Aku Pilih Bunuh Diri Kerana Tewas Oleh Nafsu Sendiri.

Perkongsian ini telah dibaca: 726 kali
44

Nama: Dieya

Jantina: Perempuan

Saya tak tahu ingin berbuat apa, sebab saya keliru. Adakah ini cinta atau nafsu? Saya punya msalah yang sangat berat, kadang2 saya terfikir untuk bunuh diri. 3 tahun saya menjalinkan hubungan dengan bf saya dan sering melakukan maksiat kerana ingin membuktikan kasih sayang saya terhadap dia. Sehingga sekarang saya merasa sangat menyesal dan ingin memutuskan hubungan.

Tetapi malang sekali, sekarang saya dilema kerana baru sekarang saya di sahkan mengandung. Tapi saya ingin memutuskan hubungan dengan dia, dan baru saya tahu, semenjak dia mengetahui saya mengandung, dia semakin menjauh dengan saya. Dia semakin berperangai menyakitkan hati membuat saya tidak sanggup bertahan. Tolong saya doktor cinta, bantulah saya menghadapi masalah ini.

Bunuh diri bukanlah jalan penyelesaian untuk apa pun masalah, kecik mahupun besar. Ingat!

Terpulang pada Dieya untuk masih menerima bf Dieya tu semula ataupun tidak. Hakikatnya kandungan Dieya tu memerlukan seorang bapa dan bf Dieya tu tentunya tak boleh lari daripada tanggungjawabnya sebagai seorang yang perlu bersama-sama Dieya membesarkan anak kecil tu. Sama ada langkah seterusnya kahwin atau tidak, tu pilihan Dieya sendiri, tetapi pastikan tanggungjawab bf Dieya tu tetap ada.

Kalau benar Dieya masih cinta masih sayang dan bf Dieya inginkan pernikahan, teruskan. Kalau memang tiada cara lagi untuk memperbaiki hubungan korang berdua, jangan berkahwin semata-mata untuk menutup mulut masyarakat dan bukannya mencari kebahagiaan. Tak guna menutup satu kesilapan dengan kesilapan yang lain kerana akhirnya inilah yang akan membinasakan kita kelak.

Apa yang dah terjadi biarkan terjadi. Redha dan terima hukuman dan akibatnya dengan hati yang terbuka. Lebih baik hadapi masalah itu sekarang daripada Dieya terus menerus berdalih dan cuba menjauhi kebenaran. Kandungan itu tak bersalah dan jangan pula Dieya terfikir untuk menggugurkan jasad yang tak berdosa tu.

Duduk bersama keluarga atau ahli keluarga Dieya yang paling rapat untuk berbincang mengenai hal ini dan cuba menjadi seprofessional mungkin tanpa melibatkan emosi agar perkara ni boleh disampaikan secara baik dan akhirnya boleh mencari solusi yang terbaik. Bertemu mata antara kedua-dua belah keluarga juga wajar dilakukan agar semuanya boleh diselesaikan sebaik mungkin dan akhirnya tak mengeruhkan lagi keadaan.

Harap Dieya terus tabah dan fikirkan masa depan Dieya dan kandungan di masa depan kelak. Bunuh diri dan juga pengguguran bukanlah jalan penyelesaian yang Dieya mahukan. Jangan hitamkan lagi masa depan Dieya yang ada sekarang dan percayalah yang segala masalah yang timbul pasti ada penyelesaiannya.

Kami di sini menyokong Dieya sepenuhnya dan harapkan Dieya yang terbaik untuk semua perkara; sekarang dan juga di masa hadapan kelak. Buatlah keputusan terbaik bagi Dieya, kandungan dan orang sekeliling, inilah yang terbaik Dieya boleh lakukan.

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Jun 21, 2015 | Posted by in Keliru | 1 comment

Comments (One Response)

  1. « Mais les puissants d’aujourd’hui ont intérêt à se tenir à carreau, nous les avons à l’œil et nous avons les moyens de diffuser ce que nous savons d’eux. »Tartarin de Tarascon n’est pas mort. En voici une bonne nouvelle!Une bonne année, Tartarin!

     

Add Your Comment

Your email address will not be published.