29 March 2024

Kekal Setia Walau Dah Terlanjur.

Nama: Sofia

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum. Saya benar-benar keliru dan ragu. Tolong bantu saya begini ceritanya. Saya dan teman lelaki sy En.M sudah menjalinkan hubungan selama 9bulan. Sejak mengenali dia saya akui saya jatuh cinta dan semakin hari rasa sayang itu tidak dapat dibendung lagi. Seawal hubungan kami. En M tidak pernah menunjukkan satu perasaan sayang seperti mana rasa sayang saya pada dia. Sehingga hari ini, kami tak pernah bertanya khabar melalui panggilan telefon. Kami sekadar bersms sahaja.

Dia seorang yang sangat sibuk bekerja dan seorang yang pentingkan family dan ramai kawan. Saya akui hubungan kami sejak 8 bulan lepas tidak mesra. Sehingga masuk bulan ini. Awal bulan ini. Dia menyatakan bahawa sebelum ini dia sukar untuk menerima saya dalam hidupnya kerana masih sayangkan bekas kekasihnya. Betapa hancur hati saya ketika itu sedangkan untuk pengetahuan dr.cinta kami pernah melakukan kesilapan yang cukup besar dalam hidup kami. Tetapi kami berdua telah berjanji agar tidak mengulanginya lagi kami sudah bertaubat. Sehingga hari ini dia masih bersama saya.

Kami bercadang untuk berkahwin. Tetapi permasalahan yang saya hadapi adalah adakah dia sudah benar2 menerima diri saya dalam hidupnya? Sebelum ini, saya tahu dia ada layan beberapa perempuan lain. Tetapi disebabkan saya sudah sayang dan kami pun pernah bersama sukar untuk saya berpisah dengannya. Saya maafkan walau saya sering terasa hati dengannya. Sebelum ini juga dia kata pada saya bahawa saya seorang yang membosankan tetapi akhirnya dia memujuk saya. Saya menerima dia dan saya maafkan dia. Dia juga bagi semua password account fb, insta dan wechat kepada saya. Sy benar2 ragu adakah dia benar2 sayang saya menerima diri saya.

Walaupun dia tidak mahu berpisah dengan saya sering memujuk saya memeberi janji akan berkahwin dan akan datang berjumpa family saya pada raya nanti. Layanan dia pada saya masih sama seperti sebelum ni. Sms sering lambat balas tidak pernah call. Sering tak sms kalau bersama family dan kawan2. Tetapi bila dia sedar sy terasa hati dan merajuk dia akan memujuk saya kembali. Sy ragu2 saya sayangkan dia lebih dari segala2 nya. Saya takut untuk berpisah dengannya dan hidup saya sangat bergantung kepadanya. Saya tak boleh hidup dan tak ada semangat bila dia tiada bersama saya. Saya sering jadi pemarah kerana memendam rasa terhadap layanan dia kepada saya. Dia mengatakan dia sayang dan rindu saya tetapi perbuatannya sering kali membuat saya rasa tersinggung seolah2 saya tidak wujud. Saya cuma ingin dihargai.

Tidak pernah ke dia nampak keikhlasan saya menyanyangi dia. Walau banyak kesilapan dia pada saya. Saya tetap menerima dia segala keburukan dia, walau hati saya sering terluka sehingga ke hari ini. Bantulah saya. Saya sangat buntu. Saya benar2 tidak tahu apa yang dia mahukan apa yang saya patut lakukan agar saya tidak terasa hati lagi dengannya.

Salam.

Masalah yang jelas dan nyata yang saya boleh cakap ialah Sofia amatlah mudah termakan dengan janji manis seorang yang bernama lelaki. Tapi saya tak salahkan Sofia sepenuhnya sebab saya tahu lelaki memang boleh jadi semanis yang mungkin apabila berdepan dengan perempuan.

Keterlanjuran yang dah lepas tu biarkanlah lepas. Tak perlu diungkitkan lagi dan tak perlue menyesali lagi. Apa yang dah berlaku biarkanlah berlaku. Cukup dengan Sofia teruskan hidup ke arah yang lebih baik dan berusaha untuk perbaiki diri untuk jadi yang lebih baik. Apa yang perlu Sofia buat ialah bertaubat dan usaha tanpa henti untuk dapatkan keredhaan Allah seterusnya peroleh hidayah dan tabah hadapi dugaan yang mendatang kelak.

Teman Sofia, Encik M bagi kami hanyalah lelaki bujang biasa yang ternyata masih belum bersedia untuk ke tahap seterusnya. Biasa bagi lelaki muda untuk kerap menghabiskan masa dengan rakan dan aktiviti lain sehingga mengendahkan temannya sendirian. Tambahan pula Encik M tu sendiri masih dalam proses untuk cuba menerima Sofia. Proses penerimaan ni mengambil masa dan tentunya penantian sebegini rupa pastinya terselit perasaan dengki, cemburu, sakit hati, tertekan, stress dan sebagainya.

Bagi saya, ini hanyalah proses penerimaan yang memakan masa yang panjang. Lelaki juga ada proses penerimaannya sendiri dan ada kalanya mengambil masa yang amat lama, malah ada yang sampai bertahun lamanya. Dari apa yang saya baca mengenai Encik M yang Sofia ceritakan, dia tidaklah seteruk kisah lain yang pernah saya baca. Dia masih lagi kekal setia walau sudah terlanjur dan juga masih mencari masa untuk memujuk dan berhubung dengan Sofia walau hubungan diantara Sofia dengannya tidaklah seperti kisah cinta luar biasa.

Bercakap mengenai kecurangan, dari apa yang Sofia ceritakan, boleh saya anggap yang Encik M tidak curang atau mempunyai perempuan simpanan lain. Tetapi, saya takkan menolak kemungkinan ini kerana sepertimana lelaki mempunya sifat yang bermacam perangai dan jenis, mereka juga licik dan pandai mambuat helah. Sifat lelaki yang macam ni, kalau tak diselidik dengan terperinci tentunya akan bawa kepada masalah yang lebih besar kelak.

Nasihat saya untuk Sofia, berikan Encik M masa untuknya membuat keputusan tetapi berikanlah had masa yang sesuai untuknya berfikir. Jangan kerana terlampau memberi ruang, Sofia terpaksa tunggu bertahun lama lagi semata-mata untuk merasai kebahagiaan seperti pasangan bahagia yang lain. Ingat pesanan saya, ruang dan masa itu perlu, tetapi seharusnya sesuai dan memadai.

Kongsikan!

2 thoughts on “Kekal Setia Walau Dah Terlanjur.

  1. salam..sy dh bcinta 5 thun..kami pnh putus sbb sy jmpe email lucah dye dgn pmpuan luar ngra..lpas 5 bln dye kmbli kpd sy kerana taw kekasihnya dh xda dara…kami smbg blik hbgn selama sthun ney..raya hri tu pling bnyk brubh..sy dpt ase lain mcm.mse sy tny nk stay hbgn ke tak nak..n dye ragu2..ble sy tny btol2..dye x nk hbgn ney dh sbb nk jge fmly..n dye ckp..prngai sy trok n xpnh brubh…afterr 2 weeks sy jmpe gmbr dye dgn pmpuan lain..hncr hti sy..dye dh nk tuanng..tpi sy yakin dye jdoh sy..klo sy doa dye ptah blik ke sy..blh ke?sy syg dye..x sngka dye akn khianat sy..dye bru jmpe pmpuan ney 2 hri..trus jtuh cinta..n buat kputusan nk kawin dlm mse yg cpt..sdgkn kami dh bcinta 5 thun..dye xda rase berslh lgsg

Leave a Reply

Your email address will not be published.