya akan ada beberapa faktor dan jugak ciri-ciri yang menjadikan sesorang itu lebih baik dan lebih sesuai untuk bersama dengan Fadlee berbanding yang lain. Persoalannya sekarang, Fadlee betul-betul kena usaha cari dan teliti apakah faktor atau ciri tu. Ini yang saya maksudkan perlu ambil masa dan buat keputusan. Sedangkan kasut pun dipilih teliti sebelum beli, apatah lagi teman hidup untuk dipakai hingga ke hari tua!

And paling penting sekali, tolonglah jangan pilih 2-2. Jangan sampai ada yang merana dan terseksa disebabkan ketidakmatangan Fadlee sendiri. Ok?

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Jul 27, 2016 | Posted by in Keliru | 0 comments

Rakan Semua Dah Berpasangan, Aku?

Nama: Syaz

Jantina: Perempuan

Saya berumur 22thn dan sedang belajar degree thn ke-2. Sewaktu umur saya sekarang ini, saya dikelilingi oleh rakan2 yg telah mempunyai pasangan hidup. Namun, saya masih tidak mempunyai pasangan sampai sekarang. Situasi mcm ini mnyebabkan saya mempunyai keinginan utk mmpunyai pasangan hidup. Saya sedang meminati seorang laki yg sama kos blaja dgn saya. Kami sntiasa bermsj dan kadang2 berkongsi rahsia. Namun,laki itu prnh meluahkan pd saya yg dia minat prmpuan lain. Since that day, saya hanya redha dgn keputusannya dan sebaliknya mmberi sokongan pdnya. Tapi prmpuan yg dia minati trsebut dh mempunyai pasangan hidup sndiri dan laki trsebut sedar tp msih mengharap pd prmpuan trsebut. Walaupun begitu, hati sya msih minat pd laki itu sbb saya susah nk minat laki dgn btul2. Jd wajarkah saya menunggunya atau tidak? Dan perlukah saya mmpunyai pasangan hidup skarang disebabkan persekitaran sya yg dikelilingi oleh rakan2 yg tlh mmpunyai pasangan hidup ?

Apa yang Syaz tengah hadapi sekarang ni adalah perkara biasa yang ramai anak muda sedang lalui. Perasaan untuk tidak ketinggalan dan sentiasa berada dalam arus terkini menyebabkan kita rasa yang kita mesti lalui perkara yang sama untuk tak ketinggalan.

Nasihat saya, jangan terpedaya dengan keinginan dan perasaan sendiri terutamanya dalam hal berpasangan kerana perasaan cinta dan sayang mengambil masa. Tak semestinya kawan yang lain dah berpunya dan berpasangan kita pun perlu ikut sama. Lain orang lain caranya. Cuba bayangkan, disebabkan terikut dan termakan dengan keinginan dan nafsu untuk berpasangan, Syaz sendiri akhirnya dilukai semua gara-gara Syaz dan pasangan sebenarnya belum bersedia. Apakah berbaloi mempertaruhkan kasih dan sayang untuk sesuatu yang Syaz sendiri belum pasti dan yakin?

Bagi lelaki yang Syaz minat tu pula, tak perlulah terlalu berharap dan terlalu mendesak. Dia sendiri dah boleh paham yang dirinya kini sedang bertepuk sebelah tangan dan hanya masa yang akan menentukan sama ada Syaz boleh mengisi kekosongan yang ada pada dirinya sekarang.

Melihat pada situasi sekarang, saya rasa ada baiknya Syaz masih kekal dan tidak termakan dengan desakan dan keinginan untuk berpasangan. Masanya akan tiba kelak. Jadi apa yang Syaz perlu lakukan sekarang ialah sabar dan teruskan bersabar. InsyaAllah masanya akan tiba.

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Jun 21, 2015 | Posted by in Jiwa Kacau | 0 comments

Aku Pilih Bunuh Diri Kerana Tewas Oleh Nafsu Sendiri.

Nama: Dieya

Jantina: Perempuan

Saya tak tahu ingin berbuat apa, sebab saya keliru. Adakah ini cinta atau nafsu? Saya punya msalah yang sangat berat, kadang2 saya terfikir untuk bunuh diri. 3 tahun saya menjalinkan hubungan dengan bf saya dan sering melakukan maksiat kerana ingin membuktikan kasih sayang saya terhadap dia. Sehingga sekarang saya merasa sangat menyesal dan ingin memutuskan hubungan.

Tetapi malang sekali, sekarang saya dilema kerana baru sekarang saya di sahkan mengandung. Tapi saya ingin memutuskan hubungan dengan dia, dan baru saya tahu, semenjak dia mengetahui saya mengandung, dia semakin menjauh dengan saya. Dia semakin berperangai menyakitkan hati membuat saya tidak sanggup bertahan. Tolong saya doktor cinta, bantulah saya menghadapi masalah ini.

Bunuh diri bukanlah jalan penyelesaian untuk apa pun masalah, kecik mahupun besar. Ingat!

Terpulang pada Dieya untuk masih menerima bf Dieya tu semula ataupun tidak. Hakikatnya kandungan Dieya tu memerlukan seorang bapa dan bf Dieya tu tentunya tak boleh lari daripada tanggungjawabnya sebagai seorang yang perlu bersama-sama Dieya membesarkan anak kecil tu. Sama ada langkah seterusnya kahwin atau tidak, tu pilihan Dieya sendiri, tetapi pastikan tanggungjawab bf Dieya tu tetap ada.

Kalau benar Dieya masih cinta masih sayang dan bf Dieya inginkan pernikahan, teruskan. Kalau memang tiada cara lagi untuk memperbaiki hubungan korang berdua, jangan berkahwin semata-mata untuk menutup mulut masyarakat dan bukannya mencari kebahagiaan. Tak guna menutup satu kesilapan dengan kesilapan yang lain kerana akhirnya inilah yang akan membinasakan kita kelak.

Apa yang dah terjadi biarkan terjadi. Redha dan terima hukuman dan akibatnya dengan hati yang terbuka. Lebih baik hadapi masalah itu sekarang daripada Dieya terus menerus berdalih dan cuba menjauhi kebenaran. Kandungan itu tak bersalah dan jangan pula Dieya terfikir untuk menggugurkan jasad yang tak berdosa tu.

Duduk bersama keluarga atau ahli keluarga Dieya yang paling rapat untuk berbincang mengenai hal ini dan cuba menjadi seprofessional mungkin tanpa melibatkan emosi agar perkara ni boleh disampaikan secara baik dan akhirnya boleh mencari solusi yang terbaik. Bertemu mata antara kedua-dua belah keluarga juga wajar dilakukan agar semuanya boleh diselesaikan sebaik mungkin dan akhirnya tak mengeruhkan lagi keadaan.

Harap Dieya terus tabah dan fikirkan masa depan Dieya dan kandungan di masa depan kelak. Bunuh diri dan juga pengguguran bukanlah jalan penyelesaian yang Dieya mahukan. Jangan hitamkan lagi masa depan Dieya yang ada sekarang dan percayalah yang segala masalah yang timbul pasti ada penyelesaiannya.

Kami di sini menyokong Dieya sepenuhnya dan harapkan Dieya yang terbaik untuk semua perkara; sekarang dan juga di masa hadapan kelak. Buatlah keputusan terbaik bagi Dieya, kandungan dan orang sekeliling, inilah yang terbaik Dieya boleh lakukan.

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Jun 21, 2015 | Posted by in Keliru | 1 comment

Cinta 2 Tahun Lepas, Adakah Berputik Kembali? Atau Hanya Syok Sendiri?

Nama: Siti

Jantina: Perempuan

Hi,saya nak tanya sikit ni,ex bf saya dh break ngan saya lebih kurang 2 tahun lalu,tapi tahun ni kitaorang sama kelas,dan saya perasan yang dia mcm nak dekat2 ngan saya dan tadi dia try duduk sebelah saya (tp sekejap je),saya mcm terkejut pastu buat x tahu je and try berlakon tengah ckp dengan kawan saya,profile insta saya pun ada jugak gambar yg dia like,maksudnya apa ya

Boleh tolong terangkan?

Terima kasih, 🙂

Hi.

Perkara yang lepas jangan dikenang. Situasi yang Siti hadapi ni amatlah sesuai untuk kami gunakan ayat ni. Dah 2 tahun berlalu tapi masih menaruh harapan. Jelas kat sini yang Siti sendiri masih menyimpan sedikit perasaan kat ex Siti tu. Kalau benar dan yakin dan pasti yang dia dah jadi ex, takkan ada sikit pun perasaan yang macam Siti gambarkan tu. Kalau betul Siti dah move on, takkanlah Siti boleh terperasan dengan tingkah lakunya yang semakin mendekati dan jugak perbuatannya di laman sosial? Jelas sekali Siti sendiri belum move on.

Tapi beware dan tolong berjaga-jaga. Ada kalanya lelaki ni hanya nak bersikap normal dan baik terhadap semua orang. Mungkin apa yang dilakukannya tu hanyalah sikapnya yang sebenar terhadap semua orang dan Siti sendiri yang perasan?

Tanya diri Siti sendiri, masihkah Siti memendam perasaan lama? Atau Siti hanya syok sendiri?

Hanya Siti yang boleh bagi jawapan.

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Apr 23, 2015 | Posted by in Percintaan | 1 comment

Cinta Jarak Jauh, Adakah Aku Bertepuk Sebelah Tangan?

Nama: Esmail

Jantina: Lelaki

Salam.

Cerita saya bermula 7 tahun yg dulu..dia client ex majikan saya..saya org yg sering brurusan dgn nya dlm hal2 kerja. 5 tahun kemudian saya nekad utk berdikari sendiri & dialah client yg pertama ikut jd client saya..lama kelamaan kami semakin mesra mcm kawan2..x pernah saya hickup dlm urusan projek & selalu memuaskan hati dia sebagai client saya.

Peribadi saya ni pulak kaki perempuan, suka memasak & suka ke gym. semua brkaitan saya dia tahu trutama bab kaki perempuan.. Lama kelamaan saya mula rasakan sesuatu yg pelik..setiap kali dia call dia msg dia komen or like status fb saya terutama pic2 masakan & pic2 saya workout d gym saya teramat amat happy. Kelmarin 14hb 04 2015, saya pos la kat FB “Kenapalah Tuhan ciptakan Sarawak & Semenanjung dpisahkan oleh Laut Cina Selatan, kan best kalau bersempadan hari2 aku boleh ke KL” ..x sampai 1 minit dia komen “Aaah kan best i pun boleh ke Miri Sarawak” ..Saya pun cepat2 lah reply “I pun boleh turun KL hari2”..x sampai je seminit saya lihat komen dia dah hilang & saya cek kat friend list “This account has been deactivated”

Sekarang apa harus saya buat?? Perlukah saya hantar msg brtanya atau buat2 tak tahu apa yg berlaku..26 april nanti birthday dia. Saya plan nak buat kek coklat utk dia dan pos ke KL..perlu kah saya lakukan itu..

Banyak hint2 yg lain saya pos di FB sebelum ini termasuk 2016 akan dtg saya akan pindah KL & tukar kerjaya saya, dari logistic ke fitness industry. dia tahu hal tersebut saya pernah beritahu dia yg saya dah jemu dlm kerjaya yg sekarang & ingin bertukar ke kerjaya yg saya minat fitness & masakan d KL..Dan kerjaya saya sekarang ini x menjanjikan kpuasan pada saya malah pernah ditipu biz partner shingga saya hampir2 fobia & trauma..Harap doctor cinta dpt membantu saya memberi pandangan..adakah saya ini sudah dlamun cinta, adakah saya bertepuk sebelah tangan,atau saya hanya termakan budi sebab dia boleh je pilih syarikat agent yg lain lebih kukuh brbanding saya. saya benar2 keliru dan yg saya tahu smenjak mula mesra dgn dia saya byk berubah & bkn lagi kaki perempuan..samada dia tahu perubahan saya atau tidak itu saya tidak pasti.

Salam.

Perubahan ke arah yang lebih baik adalah apa yang setiap manusia cari dalam hidup mereka. Walau semana jahat dan semana baik pun seseorang, hakikatnya mereka akan tetap mencari perkara yang lebih baik. Jahat ke arah baik, dan baik ke arah yang lebih baik.

Dari apa yang saya faham, si dia yang Esmail sendiri minat dan menaruh harapan sebenarnya membawa diri Esmail sendiri ke arah kebaikan. Inilah yang dicari di dalam sesuatu perhubungan sebenarnya. Apa yang terjadi antara Esmail dan si dia kemungkinan adalah kerana cinta dan juga mungkin kerana kebetulan yang tak disangka semata-mata. Sukar untuk membuat andaian dan sangkaan tanpa sebarang bukti dan balasan yang nyata. Penggunaan hint dan tanda adalah betul untuk mendapatkan balasan, tapi perlu diingatkan yang jawapan yang diperolehi tidak semestinya betul dan sah. Ada kalanya kita mudah tersalah anggap atau dalam erti kata lain, syok sendiri.

Nasihat saya, teruskan niat murni Esmail untuk cuba buat yang terbaik untuk membahagiakan si dia. Tak salah dan tak ada peraturan yang menghalang seseorang untuk membuat kebaikan. Tapi, nasihat saya, sebelum melangkah lebih jauh, ada baiknya luahkan perasaan di hati Esmail dan minta jawapan yang pasti daripada si dia sendiri. Cukuplah dengan semua hint dan tanda dan kebaikan yang selama ini Esmail dah tunjukkan. Cuba berhubung dengannya dan luahkan segalanya. Jarak dan lokasi bukan masalah. Masalah macam ni hanya timbul apabila diri kita memikirkannya sebagai masalah, sedangkan cinta yang sebenar-benar cinta boleh mengatasi segalanya.

Luahkan perasaan, minta jawapan yang pasti dan jangan gunakan alasan untuk menidakkan segala yang terbuku di hati. Gunakan bakat dan kurniaan tuhan seperti memasak itu untuk memikat dan memenangi hati si dia. Perempuan mudah cair dengan lelaki yang pandai masak ok!

Ingat,bertindak dan jangan beri alasan untuk masa depan sendiri.

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Apr 16, 2015 | Posted by in Keliru | 0 comments

Saya Nak Kahwin Tapi Mak Yang Buat Pilihan.

Nama: Aisyah

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum doc. Masalah saya sebenarnya, mungkin lah bukan masalah cinta kot. Tapi masalah memilih calon suami. Saya adalah seorang yang simple. Tapi mak saya sedikit cerewet. Agak memilih la dalam memilih calon menantu. Pilihan saya, senang je. Apa yang mak ayah pilih, suka, itulah pilihan saya.

Tapi nak boleh ke jumpa pilihan mak tu, dah beberapa orang saya tolak. Ramai la jugak mungkin. Yang jaga solat, beriman, pandai mengaji tu, pasti lah itu pilihan utama. Saya pun akan pastikan calon suami saya ada ciri2 utama ni dulu, yang lain saya tak kisah. Tapi pilihan mak, paling utama satu negeri, atau negeri berdekatan atau bekerja di negeri2 tersebut. Masalahnya yang nak jadikan saya isteri sebelum2 ni, yang asalnya satu negeri, mak tak berkenan. Sebab pemakaiannya mungkin, pergaulannya, agamanya, tak cukup inci, dan cikgu. Kalau boleh mak taknak dah cikgu. Sebab dalam family saya, dah berapa keturunan cikgu. Jadi mak taknak da.

Dan tak kurang juga, ramai juga yang mintak saya tu, berasal dari utara. Yang ni, awal2 lagi mak tak nak. Sebab jauh. Tapi ciri2 yang lain semua boleh lah dikatakan lulus. Tapi disebabkan jauh la, sampai mak nangis2. Padahal bukannya terima pun lagi. Saya pun dah pening, stress, sampai nak botak dah asyik gugur je rambut. Dalam hati “mak nak yang macam mana sebenarnya” payah la nk jumpa yang betol2 ikut ciri yang mak nak. Huhu.

Sekarang stress yg teramat rasanya, umur makin naik, risau nt dah tolak2, last2, takde siapa dah nak. Tetiba saya yg bernaluri nak kahwin ni, rasa mcam malas dah nak kahwin. Tapi pertanyaan orang2 keliling pasal kahwin, mmg sangat2 buat saya stress, dan adalah suara2 yg mengatakan sy terlalu memilih. Saya hanya inginkan yg terbaik untuk mak ayh. Ap yg diorg suka, saya suka laa. Tapi lagi stress bila mk sdri yg tnya, takde ke org tnya2. Ya Allah..Mak… Bukan takde.. Tapi sume dah kena reject. Ohh, peningnyaa..

Maaf doc, terpnjang plk. Kalau ikutkan, boleh pnjang lagi ni, tapi sampai sini je la dlu, tq.

Salam Aisyah.

Terima kasih kerana sudi berkongsi. Pertamanya alhamdulillah dan tahniah sebab Aisyah sendiri hanya tinggal beberapa langkah saja lagi untuk masuk ke alam rumah tangga. Cuma sekarang ni yang jadi masalahnya ialah si suami.

Pemilihan calon suami sebenarnya bagi saya amatlah mudah kalau ditetapkan konsepnya dengan betul dari awal lagi. Apa yang akan dihadap oleh si suami sepanjang hidupnya kelak tentulah si isterinya sendiri dan perkara sama juga tentunya akan dihadap oleh si isteri sebaliknya.

Pemilihan pasangan, sama ada calon suami mahupun isteri sebenarnya terletak sepenuhnya kepada pasangan tersebut. Biar apa syarat, peraturan, pandangan dan juga cerita sekalipun, pemilihan pasangan adalah hak istimewa seseorang yang akan berkahwin. Bukan hak mak, ayah, sepupu sepapat mahupun adik beradik. Walaupun pastinya akan ada pengaruh dari luar yang lain yang akan mempengaruhi pemilihan calon, contohnya seperti kriteria, hak isitimewa, pangkat, ekonomi dan lain-lain, boleh saya katakan disini majoritinya akan tetap ditentukan oleh bakal pengantin itu sendiri.

Kalau boleh diberikan dari segi peratusan, boleh saya katakan yang hak dan pilihan mutlak bagi bakal pengantin adalah 80% dan 20% selebihnya boleh dikatakan pilihan selain bakal pengantin tu sendiri contohnya seperti pilihan keluarga dan lain-lain. Pilihan keluarga bukannya tidak boleh diambil kira cuma apa yang saya ingin tekankan ialah pilihan orang lain boleh diambil kira sebagai cadangan dan panduan tetapi pilihan mutlak dan keputusan masih dan akan tetap berada di tangan bakal pengantin tu sendiri.

Walaupun kita berusaha untuk memberikan yang terbaik buat kedua ibu bapa kita dan ingin membahagiakan mereka, keputusan bagi hal yang akan menentukan kebahagiaan kita sendiri pada masa depan kelak seharusnya difikirkan lebih berat kearah kita sendiri. Lagipun mak dan ayah mana yang tak nak tengok anak diorang sendiri bahagia. Selalunya mak dan ayah juga akan bahagia apabila tengok anak diorang sendiri bahagia. Jadi tak perlu nak difikirkan sangat kebimbangan pasal ni kerana selalunya akan berakhir dengan mak dan ayah serta keluarga yang bahagia InsyaAllah.

Yakinkan mak Aisyah tentang hak dan pilihan Aisyah dalam hal dan tentang mencari jodoh ni supaya mak Aisyah boleh faham dengan betul akan kehendak dan pilihan anaknya. Bawak berbincang dan kalau boleh bawak bersama adik-beradik dan juga ayah sebolehnya sebagai sokongan dan backup. Bawa berbincang tentang pendirian Aisyah dalam hal ni dan kebimbangan Aisyah sendiri kalau perkara seperti ini berterusan tanpa sebarang perubahan.

Yakinkan ahli keluarga Aisyah, tetapkan perndirian, berani meluahkan kebimbangan dan yakin akan kuasa Allah. Ini yang terbaik. Apapun saya doakan yang terbaik untuk Aisyah. Sebarang perkembangan email kami ok 🙂

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Apr 14, 2015 | Posted by in Keliru | 0 comments

Teman Lelaki Serabut Tak Keruan Sepanjang Masa. Tindakan Saya?

Nama: Aini

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum. Saya ada masalah dlm percintaan. Sebelum ni kami baik2 je. Tapi sejak dua menjak dia dingin dgn saya dan tak contact saya. Then saya luah apa yg saya rasa kat dia bila dia buat mcm tu. Dia cakap sepanjang dia tak contact saya, dia nak tengok berapa kali saya boleh tegur dia sbb sebelum ni dia je yg tegur saya dulu. Lepas tu, saya ubah diri saya biar ada jgk part saya yg tegur. Tapi bila saya tegur dulu, dia mcm layan tak layan je saya.

At last, saya buat diam. And dia tak cari saya. For the second time, saya luah balik. Tapi ada je alasan dia sampai dia cakap maybe family saya tak boleh terima dia. Tapi saya dah cakap family saya okay je. Kawan saya tanya dia kenapa dia mcm tu tapi dia cakap dia tengah serabut. Seminggu tak contact. Saya text cakap rindu and tanya dia saya ni siapa utk dia. Saya call. Dia tak jawab. Then saya anggap kami dah takde apa2 hubungan. Seminggu lepas tu, dia whatsapp saya. Dia cakap dia rindu. Saya read je. Then dia hantar whatsapp banyak2. Dia cakap dia serabut. Tapi tak tahu serabut dgn apa. Dia tak contact saya sebab dia takut dia termarah saya. Dia cakap dia tak paksa saya layan dia. Dia cakap dia dah berhenti merokok sbb saya.

Last dia wish night and love you.Then saya reply. Tapi saya marah. Dia read je. Hm. Saya harap dia pujuk tapi tak pun. So sekarang apa saya nak buat? Perlu ke saya tegur dia sdgkan saya tengah marah dgn dia. Atau saya perlu terus diam sampai dia datang pujuk saya? Tu pun kalau dia datang pujuk -,- Fyi, kami kenal sejak 6 tahun dan berkawan. And bercinta sejak form 3. Tolong saya. Saya tak tahu nak buat apa sekarang. Thankyou.

Salam.

Lelaki ni macam-macam ragam. Sama juga macam perempuan, lelaki pun ada masalah sendiri yang kadangnya tidak masuk akal dan sukar difahami. Masalah peribadi dan juga boleh dikatakn masalah hormon untuk sesetengah pakar. Kehidupan seseorang boleh dipengaruhi dan berubah walaupun sedikit dengan adanya masalah ni.

Dalam hal awak ni, saya boleh katakan ada mungkinnya lelaki pilihan awak tu sendiri sedang melalui masa yang sukar dan ada juga terdapat kemungkinan yang dia sedang bermain cinta di belakang awak sendiri. Hal ini kita sendiri tak boleh dapatkan kepastian dengan hanya membuat andaian dan tanpa sebarang penyelidikan yang lebih mendalam.

Cara terbaik sekarang bagi kami adalah bagi masa dan bagi perhatian yang dia selayaknya dapat. Jika betul dia sedang lalui masa yang sukar, awak boleh menjadi kekuatan dan jika benar dia bermain cinta belakang awak, bersikap jujur dan setia bukanlah satu kesalahan.

Nasihat kami, berterus terang tentang apa yang awak akan cuba buat untuk hadapi situasi ni dan bagi satu garis masa bagi menyelesaikan semua kemelut ni. Sekurang-kurangnya awak dah bagi kelonggaran dan menunjukkan sikap tegas dan ambil berat awak. Dalam masa tu awak perlulah bersabar dengan sikapnya yang mungkin turun naik dan tak tentu dan bila masanya dah tamat, masa tulah awak buat keputusan sama ada awak boleh teruskan lagi ataupun berputus asa setakat ini sahaja. Masa pengenalan bertahun lamanya tak menjamin kebahagiaan, ingat tu!

Serabut dan jiwa kacau ni penawarnya selalu masa dan kasih sayang. Bagi keduanya InsyaAllah dipermudah.

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Feb 21, 2015 | Posted by in Percintaan | 0 comments

Aku Nak Boyfriend Orang Jugak! Nak Jugak!

Nama: Amirah

Jantina: Perempuan

Lelaki yg saya suka ni, dh ada girlfriend, lama dh saya tunggu dia single. Msa saya text dia, dia tak balas pulak text saya. Msa saya text lagi skali, dia dh bergf pulak. Saya pun bgitau dia, yg saya dhh lama tunggu dia tpi dia bgi syarat pulak, mesti transfer kredit. Berapa kli dh saya cuba nak cpl sma dia, mlngnya tak ada harapan.

Tolong! Bagi saya cara nak pikat hati dia supaya cpl dengan saya dan supaya dia putus dengan girlfriend dia.

Pelik. Dunia memang pelik. Belambak lagi lelaki kat luar sana yang single yang mencari yang menunggu…tapi sedih sebab masih adanya perempuan yang mengharapkan lelaki yang dah berpunya.

Adik, lelaki yang awak nak tu terang lagi bersuluh dah berpunya. Hatinya dah ada kat orang lain dan awak pun saya rasa bukannya pilihan dia kalau awak msg pun tak berbalas. Lelaki tu mungkin sengaja amik peluang kat awak bila mintak kredit semua tu. Sama ada dia memang betul amik kesempatan ataupun dia memang anggap awak bukan sebagai orang yang dia harap untuk habiskan masa depan bersama.

Dia dah berpunya dan awak tak perlu tunggu. Tak payah fikir nak kapel dengan dia ke apa ke. Cari lelaki lain yang melambak kat luar tu pastu kawin cepat-cepat. Kapel kapel apenye bukannya dapat apa pun!

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Feb 2, 2015 | Posted by in Percintaan | 1 comment

Dia Curang, Aku Curang. Siapa Salah?

Nama: Dasiy Puteh

Jantina: Perempuan

Saya dan Mr. Z telah menjalin hubungan hampir 4 tahun sejak dari zaman universiti lagi tapi apabila masing-masing menempuh alam pekerjaan dunia kami mula berubah.

Pada akhir tahun lepas dalam diam Mr. Z kantoi salah send sms kepada saya dan dari situ saya dapat tahu dibelakang saya dia curang dengan saya. Saya tidak menyangka Mr. Z yang saya kenal setia pada cinta boleh berubah begitu sekali dan bertambah malang apabila Mr. Z  tidak dapat memilih antara saya dan perempuan itu yang hanya dikenali tidak sampai seminggu namun kerana saya sayangkan hubungan ini saya telah memberikan Mr. Z peluang kedua walaupun hati saya kecewa atas kecurangannya dahulu.

Sejak daripada situasi itu, saya tidak lagi percaya dan setia pada cinta. Setelah sebulan berlalu saya telah bertukar tempat kerja dan berjumpe dengan Mr. A. Pada awalannya saya dan Mr. A hanya berteman biasa, namun lama kelamaan hubungan kami semakin akrab dan dalam diam kami saling berhubung setiap masa. Hubungan kami semakin berbunga-bunga kerana di office kami kerap di gosipkan bersama. Tolong lah Doktor Cinta, kini saya keliru dalam membuat pilihan, antara Mr. A yang semakin saya sayang kini dan Mr. Z yang semakin menunjukkan cintanya pada saya tidak berbelah bagi seperti dulu.

Salam.

Ok, Mr Z memang salah sebab curang dengan awak. Tapi sekarang ni saya pun tak paham kenapa awak pun nak curang dengan dia. Dia dah curang kat awak tak bermaksud awak pun kena curang kat dia. Kalau betulla awak tak nakkan dia lagi kenapa perlu bagi peluang kedua? Kalau betulla awak nak betul-betul serius dengan Mr A tu baiklah putuskan cepat2 dengan Mr Z sementara awak masih awal dengan Mr A dan sementara perkara ni belum berubah menjadi lebih serius dan lebih susah.

Mr Z tidak salah sepenuhnya dalam hal ni sebab manusia memang akan melakukan kesilapan. Lagipun, dia sendiri dah mula menunjukkan cintanya yang tidak berbelah bagi kepada awak dan dia juga berhak dapat peluang kedua. Memandangkan dia dah mula berubah, jadi ada baiknya awak percepatkan memutuskan hubungan dengannya agar dia tak perlu menanggung duka dan sedih dengan lama selagi awak masih menduakannya dengan Mr A.

Awak sendiri mengatakan yang makin menyayangi Mr Z jadi kami tak rasa Mr Z masih ada di hati awak melainkan hanya sifat kasihan dan sedih. Tapi dari luahan awak sendiri, tiada lagi sifat sayang awak kepada Mr Z. Tinggalkan Mr Z agar dia boleh teruskan hidupnya tanpa lebih lama rasa ditipu dan dikecewakan.

Kalau dah tak sayang, lepaskan secara baik. Mungkin ini yang terbaik buat semua.

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Jan 28, 2015 | Posted by in Keliru | 0 comments

Jangan Takut Kahwin Awal – iluvislam.com

Salam.

Perkongsian tips kali ni kami ambil daripada iluvislam.com dan boleh dibaca scara menyeluruh di SINI.


Bagaimana seorang pelajar tahun akhir universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau.

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Jan 27, 2015 | Posted by in Tips | 0 comments