Follow Instagram Dan Balas Chat, Adakah Lelaki Itu Sudah Kumiliki?

Nama: Atiqah

Jantina: Perempuan

Saya tak faham dgn lelaki ni. Dia memang tahu yang saya suka dia and saya pun follow ig dia. Dalam beberapa tahun lepastu, dia followback ig saya. Knp dia followback selepas bertahun lamanya? Ini yg pertama.

Yang kedua, baru-baru ni saya dm dia di instagram dan dia balas hi awak tapi sebelum2 ni dia tak pernah balas macam tu.

Yang ketiga, saya pernah tanya sepupu saya pasal soalan di atas dan jawapan dia adalah mungkin dia dah terbuka hati untuk kenal saya dan suka saya tapi kenapa dia tak pernah mulakan chat dgn saya dulu? Kenapa dia tunjukkan yang dia macam tak berminat dengan saya?

Penjelasan yang tepat please hehe sebab saya taknak nampak macam terhegeh-hegeh pulak dengan dia nanti

Oh wow wow wow. Mudah betul nak tahu isi hati dan perasaan seseorang.

  1. Follow IG bukan petanda dia suka atau cinta.
  2. Balas DM cakap hai, hello, salam and all bukan bermaksud sayang dan rindu.
  3. Perasaan suka tak diukur dengan siapa yang mulakan chat dulu.

Benda yang mudah, simple dan satu kebiasaan tak perlulah nak anggap macam dah terbuka hati segala. Follow IG and balas chat adalah perkara biasa. Normal. Nothing special. Bukan semua benda perlu dikaitkan dengan perasaan cinta dan sayang.

Apa kata sekarang ni fokus pada perkara lebih penting seperti kerjaya dan keluarga sebab lambat laun nanti cinta insyaAllah akan hadir.

Jul 22, 2019 | Posted by in Keliru | 0 comments

Nak Kahwin Tetapi Belum Bersedia. Sanggupkah Anda?

Nama: Aishah

Jantina: Perempuan

Maaf bertanya, saya suka pada seorang lelaki dan saya telah mengajaknya untuk berkahwin, namun dia menolak. Alasannya adalah dia tidak bersedia.

Tapi saya tetap inginkan dia menjadi suami saya. Kami berkenalan di facebook dan tak pernah Berjumpa. Saya hanya melihat dia di facebook dan dia tak pernah melihat wajah saya.

Ketika saya mengungkapkan perasaan cinta pada dia, dia menyatakan diajuga mencintai saya, namun tidak bersedia untuk berkahwin. Apa yang perlu saya lakukan? Saya inginkan dia.

Salam.

Jodoh rahsia tuhan. Bunga bukan sekuntum. Kumbang bukan seekor.

Sedangkan muka pun tak pernah nampak takkanlah sanggup ambik risiko untuk kahwin dan mulakan keluarga. Tak masuk akal untuk ajak berkahwin sedangkan belum lebih mengenali satu sama lain. Sangat tak masuk akal. Gila mungkin.

Kalau si dia pun asyik mengelak dan tak menunjukkan sebarang kesungguhan, maknanya betullah dia tak serius dan tak mahu ke arah alam perkahwinan.

Saya cadangkan keluar dan mengenali orang secara fizikal, bukannya facebook. Kenal hati budi masing-masing dahulu dan fikir masak-masak bersama sebelum berkahwin. Berkahwin bukan perkara yang mudah dan ternyata perkahwinan adalah rumit tetapi membahagiakan jikalau kena dengan caranya.

All the best!

Jul 12, 2019 | Posted by in Keliru | 0 comments