15 December 2019

Sikapnya Sudah Tidak Seperti Dahulu. Patutkah Aku Give Up?

Nama: Syahirah

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum.

Saya dan pasangan saya dh kenal selama 3 tahun. Selama 3 tahun ni, bf saya layan saya dgn baik sekali, x pernah abaikan saya, selalu jaga saya, dan x pernah putus buat saya happy. Tapi ada satu hari tu, saya bersifat dingin dengan bf saya, dan mengabaikan dia walaupun dia cuba utk jaga saya. Sampailah satu masa, dia block saya di aplikasi ws kerana kecewa dgn saya.

Sekarang dia masih berhubungan dgn saya, tetapi dia sudah tawar hati dgn saya, dalam masa yg sama, dia tidak mahu berpisah dgn saya, dia masih mahu meneruskan hubungan kami, tetapi dia bersifat dingin dengan saya, dan layanan nya tidak sama seperti dulu. Saya ada bertanya dengan dia, adakah dia masih sayang saya, jawapannya, dia sayang tapi tidak seperti dulu.

Dia nak kan saya, tetapi dia menyakiti saya dengan layanan buruknya, tetapi apabila bersama kawan2 perempuannya, dia happy. Adakah masih ada peluang utk saya perbaiki hubungan ini?

Salam.

Jelas sekali teman Syahirah sedang di dalam dilema dan masih belum berupaya membuat keputusan. Dia sendiri mengaku yang dia tidak lagi sayangkan Syahirah seperti dahulu dan sudah mula berubah sikap dan perasaan. Mungkin perubahannya itu disebabkan Syahirah yang bersikap dingin dan mengabaikannya sebelum ini tetapi ini tidak bermaksud dia patut memperlakukan Syahirah sebegini rupa.

Syahirah berhak mendapatkan kata putus dan tidak patut dibiarkan tergantung tidak bertali seperti ini. Jikalau suka katakan suka, jikalau tidak katakan tidak. Ini supaya terang lagi bersuluh akan keadaan yang berlaku sekarang juga memudahkan untuk Syahirah sendiri meneruskan kehidupan Syahirah sendiri. Ya betul, kekecewaan dan salah faham sering berlaku di dalam perhubungan tetapi ini tidak bermaksud salah seorang patut menerima akibat daripadanya dan akhirnya boleh menjejaskan hubungan itu sendiri.

Nasihat kami, mintak maaf mintak ampun atas apa kesalahan Syahirah sebelum ini dan minta kata putus darinya. Lontarkan persoalan tentang komitmen, kasih, sayang serta kekeluargaan. Jiakalu respon yang diterima tidak seperti yang diharapkan, Syahirah mungkin boleh berkira-kira untuk meneruskan hidup tanpa dirinya. Peluang masih ada, tetapi hakikatnya Syahirah sendiri perlu nilai dan memberi kata putus.

Bagi kami, adalah lebih baik mulakan kisah hidup baru daripada mengharapkan orang yang tidak sudi.


One thought on “Sikapnya Sudah Tidak Seperti Dahulu. Patutkah Aku Give Up?

  1. NAMA: NURUL
    JANTINA: PEREMPUAN
    ASSALAMUALIKUM, SAYA DENGAN KEKASIH SAYA SUDAH 5 TAHUN DALAM PERCINTAAN. SEBELUM INI SAYA BAIK DENGAN DIA. DIE SANGAT SAYANGKAN SAYA, JAGA SAYA, SETIA DENGAN SAYA, AMBIL BERAT PASAL SAYA. KALAU SALAH SAYA DIA AKAN PUJUK SAYA. TETAPI SEKARANG SEMUA DAH BERUBAH. DIE KATA DAH TAWAR HATI DENGAN SAYA, MINTAK PUTUS DAN TIDAK MAHU LAGI SAYA GANGGU DIE. DIE KATA BERUBAH DISEBABKAN PERANGAI SAYA KURANG AMBIL PERHATIAN DIE. SAYA SEPERTI BUDAK BUDAK, SAYA EGO DAN PENTINGKAN DIRI SAYA. SAYA ADE CALL DIE UTUK BERJUMPA TETAPI DIE TIDAK MAHU JUMPA SAYA LAGI, SAYA ADE WS DIE TETAPI HANYA SEEN SAHAJA SOMETIMES DIE TAKKAN BACA ATAU DIE DELETE WS SAYA. DIE MASIH TENGOK STATUS SAYA DI WS. DIE SEORANG YG BUZZY KERANA DIE BEKERJA DALAM UNIT UNIFORM. TAPI KATA HATI SAYA MEMANG YANG DIE AKAN KEMBALI DENGAN SAYA CEPAT ATAU LAMBAT SAHAJA. SAYA HANYA PERLU BERDOA DAN SOLAT UNTUK TENANGKAN HATI SAYA. TETAPI SOMETIMES SAYA MASIH TAK PAHAM DENGAN KATA HATI SAYA ADAKAH DIA AKAN KEMBALI ATAU TIDAK LAGI. SAYA BERKAWAN DENGANNYA DARIPADA DIE KERJA BIASE HANYA BERGAJI RM900 SEHINGGALAH DIA KERJA TETAP UNIT UNIFORM. SAYA BERKAWAN DENGANNYA DARIPADA DIA TIDAK ADA HARTA SEHINGGA ADE HARTA SEPERTI KERETE, MOTOR DAN PEKERJAAN SEKARANG. SAYA SETAHUN MENUNGGU DIA BEKERJ DI KL, 3 BULAN SAYA SETAI MENUNGGUNYA SEMASA DI PLKN DAN SETAHUN DI REKRUT TERENGGANU. BOLEH AWAK TOLONG SAYA, ADAKAH INI SEMUA DISEBABKAN PERANGAI SAYA, DISEBABKAN DIE PUNYA HARTA DAN KERJA BAGUS , SUDAH TAWAR HATI DENGAN SAYA, ATAU MASIH LAGI BAGI MASA DIE UNTUK BERPIKIR TENTANG INI?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *