Cinta Wechat Di Zaman Persekolahan.

Nama: Sari

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum doktor cinta, saya nak berkongsi sedikit masalah nie. saya pun tak pasti laa tapi yg pasti saya betul-2 sakit sangat hati dan tak tau nak buat apa dah .

macam nie ceritanya ~

2 bulan yg lepas, saya main bola kat dalam futsal, kat dalam futsal tu ada budak-2 lelaki yg main tapi saya tak heran apa pun sebab saya main kat tepi dgn kawan-2 cousin saya yg kebanyakannya form 1 ke bawah ~ time tu saya main baling-2 bola lepasi pagar futsal, cousin dgn kawan dia dalam futsal dan saya pulak kat luar . saya nie seorang yg tak peka, kalau ada orang yg pandang saya, saya langsung tak perasan dan langsung tak heran nak pandang sekeliling ~ kisah apa dgn dorang . sampai laa cousin saya tu cakap “kak sari, budak tu tengok jea kak sari main bola” saya balas “huh ? siapa ? lantak dia laa” saya buat dunno then sambung main bola tapi saya pandang jugak budak yg dia cakap tu ~ budak lelaki tu antara yg paling putih antara kawan-2 dia yg lain, dia pendek sedikit dari saya dan mungkin seorang yg pemalu . hari demi hari berlalu dan macam biasa, cousin asyik beritahu yg dia asyik tengok-2 saya jea .

Saya sebenarnya langsung tak ambil kisah pasal lelaki nie . memandangkan cousin asyik mention dia jea, saya cabar dia supaya tanya nama budak lelaki tu . malam sehari lepas tu kitorang pegi kedai dan nampak dia kat kedai . apa lagi cousin pun pegi la kat dia dan tanya nama dia, tapi dia lari dan mengelak jea . so kitorang give up . untuk pengetahuan anda, saya masa tu takde apa-2 perasaan pun lagi kat dia, saya cabar cousin tanya nama dia pun sebab saya ingat nak sakat dia sebab dia tu kan pemalu ? esok punya esok punya hari, kitorang masih cuba untuk cari apa nama dia sampai laa dia pakai jersi yg ada tulis nama dia . actually, saya pun tak tau macam mana saya boleh suka kat dia .

Tapi makin saya nak sakat dia makin saya perasan perasaan saya kat dia . saya suruh kawan lelaki saya minta number kat dia, kawan saya cakap “wei alip taknak bagi, dia cakap “dia minta number ke ? takpayah laa bagi” camtu, tapi alip tu baik tau, cuma pemalu jea” saya tak kisah apa pun . yg pasti saya hari-2 kacau dia kalau dia lalu depan rumah, saya akan cakap “alip, wo ai ni” “alip, saya peminat number 1500936 awak” dan blablabla . mungkinkah dia akan fikir yg saya nie gedik ? aduii . saya nie dah macam terhegeh-2 kat dia jea ? entah laa .

And sabtu minggu lepas dia ada add wechat saya, saya pun taktahu yg tu adalah dia so saya accept laa . pastu kitorang ada laa chat tapi dia tak banyak type apa, paling banyak reply pun emoji jea . pastu bila saya hantar chat apa, dia dah taknak reply . taktau kenapa padahal dia selalu online . sampai laa saya taktahan then saya chat dia “reply laa even 2-3 kali pun jadi, lepas nie saya tak kacau awak dah kalau awak nak” tapi dia masih tak reply apa-2 . even saya suruh kawan-2 saya add dia dan nak tengok kalau dia reply atau tak chat kawan saya tu . tapi takpun .

Adakah dia nie jenis yg tak suka chat dgn perempuan ? entah laa . dia macam malu kalau dgn perempuan . saya cuba untuk menjauhkan diri dari dia tapi hampa, saya rindu nak tengok dia . cousin saya cakap dia ada nampak alip kat sekolah dan dia pun panggil laa alip, alip senyum jea . untuk pengetahuan doktor, saya selalu tertangkap dia tengah tengok saya .

Tetapi kekadang saya fikir mungkin dia minat kat cousin saya kot . entah laa . dia form 4 sama macam saya tapi dia masih sekolah meanwhile saya dah tak sekolah sebab ada masalah kewangan so saya bekerja . and, badan saya nie jenis berisi . tinggi berisi . doktor rasa kenapa dan macam mana ? saya nak buat apa sekarang ? and thanks sebab dengar masalah saya 🙂

Salam.

Fikiran orang muda remaja adalah sangat sukar untuk difahami. Terutamanya jika orang muda yang dimaksudkan tu belum matang dan masih mentah dan tidak pandai membuat keputusan dan menilai baik buruk.

Apa yang saya nak cakap di sini, Sari dan lelaki yang Sari taruh harapan tu sebenarnya masih mentah dan tidak kenal dan mengerti erti sebenar cinta dan kasih sayang. Cinta dan sayang tidak akan lahir hanya dengan bertanya khabar, mengetahui nama dan meminta nombor telefon. Ia juga takkan datang hanya dengan saling berhubung melalui sms mahupun wechat dan whatsapp.

Ternyata apa yang Sari sedang hadapi sekarang ialah proses pendewasaan dan proses mengenali emosi sendiri. Jarang  apa yang sedang dihadapi oleh orang muda seusia dengan Sari untuk mengalami dan memahami cinta. Bukannya saya menolak cinta diusia muda tetapi hakikatnya cinta diusia muda bukanlah semudah yang disangka untuk difahami dan dialami. Sukar. Teramatlah sukar. Sedangkan perkahwinan muda pasangan berumur 25 tahun pun sering menghadapi masalah dan majoritinya berakhir dengan penceraian, apalah sangat cinta wechat pada zaman persekolahan?

Nasihat saya, fokus dan tumpukan perhatian sepenuhnya pada hidup Sari sendiri. Cuba sehabis baik untuk cari peluang sambung semula pengajian dan tumpukan lebih banyak masa Sari untuk masa depan dan keluarga Sari sendiri. Jangan biarkan rupa paras, faktor kewangan dan perasaan mengawal diri kita ke arah yang salah.

Gunakan apa yang ada sekarang untuk menjadi remaja yang lebih baik dan setanding dengan remaja cemerlang yang lain diluar sana. Jika benar apa yang dialami sebelum ini ialah cinta, ia sendiri akan cari Sari untuk ke peringkat seterusnya. Apa yang Sari perlu lakukan sekarang hanyalah move on dan teruskan kehidupan. Mudah.

All the best dari kami di Doktor Cinta!

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Apr 17, 2015 | Posted by in Jiwa Kacau | 0 comments