Pilihan Keluarga Minta Putus Melalui Telefon Selepas Sebulan Bertunang.

Perkongsian ini telah dibaca: 569 kali
15

Nama: Dhia

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum.

Saya ingin meminta pendapat serta pandangan Doktor Cinta atas masalah yang saya sedang hadapi. Saya telah bertunang dan pertunangan kami terjadi adalah atas pilihan keluarga saya sendiri dan semestinya atas pilihan lelaki tersebut melalui orang tengah. Kami tidak pernah kenal & berjumpa sebelum ini tetapi ibu saya pernah berjumpa keluarga si dia dan pakcik saya kenal keluarga mereka. Dari cerita orang kampung, keluarga si dia adalah keluarga yang baik-baik. Pada mulanya saya telah menolak si dia atas sebab saya tidak mengenali si dia dan ‘masih ada ke orang kawin pilihan keluarga + berjaya ke pada zaman ni??’. Kalau zaman dulu mungkinlah…Tetapi setelah beristikharah dan minta pandangan orang yang lebih tua dan berpengalaman, akhirnya saya bersetuju untuk menerima lelaki tersebut. Dengan restu kedua ibu bapa kami, serta saudara mara, kami selamat diikat. Memandangkan family saya sangat ‘strict’, mereka tidak membenarkan saya berhubung dengan lelaki tersebut. Tetapi, kami telah berhubung secara berahsia untuk mengenali hati budi masing-masing.

Selepas pertunangan, hubungan kami sangat baik dan tiada masalah. Dalam tempoh tersebut, kami telah berbincang soal tarikh perkahwinan dan plan masa depan memandangkan kami diikat selama 10bulan. Tapi sayangnya, tidak sampai sebulan, si dia telah meminta putus tunang melalui telefon dan saya amat terkejut dengan keputusan tersebut. Malah si dia tidak mahu bertemu keluarga saya untuk putuskan secara rasmi dan mengikut adat walaupun setelah saya merayu. Family si dia telah cuba memujuk si dia untuk kembali pada saya tapi tidak berjaya. Si dia memilih untuk kembali pada kekasih lama (first love) apabila perempuan tersebut menangis dan merayu untuk bersama kembali setelah mengetahui bahawa si dia telah bertunang dengan saya.

Saya keliru, saya terasa dipermainkan. Saya mungkin belum cintakan dia tapi saya telah cuba dan saya sudah mula menerima dia, dan pada saat itu, dia lebih sanggup memilih untuk meninggalkan saya menanggung beban ini sendiri. Dia memberi alasan bahawa dia tidak ada hati pada saya. Katanya, sebelum tunang dia memang dah ada hati, walaupun melihat gambar sahaja sebelum kami berjumpa di hadapan keluarga, dan dia juga telah beristikharah dan yakin dengan pilihannya kerana itu dia memilih untuk bertunang. Saya cuba pujuk dia, kerana bagi saya ini adalah perkara yang sangat serius. Tidak pernah terjadi di dalam keluarga kami. Mereka sesama saudara juga telah bergaduh hingga putuskan tali persaudaraan. Saya sangat sedih kerana disbabkan perkara ni putus hubungan keluarga. Yang menjadikan masalah ini semakin berat apabila dia tidak mahu berjumpa keluarga saya. Dan yang lebih parah lagi dan sangat mengejutkan saya adalah apabila ibubapa si dia juga tidak mahu berjumpa family saya. Kata si dia, tugas dia hanya memberitahu saya dan selebihnya adalah tugas saya. Saya buntu.Mana mungkin saya mampu untuk memberitahu ibubapa saya sendiri sedang mereka tidak tahu kami berhubung(habislah saya kalau depa tahu!!). Saudara mara si dia yang menjadi orang tengah juga tidak sampai hati untuk memberitahu keluarga saya lebih2 lagi ibu saya kerana beliau berpenyakit. beliau tidak boleh stress kerana boleh menyebabkan jiwa beliau terganggu kembali. 2minggu lebih kami telah putus, dan tiada siapa pun yang tahu melainkan saya, dan keluarga lelaki tersebut sahaja. Apa yang perlu saya buat Doktor Cinta??

Salam.

Harapnya Dhia berada dalam keadaan baik walaupun apa yang dah Dhia lalui. Moga tabah.

Hakikatnya, pertunangan ni hanyalah satu jalan yang akhirnya membawa kepada perkahwinan. Tapi macam yang Dhia dah ketahui, menjadi tunangan oranglah masa yang paling mencabar  dan penuh dengan ujian dan cabaran yang perlu ditempuhi. Perlu diingat, tak semua pertunangan akan berakhir dengan perkahwinan. Pertunangan hanyalah ikatan dan tanda bahawa satu pasangan itu akan menjadi pasangan suami isteri kelak. Ingat, pertunangan bukanlah perkahwinan dan bukanlah perkara yang pasti membawa kepada kebahagiaan kelak.

Dari apa yang saya faham, Dhia sekarang tersepit di tengah-tengah hubungan yang saya sendiri berani katakan sudah berakhir. Dhia belum mempunyai apa-apa hubungan istimewa, Dhia belum jatuh cinta, Dhia belum berikan komitmen yang sebenarnya dan juga Dhia masih di fasa pertunangan, bukannya perkahwinan, jadi boleh saya cakapkan di sini yang Dhia sebenarnya masih belum jauh kedalam lubang masalah dan sebenarnya masalah ini amatlah mudah untuk diselesaikan. Ada sesetengah perkara tidak berakhir seperti yang kita harapkan kerana sebenarnya ianya satu hikmah. Mungkin apa yang Dhia sedang lalui sekarang ada hikmahnya yang tersendiri, kita takkan tahu selagi kita mulai redha dan terima akan ketentuannya. Tak perlu terus mengharap dan berharap dia akan kembali sebab bagi saya sendiri, kalau lelaki tu sendiri dah tarik diri pada bulan yang pertama, tak perlulah baginya lebihan 9 bulan yang ada kerana bagi saya, dia tidak berhak.

Tapi Dhia kena ingat, perkahwinan ini dirancang dan bukannya berdasarkan perasaan cinta dan sayang. Jadi pihak lelaki mahupun pihak Dhia sendiri tidak boleh dipersalahkan. Cinta bukan terbina tanpa perasaan dan paksaan, ini Dhia perlu ingat.

Apa yang perlu Dhia buat sekarang ialah tabah dan beranikan diri untuk menceritakan perkara yang sebenar kepada keluarga Dhia sendiri. Perkara ini sudah pun menjadi satu masalah dan tindakan Dhia jikalau terus menerus melambatkan perkara yang dah pasti pastinya akan menyukarkan lagi keadaan. Mengenai keadaan ibu Dhia, dia sendiri akan faham realiti hubungan yang dah sampai ke tahap ini dan sebagai seorang ibu, dia pastinya akan memahami. Mungkin dia akan rasa sedikit kecewa tetapi dia akan menjadi lebih lega dan bahagia bila mengetahui yang anaknya berani berdepan dengan masalah dan kekal tenang menghadapinya.

Mengenai hal tidak berhubung tu pulak, ia hanyalah perkara kecil. Tak salah berhubung ketika menjadi tunangan orang dan jangan jadikan tu satu alasan dan sebab mengapa hubungan ini tak menjadi.

Beranikan diri, tabah hadapi masalah dan tak berundur dari kebenaran. Itu yang Dhia perlu lakukan sekarang.

Good luck and be strong ok!

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Jun 21, 2015 | Posted by in Keliru | 0 comments

Add Your Comment

Your email address will not be published.