Pilihan Keluarga Minta Putus Melalui Telefon Selepas Sebulan Bertunang.

Nama: Dhia

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum.

Saya ingin meminta pendapat serta pandangan Doktor Cinta atas masalah yang saya sedang hadapi. Saya telah bertunang dan pertunangan kami terjadi adalah atas pilihan keluarga saya sendiri dan semestinya atas pilihan lelaki tersebut melalui orang tengah. Kami tidak pernah kenal & berjumpa sebelum ini tetapi ibu saya pernah berjumpa keluarga si dia dan pakcik saya kenal keluarga mereka. Dari cerita orang kampung, keluarga si dia adalah keluarga yang baik-baik. Pada mulanya saya telah menolak si dia atas sebab saya tidak mengenali si dia dan ‘masih ada ke orang kawin pilihan keluarga + berjaya ke pada zaman ni??’. Kalau zaman dulu mungkinlah…Tetapi setelah beristikharah dan minta pandangan orang yang lebih tua dan berpengalaman, akhirnya saya bersetuju untuk menerima lelaki tersebut. Dengan restu kedua ibu bapa kami, serta saudara mara, kami selamat diikat. Memandangkan family saya sangat ‘strict’, mereka tidak membenarkan saya berhubung dengan lelaki tersebut. Tetapi, kami telah berhubung secara berahsia untuk mengenali hati budi masing-masing.

Selepas pertunangan, hubungan kami sangat baik dan tiada masalah. Dalam tempoh tersebut, kami telah berbincang soal tarikh perkahwinan dan plan masa depan memandangkan kami diikat selama 10bulan. Tapi sayangnya, tidak sampai sebulan, si dia telah meminta putus tunang melalui telefon dan saya amat terkejut dengan keputusan tersebut. Malah si dia tidak mahu bertemu keluarga saya untuk putuskan secara rasmi dan mengikut adat walaupun setelah saya merayu. Family si dia telah cuba memujuk si dia untuk kembali pada saya tapi tidak berjaya. Si dia memilih untuk kembali pada kekasih lama (first love) apabila perempuan tersebut menangis dan merayu untuk bersama kembali setelah mengetahui bahawa si dia telah bertunang dengan saya.

Saya keliru, saya terasa dipermainkan. Saya mungkin belum cintakan dia tapi saya telah cuba dan saya sudah mula menerima dia, dan pada saat itu, dia lebih sanggup memilih untuk meninggalkan saya menanggung beban ini sendiri. Dia memberi alasan bahawa dia tidak ada hati pada saya. Katanya, sebelum tunang dia memang dah ada hati, walaupun melihat gambar sahaja sebelum kami berjumpa di hadapan keluarga, dan dia juga telah beristikharah dan yakin dengan pilihannya kerana itu dia memilih untuk bertunang. Saya cuba pujuk dia, kerana bagi saya ini adalah perkara yang sangat serius. Tidak pernah terjadi di dalam keluarga kami. Mereka sesama saudara juga telah bergaduh hingga putuskan tali persaudaraan. Saya sangat sedih kerana disbabkan perkara ni putus hubungan keluarga. Yang menjadikan masalah ini semakin berat apabila dia tidak mahu berjumpa keluarga saya. Dan yang lebih parah lagi dan sangat mengejutkan saya adalah apabila ibubapa si dia juga tidak mahu berjumpa family saya. Kata si dia, tugas dia hanya memberitahu saya dan selebihnya adalah tugas saya. Saya buntu.Mana mungkin saya mampu untuk memberitahu ibubapa saya sendiri sedang mereka tidak tahu kami berhubung(habislah saya kalau depa tahu!!). Saudara mara si dia yang menjadi orang tengah juga tidak sampai hati untuk memberitahu keluarga saya lebih2 lagi ibu saya kerana beliau berpenyakit. beliau tidak boleh stress kerana boleh menyebabkan jiwa beliau terganggu kembali. 2minggu lebih kami telah putus, dan tiada siapa pun yang tahu melainkan saya, dan keluarga lelaki tersebut sahaja. Apa yang perlu saya buat Doktor Cinta??

Salam.

Harapnya Dhia berada dalam keadaan baik walaupun apa yang dah Dhia lalui. Moga tabah.

Hakikatnya, pertunangan ni hanyalah satu jalan yang akhirnya membawa kepada perkahwinan. Tapi macam yang Dhia dah ketahui, menjadi tunangan oranglah masa yang paling mencabar  dan penuh dengan ujian dan cabaran yang perlu ditempuhi. Perlu diingat, tak semua pertunangan akan berakhir dengan perkahwinan. Pertunangan hanyalah ikatan dan tanda bahawa satu pasangan itu akan menjadi pasangan suami isteri kelak. Ingat, pertunangan bukanlah perkahwinan dan bukanlah perkara yang pasti membawa kepada kebahagiaan kelak.

Dari apa yang saya faham, Dhia sekarang tersepit di tengah-tengah hubungan yang saya sendiri berani katakan sudah berakhir. Dhia belum mempunyai apa-apa hubungan istimewa, Dhia belum jatuh cinta, Dhia belum berikan komitmen yang sebenarnya dan juga Dhia masih di fasa pertunangan, bukannya perkahwinan, jadi boleh saya cakapkan di sini yang Dhia sebenarnya masih belum jauh kedalam lubang masalah dan sebenarnya masalah ini amatlah mudah untuk diselesaikan. Ada sesetengah perkara tidak berakhir seperti yang kita harapkan kerana sebenarnya ianya satu hikmah. Mungkin apa yang Dhia sedang lalui sekarang ada hikmahnya yang tersendiri, kita takkan tahu selagi kita mulai redha dan terima akan ketentuannya. Tak perlu terus mengharap dan berharap dia akan kembali sebab bagi saya sendiri, kalau lelaki tu sendiri dah tarik diri pada bulan yang pertama, tak perlulah baginya lebihan 9 bulan yang ada kerana bagi saya, dia tidak berhak.

Tapi Dhia kena ingat, perkahwinan ini dirancang dan bukannya berdasarkan perasaan cinta dan sayang. Jadi pihak lelaki mahupun pihak Dhia sendiri tidak boleh dipersalahkan. Cinta bukan terbina tanpa perasaan dan paksaan, ini Dhia perlu ingat.

Apa yang perlu Dhia buat sekarang ialah tabah dan beranikan diri untuk menceritakan perkara yang sebenar kepada keluarga Dhia sendiri. Perkara ini sudah pun menjadi satu masalah dan tindakan Dhia jikalau terus menerus melambatkan perkara yang dah pasti pastinya akan menyukarkan lagi keadaan. Mengenai keadaan ibu Dhia, dia sendiri akan faham realiti hubungan yang dah sampai ke tahap ini dan sebagai seorang ibu, dia pastinya akan memahami. Mungkin dia akan rasa sedikit kecewa tetapi dia akan menjadi lebih lega dan bahagia bila mengetahui yang anaknya berani berdepan dengan masalah dan kekal tenang menghadapinya.

Mengenai hal tidak berhubung tu pulak, ia hanyalah perkara kecil. Tak salah berhubung ketika menjadi tunangan orang dan jangan jadikan tu satu alasan dan sebab mengapa hubungan ini tak menjadi.

Beranikan diri, tabah hadapi masalah dan tak berundur dari kebenaran. Itu yang Dhia perlu lakukan sekarang.

Good luck and be strong ok!

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Jun 21, 2015 | Posted by in Keliru | 0 comments

Saya Nak Kahwin Tapi Mak Yang Buat Pilihan.

Nama: Aisyah

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum doc. Masalah saya sebenarnya, mungkin lah bukan masalah cinta kot. Tapi masalah memilih calon suami. Saya adalah seorang yang simple. Tapi mak saya sedikit cerewet. Agak memilih la dalam memilih calon menantu. Pilihan saya, senang je. Apa yang mak ayah pilih, suka, itulah pilihan saya.

Tapi nak boleh ke jumpa pilihan mak tu, dah beberapa orang saya tolak. Ramai la jugak mungkin. Yang jaga solat, beriman, pandai mengaji tu, pasti lah itu pilihan utama. Saya pun akan pastikan calon suami saya ada ciri2 utama ni dulu, yang lain saya tak kisah. Tapi pilihan mak, paling utama satu negeri, atau negeri berdekatan atau bekerja di negeri2 tersebut. Masalahnya yang nak jadikan saya isteri sebelum2 ni, yang asalnya satu negeri, mak tak berkenan. Sebab pemakaiannya mungkin, pergaulannya, agamanya, tak cukup inci, dan cikgu. Kalau boleh mak taknak dah cikgu. Sebab dalam family saya, dah berapa keturunan cikgu. Jadi mak taknak da.

Dan tak kurang juga, ramai juga yang mintak saya tu, berasal dari utara. Yang ni, awal2 lagi mak tak nak. Sebab jauh. Tapi ciri2 yang lain semua boleh lah dikatakan lulus. Tapi disebabkan jauh la, sampai mak nangis2. Padahal bukannya terima pun lagi. Saya pun dah pening, stress, sampai nak botak dah asyik gugur je rambut. Dalam hati “mak nak yang macam mana sebenarnya” payah la nk jumpa yang betol2 ikut ciri yang mak nak. Huhu.

Sekarang stress yg teramat rasanya, umur makin naik, risau nt dah tolak2, last2, takde siapa dah nak. Tetiba saya yg bernaluri nak kahwin ni, rasa mcam malas dah nak kahwin. Tapi pertanyaan orang2 keliling pasal kahwin, mmg sangat2 buat saya stress, dan adalah suara2 yg mengatakan sy terlalu memilih. Saya hanya inginkan yg terbaik untuk mak ayh. Ap yg diorg suka, saya suka laa. Tapi lagi stress bila mk sdri yg tnya, takde ke org tnya2. Ya Allah..Mak… Bukan takde.. Tapi sume dah kena reject. Ohh, peningnyaa..

Maaf doc, terpnjang plk. Kalau ikutkan, boleh pnjang lagi ni, tapi sampai sini je la dlu, tq.

Salam Aisyah.

Terima kasih kerana sudi berkongsi. Pertamanya alhamdulillah dan tahniah sebab Aisyah sendiri hanya tinggal beberapa langkah saja lagi untuk masuk ke alam rumah tangga. Cuma sekarang ni yang jadi masalahnya ialah si suami.

Pemilihan calon suami sebenarnya bagi saya amatlah mudah kalau ditetapkan konsepnya dengan betul dari awal lagi. Apa yang akan dihadap oleh si suami sepanjang hidupnya kelak tentulah si isterinya sendiri dan perkara sama juga tentunya akan dihadap oleh si isteri sebaliknya.

Pemilihan pasangan, sama ada calon suami mahupun isteri sebenarnya terletak sepenuhnya kepada pasangan tersebut. Biar apa syarat, peraturan, pandangan dan juga cerita sekalipun, pemilihan pasangan adalah hak istimewa seseorang yang akan berkahwin. Bukan hak mak, ayah, sepupu sepapat mahupun adik beradik. Walaupun pastinya akan ada pengaruh dari luar yang lain yang akan mempengaruhi pemilihan calon, contohnya seperti kriteria, hak isitimewa, pangkat, ekonomi dan lain-lain, boleh saya katakan disini majoritinya akan tetap ditentukan oleh bakal pengantin itu sendiri.

Kalau boleh diberikan dari segi peratusan, boleh saya katakan yang hak dan pilihan mutlak bagi bakal pengantin adalah 80% dan 20% selebihnya boleh dikatakan pilihan selain bakal pengantin tu sendiri contohnya seperti pilihan keluarga dan lain-lain. Pilihan keluarga bukannya tidak boleh diambil kira cuma apa yang saya ingin tekankan ialah pilihan orang lain boleh diambil kira sebagai cadangan dan panduan tetapi pilihan mutlak dan keputusan masih dan akan tetap berada di tangan bakal pengantin tu sendiri.

Walaupun kita berusaha untuk memberikan yang terbaik buat kedua ibu bapa kita dan ingin membahagiakan mereka, keputusan bagi hal yang akan menentukan kebahagiaan kita sendiri pada masa depan kelak seharusnya difikirkan lebih berat kearah kita sendiri. Lagipun mak dan ayah mana yang tak nak tengok anak diorang sendiri bahagia. Selalunya mak dan ayah juga akan bahagia apabila tengok anak diorang sendiri bahagia. Jadi tak perlu nak difikirkan sangat kebimbangan pasal ni kerana selalunya akan berakhir dengan mak dan ayah serta keluarga yang bahagia InsyaAllah.

Yakinkan mak Aisyah tentang hak dan pilihan Aisyah dalam hal dan tentang mencari jodoh ni supaya mak Aisyah boleh faham dengan betul akan kehendak dan pilihan anaknya. Bawak berbincang dan kalau boleh bawak bersama adik-beradik dan juga ayah sebolehnya sebagai sokongan dan backup. Bawa berbincang tentang pendirian Aisyah dalam hal ni dan kebimbangan Aisyah sendiri kalau perkara seperti ini berterusan tanpa sebarang perubahan.

Yakinkan ahli keluarga Aisyah, tetapkan perndirian, berani meluahkan kebimbangan dan yakin akan kuasa Allah. Ini yang terbaik. Apapun saya doakan yang terbaik untuk Aisyah. Sebarang perkembangan email kami ok 🙂

Berapa bintang?
Kongsikan!
Share On Facebook
Share On Twitter
Share On Google Plus
Share On Linkedin
Apr 14, 2015 | Posted by in Keliru | 0 comments