Sikapnya Sudah Tidak Seperti Dahulu. Patutkah Aku Give Up?

Nama: Syahirah

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum.

Saya dan pasangan saya dh kenal selama 3 tahun. Selama 3 tahun ni, bf saya layan saya dgn baik sekali, x pernah abaikan saya, selalu jaga saya, dan x pernah putus buat saya happy. Tapi ada satu hari tu, saya bersifat dingin dengan bf saya, dan mengabaikan dia walaupun dia cuba utk jaga saya. Sampailah satu masa, dia block saya di aplikasi ws kerana kecewa dgn saya.

Sekarang dia masih berhubungan dgn saya, tetapi dia sudah tawar hati dgn saya, dalam masa yg sama, dia tidak mahu berpisah dgn saya, dia masih mahu meneruskan hubungan kami, tetapi dia bersifat dingin dengan saya, dan layanan nya tidak sama seperti dulu. Saya ada bertanya dengan dia, adakah dia masih sayang saya, jawapannya, dia sayang tapi tidak seperti dulu.

Dia nak kan saya, tetapi dia menyakiti saya dengan layanan buruknya, tetapi apabila bersama kawan2 perempuannya, dia happy. Adakah masih ada peluang utk saya perbaiki hubungan ini?

Salam.

Jelas sekali teman Syahirah sedang di dalam dilema dan masih belum berupaya membuat keputusan. Dia sendiri mengaku yang dia tidak lagi sayangkan Syahirah seperti dahulu dan sudah mula berubah sikap dan perasaan. Mungkin perubahannya itu disebabkan Syahirah yang bersikap dingin dan mengabaikannya sebelum ini tetapi ini tidak bermaksud dia patut memperlakukan Syahirah sebegini rupa.

Syahirah berhak mendapatkan kata putus dan tidak patut dibiarkan tergantung tidak bertali seperti ini. Jikalau suka katakan suka, jikalau tidak katakan tidak. Ini supaya terang lagi bersuluh akan keadaan yang berlaku sekarang juga memudahkan untuk Syahirah sendiri meneruskan kehidupan Syahirah sendiri. Ya betul, kekecewaan dan salah faham sering berlaku di dalam perhubungan tetapi ini tidak bermaksud salah seorang patut menerima akibat daripadanya dan akhirnya boleh menjejaskan hubungan itu sendiri.

Nasihat kami, mintak maaf mintak ampun atas apa kesalahan Syahirah sebelum ini dan minta kata putus darinya. Lontarkan persoalan tentang komitmen, kasih, sayang serta kekeluargaan. Jiakalu respon yang diterima tidak seperti yang diharapkan, Syahirah mungkin boleh berkira-kira untuk meneruskan hidup tanpa dirinya. Peluang masih ada, tetapi hakikatnya Syahirah sendiri perlu nilai dan memberi kata putus.

Bagi kami, adalah lebih baik mulakan kisah hidup baru daripada mengharapkan orang yang tidak sudi.

Aug 7, 2019 | Posted by in Percintaan | 0 comments

Curang Tapi Tak Mengaku.

Nama: Saya Keliru

Jantina: Perempuan

Sy ada mslh pasal ex bf sy. Dia satu sekolah dgn sy. Kami baru je putus sbb dia curang tapi dia tak mengaku. Hubungan kami dah nak masuk 3 tahun. Sy dah biasa hidup dgn dia , semua masalah sy share dgn dia. Sy takut sgt sy kehilangan dia. Lepas kami putus, dia masih lgi contact sy, ambil berat pasal sy, dan membuatkan sy berharap yg kami akan bersama kmbali.

Tapi dalam masa yg sama, sekarang sy dah ada bf baru. Bf sy dduk asrama, dan sy mula sygkan dia. Sy tak tahu nak buat ape skrg. Hati sy teringin nak bersama dgn ex bf sy sbb sy dah terbiasa hidup dgn dia, tapi sy takut dia ulang balik kesilapan dia. Bila sy tengok ex bf sy dgn perempuan lain, sy mesti menangis. Sy tak sanggup nak tngok dia dgn org lain. Sy harap dr. boleh bg pendapat apa yg sy patut buad.

Salam.

Hati dan perasaan ni memang susah. Dah putus tiba-tiba nak balik.

Tapi bagi saya benda ni tak susah mana pun, adik sendiri buat keputusan untuk tinggalkan bf lama adik tu and adik dah pun ada pengganti. Well then move on je. Dia dah buat salah yang jelas dan nyata tapi masih tak mengaku and adik sendiri dah pun ada pengganti.

Kenapa perlu susahkan diri and kepala adik tu untuk pikirkan lagi pasal bf adik yang lama tu. Kami rasa adik takdela sayangkan bf lama adik tu sangat pun sebenarnya. Kalau boleh cari pengganti baru dengan senang takkanla boleh ada masalah untuk lupakan yang lama. Terkadang hati dan perasaan tu ada sifat kasihan je. Kuatkan hati, tabah dan berpegang pada pendirian sendiri je.

Yang lepas tu biarlah lepas. Move on.

Jan 27, 2015 | Posted by in Keliru | 0 comments

Sayang Si Secret Admirer

Nama: Nor Athirah Syuhada

Jantina: Perempuan

Salam…dulu sye ad gak mnt kt ssowg ni..pd 1 ary,,dy mcg sye,,tp sye x taw pon 2 dy..dy kte la dy 2 secret admirer sye la…sye tnye dy cpe..dy x nk jwb,,then smpai sye dpt taw yg dy 2 owg yg sye mnt slme ni..paz dri kjdian 2 dy terus x mcg sye lg…x taw npe tetibe je cm 2..kite ni syg gler kt dy tp dy wt dont know j…e…ase terguris je ati ni…hmmm…spe boley bntu kt sni…plezzzzz…..adkh sye ptut mlpkn dy sdgkan sye msih syg kt dy…hmmm..what should i do now??? help me…!!!!

Solution terbaik ialah jumpa depan-depan dengan si dia. Tanya dan selesaikan masalah dan perasaan selama ni yang terbuku di hati. Pikir semula kot2 la pernah ade trsilap bahasa masa main2 msg tu ke ade tertegur kasar ke so dat boleh dieselesaikan dengan segera.

Luahkan perasaan selama ni yang terbuku di hati n ceritakan hal sebenar. Lelaki ni kadang2 pemalu n tak nak bg komitmen terlalu awal dalam hal cinta…so amikla langkah macam secret2 admirer ni. Mungkin bile Nor sndri dah dapat tahu siapa dia, mungkin dia rasa tujuan dai pada awalnya dah terbantut.

Selamat berjaya!

Aug 1, 2010 | Posted by in Jiwa Kacau | 0 comments