Saya Suka Dia, Dia Sukakan Saya Tak?

Perkongsian ini telah dibaca: 864 kali
37

Nama: Jiwa Kacau

Jantina: Perempuan

Saya mempunyai masalah percintaan. Saya menyukai seorang lelaki tetapi lelaki itu mungkin tidak menyukai saya. Adakah saya perlu mendiamkan diri atau menunggu respon lelaki itu? Walaupun saya tidak meluahkan perasaan saya, namun saya sering menunjukkan reaksi yang saya menyukainya dan saya yakin si dia juga perasan. Saya juga bingung kadang kala si dia memberi respon yang baik, adakah dia menyukai saya? Tapi kadang kala sebaliknya pula. Bagaimana saya ingin tahu seseorang lelaki itu menyukai saya? Saya harap doktor cinta dapat membantu saya..!!! 🙁

Salam.

Suka atau tak tu benda yang susah kita nak tahu. Lagi tak tahu bila kita tak tanya or hanya berdiam diri dan hidup dengan penyesalan seumur hidup.

Manusia ni ada sifat sendiri. Kita mungkin suka aiskrim magnum, tapi tak mungkin kawan-kawan kita pun akan sukakan aiskarim tu. Bagi saya, suka, minat, sayang, cinta adalah universal, bukannya tetap dan berbeza bagi setipa manusia. Cuma tugasnya kita adalah untuk mencari insan yang mempunyai rasa suka yang sama dan akhirnya dipertemukan sebagai suami isteri.

Kes adik ni tak payah peningkan kepala. Pegi tanya terus. Adalah lebih baik kita hadapi kebenaran walaupun sakit daripada kita hidup dengan kehidupan kita yang selebihnya ni dengan penyesalan sebab tak berani bertanya dan hadapi realiti. Cukuplah dengan hint dan menunggu. Beranikan diri dan terus tanya.

Kalau tanya pun tak berani, nanti nak kahwin camana nak berani?

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Jan 27, 2015 | Posted by in Jiwa Kacau | 1 comment

Comments (One Response)

  1. siti says:

    salam doc
    aku ngan si dia mmg xde ikatan apa2.tapi kami kawan baik.share masalah kerja ke apa2..kalau dia kuar ngan pmpuan dia bagitau.ada satu hari tak tahu samaada dia tersend atau saje send voice wasap suara dia n pmpuan order makan.bila aku tanya sape.dia mengelak jawapan..doc.dia tipu aku ke? dah bape hari dia senyap mesej and call..aku pun tak tahu samada dia suka aku ke tak.kdg2 bagi harapan.kdg2 tak.harus aku tunggu lagi?

     

Add Your Comment

Your email address will not be published.