3 November 2024

Tips Dan Cara Nak Move On.

“Ala, move on jelah! Tak guna pun lelaki macamtu untuk kau buang air mata” amboi Cik Kiah, bercakap memang mudah. Nak menghadapi tu pedih dan perit Cik Kiah. Nak move-on ni memang susah, kadang kala makan masa bertahun. Jom kita ikut tips JS nak share pasal tips nak move on.


#1 Refresh Diri

Wake up dear, lap air matamu. Pergi mandi, guna sabun wangi-wangi, shampoo segala kelumumur, pakai cantik-cantik then cakap kuat-kuat depan cermin, “I am worthy! Aku cantik! Aku sayang diri aku! Aku layak dapat lelaki/ perempuan yang lebih baik! ” Yes, cakap sahaja ayat-ayat positif begini sekuat hati supaya kita merasa puas dan membina subconcious mind bahawa kita sememangnya layak untuk merasa bahagia di dunia ini.

#2 Unfriend, Unfollow, Block Semua Social Media, Berhenti Stalk Ex Korang!

Perlukan kekuatan yang jitu untuk buka satu persatu social media ex kan? Kalau tak berdaya, boleh minta pertolongan rakan baik atau ahli keluarga untuk unfollow/ block/ unfriend semua social media si Ex. Bukannya apa, nak maju ke hadapan perlu ambil langkah proaktif begini, supaya otak kita ni tak lagi disuap oleh berita-berita mengenai ex yang kita dah tak mahu ingat lagi.

#3 Delete Semua Gambar

Ah.. Sambil-sambil delete gambar bersama ex / gambar solo ex mesti terkenang memori manis. Koyak lagi hati. Boleh ambil masa untuk delete, atau boleh minta pertolongan insan-insan rapat untuk buang segala memori sebegini. Yes, semangat mesti kuat, sebab apabila kita melepaskan sesuatu yang kita rasa sangat berharga pada kita, sebenarnya kita sedang menyediakan ruang untuk sesuatu yang lebih baik dari sekarang. Percaya pada diri OK?

#4 Cari Hobi Baru

Hobi baru mampu mengganggu fokus awak yang asyik teringatkan si dia. Banyak hobi baru yang boleh awak terokai. Contohnya, join aktiviti hiking, berkebun, join kelas baking cake, atau join mana-mana dropship! Semua perkara ini boleh buat awak terlupa dengan semua kesedihan, dan lama kelamaan kesedihan tu pun lenyap secara awak sendiri pun tak sedar.

#5 Elakkan Dengar Lagu Cinta

Urgh! Lagu cinta memang boleh buat kita berangan tentang kekasih. Apabila bahagia, OK lah dengar lagu cinta sambil hati berbunga-bunga teringatkan si dia. Namun begitu, mendengar lagu cinta ketika dalam proses untuk move-on amatlah dilarang sama sekali! Nanti mengalir pula air mata dengan tak semena-mena! Bak kata lirik lagu “dan sebenarnya” oleh Yunalis Zara – “dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku, pabila kau bersama yang lain” Hah, taknak kan terasa disindir oleh lirik lagu?

#6 Beauty Sleep

Perasan tak badan kita akan mula menunjukkan rasa stress apabila kita tak tidur malam/ tidur lewat selepas jam 11 malam? Manakala dari sudut kesihatan kulit, apabila kita tidur lewat dari 11 malam, kulit akan menjadi lebih cepat tua. Ahah! Oleh sebab itu, tidur sebelum 11 malam untuk elakkan stress sambil-sambil awet muda sekali. Dalam proses move on ni eloklah kita kurangkan stress, bukan?

#7 Luangkan Masa Dengan Keluarga Dan Rakan-Rakan

Tentu sewaktu hangat bercinta dulu, kita kurang meluangkan masa dengan rakan-rakan dan ahli keluarga kan? Eloklah saat-saat begini kita isi dengan merapatkan kembali silaturahim yang sedikit renggang dahulu. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, mungkin inilah hikmah yang ingin ditunjukkan? Yang penting just wake up dan jangan berseorangan. Ingatlah bahawa apabila seorang pergi, namun masih ramai lagi yang menyayangi diri awak.

#8 Dekatkan Diri Dengan Pemilik Sekalian Alam

Mungkin, kita terlalu leka dengan hal-hal dunia, kita terlalu mencintai makhluk lebih dari kita mencintai penciptaNya. Oleh sebab yang sebeginilah kita terduduk menangis, walhal sewajarnya kita meletakkan cinta kepada pencipta lebih daripada segalanya. Tapi biasalah, kita ni taklah sesempurna mana kan? Oleh itu, di saat begini, masukkan input baru berkenaan agama ke dalam otak kita, sebanyak yang mungkin. Boleh cari input agama di Youtube, contohnya. Kegemaran JS adalah “Mengenal Takdir Allah” oleh Ustaz Amin. Cubalah dengar, banyak sangat input berguna.

#9 Meditasi

Bermeditasi, bertafakur sambil mendengar muzik yang relaxing, sambil diffuse minyak aroma terapi mampu menenangkan jiwa. Yes, wajib tenangkan diri dahulu untuk kita renung kembali apa silap kita sehingga semua ini berlaku. Namun, janganlah pula berlama-lama menyalahkan diri! Tetapi bertafakurlah supaya kita tenang, dan badan kita lebih bersedia menyerap lebih banyak perkara-perkara positif di luar sana.

#10 Perbanyakkan Redha

Terima segala yang terjadi. Terima segala yang berlaku adalah yang TERBAIK untuk diri, dan pasti ada hikmah yang masih tersembunyi. Belajar untuk menerima dan redha atas ketentuan and segala kejadian.


Ambillah masa untuk move-on. Yang penting, diri seharusnya bangkit! Lawan sisi negatif dalam diri.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.