Sikapnya Sudah Tidak Seperti Dahulu. Patutkah Aku Give Up?

Nama: Syahirah

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum.

Saya dan pasangan saya dh kenal selama 3 tahun. Selama 3 tahun ni, bf saya layan saya dgn baik sekali, x pernah abaikan saya, selalu jaga saya, dan x pernah putus buat saya happy. Tapi ada satu hari tu, saya bersifat dingin dengan bf saya, dan mengabaikan dia walaupun dia cuba utk jaga saya. Sampailah satu masa, dia block saya di aplikasi ws kerana kecewa dgn saya.

Sekarang dia masih berhubungan dgn saya, tetapi dia sudah tawar hati dgn saya, dalam masa yg sama, dia tidak mahu berpisah dgn saya, dia masih mahu meneruskan hubungan kami, tetapi dia bersifat dingin dengan saya, dan layanan nya tidak sama seperti dulu. Saya ada bertanya dengan dia, adakah dia masih sayang saya, jawapannya, dia sayang tapi tidak seperti dulu.

Dia nak kan saya, tetapi dia menyakiti saya dengan layanan buruknya, tetapi apabila bersama kawan2 perempuannya, dia happy. Adakah masih ada peluang utk saya perbaiki hubungan ini?

Salam.

Jelas sekali teman Syahirah sedang di dalam dilema dan masih belum berupaya membuat keputusan. Dia sendiri mengaku yang dia tidak lagi sayangkan Syahirah seperti dahulu dan sudah mula berubah sikap dan perasaan. Mungkin perubahannya itu disebabkan Syahirah yang bersikap dingin dan mengabaikannya sebelum ini tetapi ini tidak bermaksud dia patut memperlakukan Syahirah sebegini rupa.

Syahirah berhak mendapatkan kata putus dan tidak patut dibiarkan tergantung tidak bertali seperti ini. Jikalau suka katakan suka, jikalau tidak katakan tidak. Ini supaya terang lagi bersuluh akan keadaan yang berlaku sekarang juga memudahkan untuk Syahirah sendiri meneruskan kehidupan Syahirah sendiri. Ya betul, kekecewaan dan salah faham sering berlaku di dalam perhubungan tetapi ini tidak bermaksud salah seorang patut menerima akibat daripadanya dan akhirnya boleh menjejaskan hubungan itu sendiri.

Nasihat kami, mintak maaf mintak ampun atas apa kesalahan Syahirah sebelum ini dan minta kata putus darinya. Lontarkan persoalan tentang komitmen, kasih, sayang serta kekeluargaan. Jiakalu respon yang diterima tidak seperti yang diharapkan, Syahirah mungkin boleh berkira-kira untuk meneruskan hidup tanpa dirinya. Peluang masih ada, tetapi hakikatnya Syahirah sendiri perlu nilai dan memberi kata putus.

Bagi kami, adalah lebih baik mulakan kisah hidup baru daripada mengharapkan orang yang tidak sudi.

Aug 7, 2019 | Posted by in Percintaan | 0 comments