Nama: Syaz
Jantina: Perempuan
Saya berumur 22thn dan sedang belajar degree thn ke-2. Sewaktu umur saya sekarang ini, saya dikelilingi oleh rakan2 yg telah mempunyai pasangan hidup. Namun, saya masih tidak mempunyai pasangan sampai sekarang. Situasi mcm ini mnyebabkan saya mempunyai keinginan utk mmpunyai pasangan hidup. Saya sedang meminati seorang laki yg sama kos blaja dgn saya. Kami sntiasa bermsj dan kadang2 berkongsi rahsia. Namun,laki itu prnh meluahkan pd saya yg dia minat prmpuan lain. Since that day, saya hanya redha dgn keputusannya dan sebaliknya mmberi sokongan pdnya. Tapi prmpuan yg dia minati trsebut dh mempunyai pasangan hidup sndiri dan laki trsebut sedar tp msih mengharap pd prmpuan trsebut. Walaupun begitu, hati sya msih minat pd laki itu sbb saya susah nk minat laki dgn btul2. Jd wajarkah saya menunggunya atau tidak? Dan perlukah saya mmpunyai pasangan hidup skarang disebabkan persekitaran sya yg dikelilingi oleh rakan2 yg tlh mmpunyai pasangan hidup ?
Apa yang Syaz tengah hadapi sekarang ni adalah perkara biasa yang ramai anak muda sedang lalui. Perasaan untuk tidak ketinggalan dan sentiasa berada dalam arus terkini menyebabkan kita rasa yang kita mesti lalui perkara yang sama untuk tak ketinggalan.
Nasihat saya, jangan terpedaya dengan keinginan dan perasaan sendiri terutamanya dalam hal berpasangan kerana perasaan cinta dan sayang mengambil masa. Tak semestinya kawan yang lain dah berpunya dan berpasangan kita pun perlu ikut sama. Lain orang lain caranya. Cuba bayangkan, disebabkan terikut dan termakan dengan keinginan dan nafsu untuk berpasangan, Syaz sendiri akhirnya dilukai semua gara-gara Syaz dan pasangan sebenarnya belum bersedia. Apakah berbaloi mempertaruhkan kasih dan sayang untuk sesuatu yang Syaz sendiri belum pasti dan yakin?
Bagi lelaki yang Syaz minat tu pula, tak perlulah terlalu berharap dan terlalu mendesak. Dia sendiri dah boleh paham yang dirinya kini sedang bertepuk sebelah tangan dan hanya masa yang akan menentukan sama ada Syaz boleh mengisi kekosongan yang ada pada dirinya sekarang.
Melihat pada situasi sekarang, saya rasa ada baiknya Syaz masih kekal dan tidak termakan dengan desakan dan keinginan untuk berpasangan. Masanya akan tiba kelak. Jadi apa yang Syaz perlu lakukan sekarang ialah sabar dan teruskan bersabar. InsyaAllah masanya akan tiba.