Kekal Setia Walau Dah Terlanjur

Nama: Sofia

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum. Saya benar-benar keliru dan ragu. Tolong bantu saya begini ceritanya. Saya dan teman lelaki sy En.M sudah menjalinkan hubungan selama 9bulan. Sejak mengenali dia saya akui saya jatuh cinta dan semakin hari rasa sayang itu tidak dapat dibendung lagi. Seawal hubungan kami. En M tidak pernah menunjukkan satu perasaan sayang seperti mana rasa sayang saya pada dia. Sehingga hari ini, kami tak pernah bertanya khabar melalui panggilan telefon. Kami sekadar bersms sahaja.

Dia seorang yang sangat sibuk bekerja dan seorang yang pentingkan family dan ramai kawan. Saya akui hubungan kami sejak 8 bulan lepas tidak mesra. Sehingga masuk bulan ini. Awal bulan ini. Dia menyatakan bahawa sebelum ini dia sukar untuk menerima saya dalam hidupnya kerana masih sayangkan bekas kekasihnya. Betapa hancur hati saya ketika itu sedangkan untuk pengetahuan dr.cinta kami pernah melakukan kesilapan yang cukup besar dalam hidup kami. Tetapi kami berdua telah berjanji agar tidak mengulanginya lagi kami sudah bertaubat. Sehingga hari ini dia masih bersama saya.

Kami bercadang untuk berkahwin. Tetapi permasalahan yang saya hadapi adalah adakah dia sudah benar2 menerima diri saya dalam hidupnya? Sebelum ini, saya tahu dia ada layan beberapa perempuan lain. Tetapi disebabkan saya sudah sayang dan kami pun pernah bersama sukar untuk saya berpisah dengannya. Saya maafkan walau saya sering terasa hati dengannya. Sebelum ini juga dia kata pada saya bahawa saya seorang yang membosankan tetapi akhirnya dia memujuk saya. Saya menerima dia dan saya maafkan dia. Dia juga bagi semua password account fb, insta dan wechat kepada saya. Sy benar2 ragu adakah dia benar2 sayang saya menerima diri saya.

Walaupun dia tidak mahu berpisah dengan saya sering memujuk saya memeberi janji akan berkahwin dan akan datang berjumpa family saya pada raya nanti. Layanan dia pada saya masih sama seperti sebelum ni. Sms sering lambat balas tidak pernah call. Sering tak sms kalau bersama family dan kawan2. Tetapi bila dia sedar sy terasa hati dan merajuk dia akan memujuk saya kembali. Sy ragu2 saya sayangkan dia lebih dari segala2 nya. Saya takut untuk berpisah dengannya dan hidup saya sangat bergantung kepadanya. Saya tak boleh hidup dan tak ada semangat bila dia tiada bersama saya. Saya sering jadi pemarah kerana memendam rasa terhadap layanan dia kepada saya. Dia mengatakan dia sayang dan rindu saya tetapi perbuatannya sering kali membuat saya rasa tersinggung seolah2 saya tidak wujud. Saya cuma ingin dihargai.

Tidak pernah ke dia nampak keikhlasan saya menyanyangi dia. Walau banyak kesilapan dia pada saya. Saya tetap menerima dia segala keburukan dia, walau hati saya sering terluka sehingga ke hari ini. Bantulah saya. Saya sangat buntu. Saya benar2 tidak tahu apa yang dia mahukan apa yang saya patut lakukan agar saya tidak terasa hati lagi dengannya.

Salam.

Masalah yang jelas dan nyata yang saya boleh cakap ialah Sofia amatlah mudah termakan dengan janji manis seorang yang bernama lelaki. Tapi saya tak salahkan Sofia sepenuhnya sebab saya tahu lelaki memang boleh jadi semanis yang mungkin apabila berdepan dengan perempuan.

Keterlanjuran yang dah lepas tu biarkanlah lepas. Tak perlu diungkitkan lagi dan tak perlue menyesali lagi. Apa yang dah berlaku biarkanlah berlaku. Cukup dengan Sofia teruskan hidup ke arah yang lebih baik dan berusaha untuk perbaiki diri untuk jadi yang lebih baik. Apa yang perlu Sofia buat ialah bertaubat dan usaha tanpa henti untuk dapatkan keredhaan Allah seterusnya peroleh hidayah dan tabah hadapi dugaan yang mendatang kelak.

Teman Sofia, Encik M bagi kami hanyalah lelaki bujang biasa yang ternyata masih belum bersedia untuk ke tahap seterusnya. Biasa bagi lelaki muda untuk kerap menghabiskan masa dengan rakan dan aktiviti lain sehingga mengendahkan temannya sendirian. Tambahan pula Encik M tu sendiri masih dalam proses untuk cuba menerima Sofia. Proses penerimaan ni mengambil masa dan tentunya penantian sebegini rupa pastinya terselit perasaan dengki, cemburu, sakit hati, tertekan, stress dan sebagainya.

Bagi saya, ini hanyalah proses penerimaan yang memakan masa yang panjang. Lelaki juga ada proses penerimaannya sendiri dan ada kalanya mengambil masa yang amat lama, malah ada yang sampai bertahun lamanya. Dari apa yang saya baca mengenai Encik M yang Sofia ceritakan, dia tidaklah seteruk kisah lain yang pernah saya baca. Dia masih lagi kekal setia walau sudah terlanjur dan juga masih mencari masa untuk memujuk dan berhubung dengan Sofia walau hubungan diantara Sofia dengannya tidaklah seperti kisah cinta luar biasa.

Bercakap mengenai kecurangan, dari apa yang Sofia ceritakan, boleh saya anggap yang Encik M tidak curang atau mempunyai perempuan simpanan lain. Tetapi, saya takkan menolak kemungkinan ini kerana sepertimana lelaki mempunya sifat yang bermacam perangai dan jenis, mereka juga licik dan pandai mambuat helah. Sifat lelaki yang macam ni, kalau tak diselidik dengan terperinci tentunya akan bawa kepada masalah yang lebih besar kelak.

Nasihat saya untuk Sofia, berikan Encik M masa untuknya membuat keputusan tetapi berikanlah had masa yang sesuai untuknya berfikir. Jangan kerana terlampau memberi ruang, Sofia terpaksa tunggu bertahun lama lagi semata-mata untuk merasai kebahagiaan seperti pasangan bahagia yang lain. Ingat pesanan saya, ruang dan masa itu perlu, tetapi seharusnya sesuai dan memadai.

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Jun 24, 2015 | Posted by in Keliru | 2 comments

Pilihan Keluarga Minta Putus Melalui Telefon Selepas Sebulan Bertunang.

Nama: Dhia

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum.

Saya ingin meminta pendapat serta pandangan Doktor Cinta atas masalah yang saya sedang hadapi. Saya telah bertunang dan pertunangan kami terjadi adalah atas pilihan keluarga saya sendiri dan semestinya atas pilihan lelaki tersebut melalui orang tengah. Kami tidak pernah kenal & berjumpa sebelum ini tetapi ibu saya pernah berjumpa keluarga si dia dan pakcik saya kenal keluarga mereka. Dari cerita orang kampung, keluarga si dia adalah keluarga yang baik-baik. Pada mulanya saya telah menolak si dia atas sebab saya tidak mengenali si dia dan ‘masih ada ke orang kawin pilihan keluarga + berjaya ke pada zaman ni??’. Kalau zaman dulu mungkinlah…Tetapi setelah beristikharah dan minta pandangan orang yang lebih tua dan berpengalaman, akhirnya saya bersetuju untuk menerima lelaki tersebut. Dengan restu kedua ibu bapa kami, serta saudara mara, kami selamat diikat. Memandangkan family saya sangat ‘strict’, mereka tidak membenarkan saya berhubung dengan lelaki tersebut. Tetapi, kami telah berhubung secara berahsia untuk mengenali hati budi masing-masing.

Selepas pertunangan, hubungan kami sangat baik dan tiada masalah. Dalam tempoh tersebut, kami telah berbincang soal tarikh perkahwinan dan plan masa depan memandangkan kami diikat selama 10bulan. Tapi sayangnya, tidak sampai sebulan, si dia telah meminta putus tunang melalui telefon dan saya amat terkejut dengan keputusan tersebut. Malah si dia tidak mahu bertemu keluarga saya untuk putuskan secara rasmi dan mengikut adat walaupun setelah saya merayu. Family si dia telah cuba memujuk si dia untuk kembali pada saya tapi tidak berjaya. Si dia memilih untuk kembali pada kekasih lama (first love) apabila perempuan tersebut menangis dan merayu untuk bersama kembali setelah mengetahui bahawa si dia telah bertunang dengan saya.

Saya keliru, saya terasa dipermainkan. Saya mungkin belum cintakan dia tapi saya telah cuba dan saya sudah mula menerima dia, dan pada saat itu, dia lebih sanggup memilih untuk meninggalkan saya menanggung beban ini sendiri. Dia memberi alasan bahawa dia tidak ada hati pada saya. Katanya, sebelum tunang dia memang dah ada hati, walaupun melihat gambar sahaja sebelum kami berjumpa di hadapan keluarga, dan dia juga telah beristikharah dan yakin dengan pilihannya kerana itu dia memilih untuk bertunang. Saya cuba pujuk dia, kerana bagi saya ini adalah perkara yang sangat serius. Tidak pernah terjadi di dalam keluarga kami. Mereka sesama saudara juga telah bergaduh hingga putuskan tali persaudaraan. Saya sangat sedih kerana disbabkan perkara ni putus hubungan keluarga. Yang menjadikan masalah ini semakin berat apabila dia tidak mahu berjumpa keluarga saya. Dan yang lebih parah lagi dan sangat mengejutkan saya adalah apabila ibubapa si dia juga tidak mahu berjumpa family saya. Kata si dia, tugas dia hanya memberitahu saya dan selebihnya adalah tugas saya. Saya buntu.Mana mungkin saya mampu untuk memberitahu ibubapa saya sendiri sedang mereka tidak tahu kami berhubung(habislah saya kalau depa tahu!!). Saudara mara si dia yang menjadi orang tengah juga tidak sampai hati untuk memberitahu keluarga saya lebih2 lagi ibu saya kerana beliau berpenyakit. beliau tidak boleh stress kerana boleh menyebabkan jiwa beliau terganggu kembali. 2minggu lebih kami telah putus, dan tiada siapa pun yang tahu melainkan saya, dan keluarga lelaki tersebut sahaja. Apa yang perlu saya buat Doktor Cinta??

Salam.

Harapnya Dhia berada dalam keadaan baik walaupun apa yang dah Dhia lalui. Moga tabah.

Hakikatnya, pertunangan ni hanyalah satu jalan yang akhirnya membawa kepada perkahwinan. Tapi macam yang Dhia dah ketahui, menjadi tunangan oranglah masa yang paling mencabar  dan penuh dengan ujian dan cabaran yang perlu ditempuhi. Perlu diingat, tak semua pertunangan akan berakhir dengan perkahwinan. Pertunangan hanyalah ikatan dan tanda bahawa satu pasangan itu akan menjadi pasangan suami isteri kelak. Ingat, pertunangan bukanlah perkahwinan dan bukanlah perkara yang pasti membawa kepada kebahagiaan kelak.

Dari apa yang saya faham, Dhia sekarang tersepit di tengah-tengah hubungan yang saya sendiri berani katakan sudah berakhir. Dhia belum mempunyai apa-apa hubungan istimewa, Dhia belum jatuh cinta, Dhia belum berikan komitmen yang sebenarnya dan juga Dhia masih di fasa pertunangan, bukannya perkahwinan, jadi boleh saya cakapkan di sini yang Dhia sebenarnya masih belum jauh kedalam lubang masalah dan sebenarnya masalah ini amatlah mudah untuk diselesaikan. Ada sesetengah perkara tidak berakhir seperti yang kita harapkan kerana sebenarnya ianya satu hikmah. Mungkin apa yang Dhia sedang lalui sekarang ada hikmahnya yang tersendiri, kita takkan tahu selagi kita mulai redha dan terima akan ketentuannya. Tak perlu terus mengharap dan berharap dia akan kembali sebab bagi saya sendiri, kalau lelaki tu sendiri dah tarik diri pada bulan yang pertama, tak perlulah baginya lebihan 9 bulan yang ada kerana bagi saya, dia tidak berhak.

Tapi Dhia kena ingat, perkahwinan ini dirancang dan bukannya berdasarkan perasaan cinta dan sayang. Jadi pihak lelaki mahupun pihak Dhia sendiri tidak boleh dipersalahkan. Cinta bukan terbina tanpa perasaan dan paksaan, ini Dhia perlu ingat.

Apa yang perlu Dhia buat sekarang ialah tabah dan beranikan diri untuk menceritakan perkara yang sebenar kepada keluarga Dhia sendiri. Perkara ini sudah pun menjadi satu masalah dan tindakan Dhia jikalau terus menerus melambatkan perkara yang dah pasti pastinya akan menyukarkan lagi keadaan. Mengenai keadaan ibu Dhia, dia sendiri akan faham realiti hubungan yang dah sampai ke tahap ini dan sebagai seorang ibu, dia pastinya akan memahami. Mungkin dia akan rasa sedikit kecewa tetapi dia akan menjadi lebih lega dan bahagia bila mengetahui yang anaknya berani berdepan dengan masalah dan kekal tenang menghadapinya.

Mengenai hal tidak berhubung tu pulak, ia hanyalah perkara kecil. Tak salah berhubung ketika menjadi tunangan orang dan jangan jadikan tu satu alasan dan sebab mengapa hubungan ini tak menjadi.

Beranikan diri, tabah hadapi masalah dan tak berundur dari kebenaran. Itu yang Dhia perlu lakukan sekarang.

Good luck and be strong ok!

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Jun 21, 2015 | Posted by in Keliru | 0 comments

Cinta 2 Tahun Lepas, Adakah Berputik Kembali? Atau Hanya Syok Sendiri?

Nama: Siti

Jantina: Perempuan

Hi,saya nak tanya sikit ni,ex bf saya dh break ngan saya lebih kurang 2 tahun lalu,tapi tahun ni kitaorang sama kelas,dan saya perasan yang dia mcm nak dekat2 ngan saya dan tadi dia try duduk sebelah saya (tp sekejap je),saya mcm terkejut pastu buat x tahu je and try berlakon tengah ckp dengan kawan saya,profile insta saya pun ada jugak gambar yg dia like,maksudnya apa ya

Boleh tolong terangkan?

Terima kasih, 🙂

Hi.

Perkara yang lepas jangan dikenang. Situasi yang Siti hadapi ni amatlah sesuai untuk kami gunakan ayat ni. Dah 2 tahun berlalu tapi masih menaruh harapan. Jelas kat sini yang Siti sendiri masih menyimpan sedikit perasaan kat ex Siti tu. Kalau benar dan yakin dan pasti yang dia dah jadi ex, takkan ada sikit pun perasaan yang macam Siti gambarkan tu. Kalau betul Siti dah move on, takkanlah Siti boleh terperasan dengan tingkah lakunya yang semakin mendekati dan jugak perbuatannya di laman sosial? Jelas sekali Siti sendiri belum move on.

Tapi beware dan tolong berjaga-jaga. Ada kalanya lelaki ni hanya nak bersikap normal dan baik terhadap semua orang. Mungkin apa yang dilakukannya tu hanyalah sikapnya yang sebenar terhadap semua orang dan Siti sendiri yang perasan?

Tanya diri Siti sendiri, masihkah Siti memendam perasaan lama? Atau Siti hanya syok sendiri?

Hanya Siti yang boleh bagi jawapan.

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Apr 23, 2015 | Posted by in Percintaan | 1 comment