16 January 2025

Tips Mengekalkan Hubungan Jarak Jauh.

Kadang-kala tak semua bernasib baik dalam perhubungan, ada yang tengah seronok bercinta, tiba-tiba kena pulak tukar tempat kerja negeri lain. Ah sendu terus rasa hati. Pelbagai emosi pula timbul. Risau, sedih, berbaur. Namun, hidup mesti diteruskan. Hubungan yang dah ada, takkanlah nak putus di tengah jalan?


#1 Selalu Berkomunikasi

Umum mengetahui bahawa dalam sesuatu perhubungan, komunikasi teramatlah penting. Jika gagal komunikasi, maka gagallah perhubungan tersebut. Kalau dah jauh tu, selalu-selalu lah berkomunikasi. Zaman sekarang dah tak macam dulu, jenuh tunggu abang posto hantar utusan cinta bersulam bedak tabur. Zaman sekarang zaman teknologi, video call, whatsapp, email, skype, dan banyak lagi Apps yang muncul untuk memudahkan komunikasi. Dah jauh mestilah rindu, kan? Gunakanlah kemudahan-kemudahan yang ada secara optimum!

#2 Komunikasi Yang Berkesan

Berkomunikasi memang mudah. pelbagai cara komunikasi boleh kita aplikasikan. Namun, yang terbaik adalah komunikasi yang berkesan. Komunikasi yang berkesan adalah suatu komunikasi dengan kaedah berterus terang. Contohnya, awak dan pasangan adalah pekerja swasta yang kadang-kala memerlukan over-time di tempat kerja. Penat. Jadi, katakan sahaja pada pasangan bahawa awak perlukan rehat kerana penat over-time di tempat kerja, dan akan menghubungi dia apabila sudah cukup rehat. Cara berterus-terang sebegini bukan sahaja mudah difahami, bahkan mengelakkan prasangka buruk dari pasangan. Bayangkan jika awak tidak berterus terang, tapi tidak juga menghubungi pasangan awak. Pasti dia sudah berfikir yang awak sudah pasang dua di belakangnya, kan? Contoh je.

#3 Percaya Pasangan Anda

Aduh, si dia sudah jauh di mata. Pasti perasaan ingin tahu apa yang dia buat apabila jauh dari kita kan? Walaupun dia katakan dia buat aktiviti itu dan ini, tapi benarkah? Atau sebenarnya aktiviti bermesra dengan orang lain? Hah! Prasangka lagi. Cukuplah sekiranya kita percayakan sahaja pasangan kita itu. Pasangan adalah cerminan diri kita. Jika kita baik, pasangan kita juga baik. Tak perlu menghadirkan prasangka yang tidak baik dalam diri kita, OK?

#4 Fahami Bahasa Cinta Kekasih

Terdapat 5 bahasa cinta yang wajar kita ketahui. Dengan memahami bahasa cinta kekasih, diharapkan kita lebih dapat menyemarakkan lagi rasa cinta bila berjauhan. Bahasa cinta pasangan boleh difahami dengan cara memerhatikan tingkah laku pasangan. Kadangkala pasangan kerap merungut dia tak sempat menyiapkan itu dan ini, ini memberi maksud si dia seorang yang sukakan pertolongan daripada pasangannya. Kadangkala si dia merungut tak dapat hadiah untuk anniversary pun? Ya betul, si dia sejenis sukakan hadiah. Hadiah bermaksud cinta baginya. Adakalanya, si dia mahukan pelukan secara tiba-tiba. Sentuhan adalah bahasa cinta bagi si dia yang sebegini. Kerap-keraplah memeluknya jika berpeluang. Kata-kata penguat adalah jenis lain daripada lima bahasa cinta yangwajar dipelajari. Jika si dia memasamkan muka jika kita tidak memuji usahanya, bermaksud kata-kata penguat adalah bahasa cintanya. Orang sebegini sukakan pujian, dan komentar positif terhadap usaha yang dilakukan untuk kita. Akhirnya, waktu berkualiti. Pasangan jenis ini suka jika kita menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Letakkan gadjet di tepi. Fokus kepadanya. Fokus kepada percakapannya. Berbual dan bermesralah. Hanya itu yang dia mahukan.

Jadi, apabila berjauhan dan anda sudah pun memahami bahasa cinta pasangan, jangan sia-siakan pula. Hantarlah hadiah jika dia seorang yang gemarkan hadiah!

#5 Sentiasa Upgrade Diri Sendiri

Apabila mempunyai suatu hubungan yang perlu dijaga, komunikasi menjadi suatu elemen yang sangat penting. Komunikasi menjadi smooth dan baik apabila kita memahami diri sendiri, pasangan kita dan hubungan kita. Apabila kita lebih mengenal pasangan kita, barulah komunikasi menjadi lebih berkesan. Oleh itu, sentiasalah menggali ilmu tentang diri sendiri dan pasangan kita supaya perhubungan menjadi lebih mapan.

#6 Ambil Masa Untuk Berjumpa

Berjauhan tak semestinya tak boleh berjumpa. Ambillah masa untuk berjumpa sekurang-kurangnya 2 kali sebulan. Pasti terubat rindu di hati, rumah pun tak adalah asyik dibanjiri air mata kerinduan! Wahaa!

#7 Elakkan Menggoyah Kepercayaan Pasangan Anda

Jika pasangan anda tidak sejenis kuat cemburu, elakkan berhubungan mesra dengan mana-mana rakan berlainan jantina seperti meninggalkan komen di laman sosial. Atau keluar dinner walaupun beramai-ramai. Hal ini memang akan menaikkan paras anxiety pasangan kita. Ya lah, sudahlah jauh di mata, nak check apa lagi kalau bukan media sosial? Awas ya, letakkan perasaan pasangan sebagai keutamaan jika mahu perhubungan yang utuh dan berkekalan!

#8 Luangkan Masa Untuk Melakukan Aktiviti Bersama

Zaman teknologi yang serba canggih ni tak susah untuk melakukan aktiviti bersama. On je skype, dah boleh tonton movie di Netflix sama-sama. Sambil-sambil menonton boleh lah kita berkongsi komentar tentang scene di dalam movie itu bersama. Jangan lupa sediakan popcorn!

#9 Hargai “me-time” Pasangan

Me time atau waktu untuk diri sendiri memang tersangatlah mewah jika kita berjauhan dengan pasangan. Dalam perhubungan jarak jauh begini kita lebih fokus terhadap diri sendiri tanpa perlu membahagikan banyak masa terhadap pasangan. Shopping, medicure, pedicure, tonton movie kegemaran di Netflix, serta baca buku di sudut kegemaran tanpa mempedulikan kemahuan pasangan. Ya lah, bayangkan pasangan ada di sisi, si dia mahu tonton hindi movie, awak pula mahu tonton korean movie, ah dah bercanggah pula minat di situ. Jadi, pada waktu-waktu berjauhan begini, hargailah me time tersebut. Seronok juga, bukan?

#10 Tidak Lupakan Rakan Dan Keluarga

Mengisi semula masa bersama keluarga dan rakan-rakan adalah suatu cara untuk mengekalkan diri kita dalam mood dan gelombang yang positif. Taklah kita asyik bersedih kemurungan teringatkan pasangan yang jauh di mata tapi dekat di hati itu bukan? Sekurang-kurangnya ada juga teman berborak dan sekaligus mengalihkan fokus kita daripada mengingati pasangan je! Bonus point; kita dapat merapatkan silaturahim bersama keluarga dan rakan-rakan.


Jauh bukan alasan untuk kita tidak bahagia. Sebuah perhubungan kadang-kala memerlukan ujian untuk perhubungan itu menjadi semakin utuh dan mapan. Bertahanlah, ada sinar yang menanti nanti.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.