9 September 2024

Ingin Menawan Kembali Hati Kekasih yang Tawar.

Nama: Maria

Jantina: Perempuan

Assalamualaiku doktor cinta. Sy ada masalah dlm percintaan. Masalah sy, bf sy mula tawar hati dgn sy. Bila sy tanya apa salah sy, dia ckp sy tak salah apa 2 cuma dia sendiri tak tahu knp dia ada perasaan tu. So bila sy tanya dia apa keputusannya dia ckp dia masih syg kat sy cuma syg tu tak sama mcm dlu. Dia tak nk tinggalkan sy, so sy ambil keputusan untuk pikat hati dia utk jatuh cinta kat sy balik mcm mula sy bercinta dgn dia.

Apakah betul tindakan sy?

Klau betul, sy harap doktor cinta bagi cara bagaimana nk pikat hati bf sy balik?

Sumber: Website Online Form

Waalaikumsalam Maria. Bagaimana kesihatan emosi Maria harini? Saya harap Maria masih mampu tersenyum dan mengucapkan kesyukuran. Banyak perkara yang mampu kita syukuri. Banyak nikmat contohnya nikmat oksigen, rumah, keluarga. Tarik nafas, tahan, hembus, dan bersyukurlah. Memulai kehidupan dengan kesyukuran mampu memberi impak yang positif kepada kehidupan seharian kita. Insha-Allah!

Maria, nampaknya awak dan dia tak nampak apakah punca dia mula tawar hati dengan awak. Namun, berita baiknya, dia amat sayangkan awak dan tak mampu meninggalkan awak. Alhamdulillah! Kurang satu kekusutan, bukan? Tawar hati ini berpunca dari banyak faktor. Namun, dari penceritaan Maria, kita sendiri tak tahu faktor yang mana yang memberi sebab kepada tawar hati tersebut. Jadi, saya fikir lebih baik Maria lebih fokus untuk mengenali cara wanita dan lelaki berkomunikasi dalam suatu perhubungan. Mungkin dari situ Maria boleh memperbaiki diri Maria menjadi seorang yang lebih baik lagi. Ini bukanlah memberi maksud bahawa diri Maria sekarang tidak baik, tidak sempurna atau apa sahaja lagi bahasa negatif, tapi cuma kita yang tidak sedar dan tidak tahu cara yang betul untuk berkomunikasi dengan pasangan kita yang berlawanan jantina iaitu lelaki.

Kita selalu berfikir kalau kita selalu melayani pasangan kita dengan cara ‘begini’, kita juga menyangka dia jugak akan melayan kita ‘begini’. Contohnya, perempuan selalunya akan cenderung mahu berbincang tentang masalah yang sedang di hadapi,terus menerus dengan pasangan. Dia menganggap bahawa si lelaki juga sama, ingin terus berbincang. Seperti juga dalam keadaan Maria. Teman lelaki Maria menyuarakan bahawa dia tawar hati, dan Maria terus bertanya punca dan salah diri Maria. Tapi, teman lelaki Maria tidak tahu puncanya dan tak mampu memberi sebab, tapi tak mahu berpisah pun dengan Maria. Nampak? Bila dia meluahkan kekecewaan, bukanlah bermaksud dia tidak lagi sayang. Jelas dan terang sebenarnya sifat lelaki dan wanita itu kontra, amat berbeza.

Dalam situasi ini, lelaki suka ingin mengambil ruang untuk dirinya sendiri. Dan perempuan akan terpinga-pinga mengapa dia diperlakukan sebegini. Kebenarannya ialah, mengambil ruang untuk dirinya memanglah sifat lelaki. Mereka perlukan ruang apabila menghadapi masalah. Mereka ini bukanlah seperti perempuan yang lebih suka berbincang. Mereka lebih suka dominan dalam menghadapi masalah, oleh itu mereka cenderung untuk mengambil ruang untuk memikirkan penyelesaiannya. Wah, banyaknya “RUANG” yang saya sebut ya? Jadi kesimpulannya, cuba berikan dia ruang, dan tetaplah percayakan dia. Tak perlu runsing dan gelisah dalam tempoh memberikan ruang itu ya.

Saya faham, Maria gelisah. Ya lah, dah la dia cakap tawar hati, saya pula cadangkan supaya membiarkan dahulu dia dengan ruangnya. Ok, mari saya terangkan lagi satu sifat lelaki yang mungkin akan melegakan hati Maria. Asalkan Maria positif dan yakin sahaja dengan apa yang saya ingin perkatakan selepas ini, insha-Allah Maria akan merasa lega.

Secara semulajadinya lelaki mempunya kitaran dalam percintaan. Tapi kitarannya amatlah ringkas iaitu pergi menjauh dan kembali mendekat, dan process itu berulang ulang walaupun pasangannya ada buat salah, ataupun tak. Itu memang sifat mereka. Lazimnya perempuan memang akan terpinga-pinga. Tapi, Maria tak perlu lagi la terpinga-pinga ya selepas membaca balasan saya ini. Tenang-tenang aja. Namun begitu, apabila mereka kembali mendekat, mereka menjadi lebih bersedia untuk mencintai dan dicintai.

Jadi, apa yang perlu Maria buat? Ya, Maria perlu hormati sifat mereka. Beri ruang. Beri kepercayaan. Dalam fasa memberi ruang dan kepercayaan itu, Maria janganlah pula asyik merenung ke luar jendela, asyik termenung pulak! Masa ini saya cadangkan agar Maria luangkan masa untuk diri Maria. Bak kata motivator terkenal kita, Proffesor Dr Muhaya, ada tiga benda yang kita kena perhatikan iaitu Ada, Beri, Dapat. Kalau kita ADA cinta, kita dapat BERI cinta, dan kita akan DAPAT cinta. Itu perumpamaan yang mudah. Oleh yang demikian, Maria perlu ADA cinta untuk BERI cinta nantinya, dan DAPAT cinta dan kebahagiaan sekaligus. Wah mudahnya kan? Cintai diri Maria terlebih dahulu, maka tidak ada masalah untuk mencintai diri pasangan Maria.

Macamana pulak nak cintai diri sendiri ni? Mudah saja. Banyak cara. Tonton movie kegemaran. Buat rutin penjagaan kulit muka dan badan. Buat hobi, contohnya berkebun. Call parents dan kawan-kawan. Dan apa sahaja lagi yang mampu menggembirakan emosi Maria. Dengan cara ini, Maria dapat banyak kelebihan, iaitu Maria lebih happy, tenang dan positif!

Saya berharap tulisan saya ni mampu merungkai kegelisahan hati Maria. Insha-Allah. Selamat bercinta dan berbahagia ya!

Kongsikan!

4 thoughts on “Ingin Menawan Kembali Hati Kekasih yang Tawar.

  1. Assalamualaikum doktor, saya ada masalah yang besar dengan pasangan saya. Semua punca salah saya yang buatkan gf saya tawar hati. Punca dia sebab saya terabaikan dia selama 3 bulan. Saya ada masalah tekanan perasaan dalam duit. Selama 3 bulan tersebut saya sibuk mencari duit lebih sampai saya terabaikan dia. Terabai tu bukan saya tak chat langsung, setiap hari chat dan call cuma terabai bahagian memberi perhatian saya pada dia sahaja saya gagal. Kini dia dah tawar hati dengan saya, dan dalam masa yang sama dia masih sayang saya. Sejak saya abaikan dia, dia ada orang yang buat dia tertawa, dan orang itu adalah cousin lelaki rapat dia. Macam mana doktor saya nak pulihkan semula dan nak tunjuk yang saya nak berubah takmau jadi macam dulu lagi. Dia dalam keadaan fobia dan takut saya ulangi semula. Ada tak tips atau cara yang berkesan untuk saya rawat luka dan tawar di hati dia dalam keadaan RMO ini. Saya sayang dia dan niat nak nikahi dia.

    Apa tindakan saya perlu ambil dan cara pikat hati dia semula. Adakah saya berpeluang lagi. Sebab dah 2 minggu pujuk tak jalan. Sebab cousin lelaki dia dah beri perhatian penuh pada dia.

    Terima kasih doktor

  2. Kekasih sy seorg workaholic dan bjwtn besar dlm syarikat..mslh dlm hbgn ni..dia terlalu focus kerja sehingga abaikan sy..kami bcinta hmpir 8bln(pjj).lately dia mmg ade bgtau sy dia trlalu bz disebabkan pendingwork (pkp)smpaikan text sy kadang2 hari ke 2 baru dia reply..sy cube memahami kerja dia.dan x pernah pon call sejak dia beritahu dia bz.ape2 mmg tggu call dr dia..tp sy rasa semacam hubungan ni mjadi dingin..dia reply text mcm acuh tak acuh..x semesra dulu..pernah sy street tanya samada mahu teruskan relay ni@ tidak..dia x dpt bg pape keputusan..dia kt terpulang pada saya..kami bergaduh.dia salahkan saya sbb tak memahami kerja dia.walhal sy buat terbaik..sllu suport dia..text dia wpon text sy tu dia baca 2ari kmudian..sy byk beralah dlm hubungan ni.sntiasa mohon maaf sbb sy tau dia mmg seorang lelaki ego and tak mahu dgr ape2 pendapat..one day dia text sy..dia beritahu..”ada baik skrg..kita berdua ambil masa untuk sendiri”dia kata perasaan kecewa tu melebihi skrg…..sy hormat keputusan dia..and skrg da seminggu kami x contact..sy pon dlm tempoh ni cube bertenang sboleh2 nye.pdhl hati meronta2 nak text tnya khabar dia..bagaimana ye admin..sy cube fikir positif dgn alasan dia bz kerja tu..tp dlm hati ade merasakan ssuatu yg lain.haruskan sy biarkan dia sendiri..kalau ia belarutan selama2 nye tanpa berita bagaimana??and adakah lelaki sejnis ini akan gentle dtg balik bwk 1 kputusan@ cabut lari?

  3. Salam, hii. Pasangan sy lelaki mula tawar hati pd saya. Kami masing2 ada silap, cuma selama 6 tahun sy tak sedar utk kesilapan sy yg mengongkong dia. Dia perlu ruang skrg, dan dia juga ada chat dgn kwn perempuan lain. Saya agak lost down dan upset. Saya nk tawan hati dia semula.

Leave a Reply

Your email address will not be published.