Nama: RulZah
Jantina: Perempuan
Saya mempunyai boyfriend, dah setahun kami bercinta. Tahun ini dia bnyak buat perangai and dh dua kali mntak break dgn saya. Dia mintak break atas alasan dia tak nmpk ending kt mna. Tapi dlm kata-kata dia, dia kata dia dh brjnji dgn saya nk hdup sama-sama. Kmudian hari ini dia merajuk dgn saya. Sbb saya stress, saya makan ubat smpai overdose. Saya call dan chat bnyk and spam dia tapi dia baca kat noti dan reject call saya.
Dah sehari saya tnggu dia tapi dia tak call saya. Saya beri dia suprise pun dia tetap sama. Apa saya nk buat skrg?
Saya dah smpai mngis air mata pun dia tk call saya.
Saya nak diaa hmmm…
Sumber: Facebook Doktor Cinta
Assalamualaikum Ruzlah!
Untuk memiliki hubungan yang sihat dan benar-benar bahagia adalah hasil dari kepercayaan, kejujuran dan sikap saling menghargai dari dua-dua belah pihak. Jika insan yang kita sayang itu, benar-benar menyayangi kita, dia akan mengambil peduli dan berusaha untuk bersama-sama kita ketika susah dan senang. Walau gaduh macam mana pun, masalah tetap akan selesai.
Adakah awak rela menyayangi insan yang melayan awak seperti acuh tak acuh? Adakah awak sanggup bersama dengan insan yang tiada rasa sayang untuk awak walaupun dia melayan sahaja kehendak awak? Mesti tak best kan? Rasa kosong tiada makna hubungan tersebut jika berlaku begitu. Bahagia yang sebenar-benarnya adalah apabila kita menyayangi diri kita sendiri. Kita tidak boleh bergantung kepada orang lain untuk rasa bahagia kerana orang lain datang dan pergi. Baik dia meninggalkan kita kerana tidak sayang atau meninggalkan dunia.
Diri kita ini bagaikan magnet. Bila kita jaga diri kita, sayang diri kita, maka insan yang benar-benar boleh menghargai dan menyayangi kita akan hadir dan sanggup bersama kita. Tidak berbaloi awak memudaratkan diri kerana ingin tarik perhatian orang yang tidak menyayangi awak. Awak sakit, dia tetap juga begitu. Akhirnya awak dalam kerugian. Dia pula sedang bahagia dengan pilihan dia.
Nasihat dan cadangan saya, awak perlahan-lahan cuba move on dan bukalah pintu hati awak kepada insan yang lebih bijak untuk menghargai dan menyayangi awak. Dua kali minta break itu adalah petunjuk si dia tidak lagi menghargai awak. Awak layak untuk bahagia bersama insan yang lebih baik. Percayalah, insan itu ada di luar sana. Peliharalah cinta awak untuk insan yang lebih layak mencintai awak.