Cinta Dulu Tak Sama Cinta Sekarang.

Perkongsian ini telah dibaca: 241 kali
15

Nama: Lala Shila

Jantina: Perempuan

Saya pernah berkwn baik dgn seorg kwn lelaki semasa di sekolah & akhirnya dy jatuh cinta dgn sy. Sy menjauhi dirinya kerana dia sering memandang saya menyebabkan saya berasa takut. Selepas tamat persekolahan, saya & dirinya tidak lagi berhubung. Saya berasa rindu padanya dan sedar bahawa sebenarnya selama ini sy juga menyukainya. Saya ada menghubunginya melalui sms, tapi dibalas acuh tak acuh shj.

Kini, dia berada diluar negara kerana melanjutkn pelajaran. Saya menegurnya di facebook tetapi tidak diendahkan langsung. Dari hari ke hari, saya semakin rindu kepadanya. Adakah sy perlu menunggu nya atau mencari cinta lain ? Saya rasa hati saya tidak lg terbuka untuk mana2 lelaki.

Salam.

Mungkin lelaki yang adik sebutkan tu dah penat bagi peluang dan rasa peluang yang dia dah bagi dulu tu dah adik sia-siakan. Jadi dia dah give up dan dah move on.

Lelaki ni sama jugak macam perempuan. Ada tahap mencuba dan juga ada tahap kekecewaan yang membuatkan diorang berhenti mencuba dan akhirnya move on. Dalam kes adik ni kami rasa apa yang berlaku ialah lelaki tersebut dah give up mengorat dan akhirnya dah move on dan takkan berpaling lagi.

Adik pun baru habis sekolah dan perjalanan masih jauh lagi. Banyak lelaki kat luar tu yang boleh adik cari sebagai pengganti. Start over, start fresh. Lupakan segala perasaan rindu dan memori dulu. Tak ada gunanya terhegeh-hegeh dengan benda yang lama kalau adik sendiri boleh mula semula benda yang baru yang insyaAllah boleh jadi lebih baik.

Berhenti menunggu dan jangan difikir sangat pintu hati tertutup untuk mana-mana lelaki tu.

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Jan 27, 2015 | Posted by in Percintaan | 0 comments

Add Your Comment

Your email address will not be published.