Nama: Stella
Jantina: Perempuan
Hi.
Saya dgn bf saya dah setahun bercinta. Bf saya seorang yang cepat marah dan seseorang yang selalu mengikut plan tapi dia baik dan dia jaga mak dia dengan baik. Beberapa hari lepas dia ajak saya untuk bertunang. Saya gembira tapi dalam pada masa yang sama saya takut. Saya takut saya tersalah pilih bakal suami. Saya bukan lah seorang yang suka ikut plan, bila dia buat sesuatu plan untuk saya, saya jadi kurang selesa, ibaratkan saya hidup untuk memenuhi kehendak dia. Saya selalu rasa terkongkong, setiap kali keluar, dia akan tetapkan masa, contohnya, hanya dua jam untuk bersiar2, tepat dua jam, mesti balik. Saya pula suka berjalan2, jadi saya rse sedih, tapi saya selalu berpura2 dan tunjukkan saya happy.
Dia selalu marah bila saya ajak berjalan2 tanpa tujuan atau tanpa membeli apa2. Saya takut jika saya terguris hati dia, jadi saya hanya berdiam diri dan berlakon seperti saya gembira. Saya ada seorang kawan lelaki, dia baik, dia pernah menyatakan hasrat untuk menikahi saya, tapi disebabkan saya terlalu sygkan bf saya, saya hanya anggap dia bergurau. Kawan saya masih lagi menunggu saya. Berbeza pula dgn kawan saya ni, kawan saya selalu mengikut kehendak saya, dia tahu saya suka bersiar2 jadi dia selalu ajak saya keluar jalan2.
Tetapi adakah kawan saya hanya ingin mengambil hati supaya saya terima dia atau dia betul2 ikhlas dengan saya?
Saya tak tahu mana satu yang saya patut pilih, adakah patut saya tinggalkan bf saya dan bersama dgn kawan saya, atau adakah patut saya bertunang dgn bf saya dan lupakan kawan saya?
Saya perlukan nasihat.
Sumber: Website Online Form
Hi Stella.
Dalam apa jua permasalahan hubungan, pesan saya sama sahaja, communicate. Tilik dulu apa sebab Stella memilih untuk berpura-pura okay dengan kongkongan teman lelaki instead of voicing out that you are uncomfortable? Adakah disebabkan trauma dengan hubungan terdahulu? Atau Stella memang sejenis begitu sejak kecil, suka memendam rasa? Atau takut dimarahi teman lelaki? Ramai wanita especially masyarakat kita selalu memilih untuk berdiam diri, pendam dan campak perasaan jauh-jauh. Mungkin pada Stella ini adalah perkara kecil, tapi hari berganti hari, tahun berganti tahun, lama-lama penat tau Stella. Stella harus pandai berkomunikasi dan set boundary. Harus selesa menyuarakan apa yang Stella suka dan tidak suka. Bagitahu pada teman lelaki yang Stella suka berjalan. Suka window shopping. Beritahu dia yang Stella tidak selesa dikongkong dan Stella juga manusia yang mempunyai kesukaan sendiri. Tanya dia, kalau dah kahwin nanti macam mana? Jika sebagai teman wanita pun dia sudah mengongkong Stella sehingga begini, tidak mustahil setelah berkahwin nanti situasi bertambah teruk.
Pada pandangan saya, kawan Stella hanyalah seorang distraction. Ingat, selepas berkahwin nanti pun there will always be someone else who is seemingly better than your spouse. Stella sedang bertarung dengan sifat teman lelaki Stella yang mengongkong, maka sudah tentulah yang lain kelihatan lebih indah.
Nasihat saya, Stella berkomunikasi dengan teman lelaki dan lihat respons beliau. Jika responsnya tidak baik, Stella harus take a step back dan fikir dalam-dalam semula. Ini tidak bermakna Stella terus-terus sahaja menerima kawan Stella yang seorang lagi itu. Mungkin Stella boleh berikan kata dua dan berterus-terang kepadanya, jika dia berterusan mengongkong Stella, Stella berasa tidak senang untuk menerimanya sebagai seorang suami. Stella harus belajar untuk jujur dengan orang lain. Ini skill yang kita akan bawa sampai bila-bila. Jika Stella tidak belajar daripada sekarang, Stella akan hadapi masalah dengan ramai lagi orang lain, even kalau Stella tak memilih teman lelaki yang sekarang sekalipun.
Banyakkan bertanya ahli keluarga Stella sendiri, make them understand your situation and ask for their suggestion. Jangan lupa banyakkan solat sunat istikharah, minta petunjuk dan diterangi hati untuk melakukan keputusan.
In the future, Stella jangan banyak memendam dan berpura-pura okay ya. Kelak makan diri. Always state your wants and needs. Kita bukan demand, kita hanya minta dilayan as a fellow human being with respect, sama macam kita layan dan hormat orang lain. All the best!
Stella ni tetek besar ke