13 January 2025

Si Dia Berubah Dan Tak Mahu Berikan Komitmen Lagi.

Nama: Nima

Jantina: Perempuan

Saya kenal dengan dia 2 tahun lepas. Dia sangat baik dan dia takpernah marah saya. Dia selalu bagi kata semangat untuk saya. Semua masalah saya cerita dekat dia. Tapi 2 hari lepas dia tiba-tiba berubah. Dia bersikap dingin secara tiba-tiba. Mulanya dia kata dia minta maaf sebab selalu buat hati saya terluka. Dia kata dia tak boleh bagi komitmen untuk menjaga hati saya lagi.

Tapi saya tau jauh dalam hati dia masih ada perasaan sayang pada saya lagi. Saya tanya dia, “boleh ke kita perbetulkan semua ni”, dia kata “maybe boleh, tapi saya perlukan masa”. Dia juga berkata jangan berharap sangat kerana takut saya akan terluka.

Apa patut saya buat?

Saya keliru.

Saya sayang dia dalam masa yang sama saya tak nak berharap.

Sumber: Website Online Form

Hi Nima.

Setiap perubahan tentu ada faktornya, tak ada perubahan yang tiba-tiba, tentu ada puncanya. Saya cuma boleh mencadangkan agar Nima memberi ruang terlebih dahulu kepada si dia untuk menyelesaikan konflik dirinya. Tentu ada yang sedang di dalam fikirannya yang membuatkannya tidak mampu lagi memberi komitmen terhadap Nima. Jika Nima mampu berbesar hati dan masih lagi menyayanginya, berilah dia ruang terlebih dahulu, dan percayalah apabila dia sudah tenang, dia akan kembali kepada Nima.

Daripada suatu pandangan lagi, Nima perlulah mengenalpasti punca perubahannya yang tiba-tiba. Namun, janganlah mendesak si dia pula ya. Nima mungkin boleh bertanyakan rakan sekerjanya tentang perkara-perkara yang berlaku sejak kebelakangan ini yang mungkin memberi impak terhadap si dia, ataupun bertanya ahli keluarganya tentang konflik yang melanda dirinya. Namun, ianya perlulah secara berhikmah dan berhati-hati ya.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.