16 January 2025

Tentang Kami

APA?

Doktorcinta.com adalah sebuah laman web perkongsian masalah dan luahan perasaan yang dikendalikan secara privasi dengan niat supaya kisah perkongsian ini dapat dijadikan pengajaran dan panduan kepada pengunjung lain yang melawat.
Perkongsian masalah yang dihantar kepada kami melalui laman web doktorcinta.com ataupun melalui facebook Doktor Cinta juga melalui twitter kami @mydoktorcinta serta email kami akan dilayan secara sebaik mungkin di sini untuk bacaan dan rujukan pelawat yang lain.

SIAPA?

Kami adalah sama seperti anda semua, insan-insan biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Cuma bezanya disini ialah kami telah mendedikasikan sebahagian daripada kehidupan seharian kami untuk menyelesaikan masalah cinta anda tanpa mengharapkan balasan, hanyalah kebahagiaan.

KENAPA?

Kami tahu secara hakikatnya tidak semua masalah cinta yang kita hadapi sesuai dikongsi dengan rakan-rakan atau orang yang dikenali, oleh itu kami sediakan satu medium di mana segala luahan perasaan serta pertolongan penyelesaian masalah akan dilayan secara rahsia tanpa perlunya kami untuk mengenali anda juga untuk anda mengenali kami. Everything is discreet and private.

BAGAIMANA?

Hantarkan kami masalah dan luahan perasaan anda melaui laman web kami, facebook kami, twitter kami mahupun email kami supaya bolehla kami nilai dan akhirnya memberi pendapat ikhlas kami yang mungkin sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan kelak.


— Doktorcinta.com asalnya bermula pada tahun 2010 tetapi berkubur sementara kerana masalah hosting.
— Kumpulan kami terdiri daripada 5 orang penulis yang berdedikasi.
— Secara kasar kami menerima sebanyak 5 perkongsian masalah setiap hari.
— Kami biasanya tidak menang tangan memberi pendapat dan ulasan.
— We are doing this for free!


Dalam kenangan…
Doktor Cinta V1.0

Kongsikan!