3 September 2025

Antara Aku Dan Orang Ketiga, Dimana Hatimu?

Nama: Amirah

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum doktor cinta.

Hubungan saya dengan pasangan saya sudah setahun lebih. Tapi kami beru lepas ‘getback’ selepas seminggu putus. Dia minta putus sebab mmg semua salah saya. Masa dia sayang saya sangat-sangat, dia sanjung saya. Tapi saya kadang layan tak layan dia. Saya pernah banyak kali kantoi chat dengan lelaki lain. Tapi tu semua kawan saja. Tapi ye, dia jenis yang tak layan prempuan lain. Tu yang buat saya percaya sangat kat dia. Sampai saya yakin yang dia takkan tinggalkan saya. Tapi saya lupa kuasa Allah. Dia terlalu banyak memendam dengan sikap saya sampai satu hari kitorg bergaduh dan akhirnya dia minta putus sbb dia sakit hati sangat dengan saya.
Jujur mmg saya sayang dia sangat-sangat walaupun saya berkelakuan mcmtu. Tapi saya dah belajar dari kesilapan. Sbb kan sayang, saya merayu-rayu untuk nak kan dia balik. Awalnya dia kata saya dah takde peluang sampai malam sbelum kitorg getback saya mesej dia. Saya cakap saya masih perlukan dia. Akhirnya dia mengaku yg dia juga rindukan saya. Alhamdulillah semua nya selesai malam tu juga.

Tapi, apa yang buat saya risau, dalam masa seminggu kitorg putus, dia chat dengan prempuan lain sedangkan saya kenal dia bukan jenis yang mcmtu. Dia cakap sbb dia dah takde sesiapa untuk bersembang dengan dia, jadi dia chat dengan prempuan tu. Pernah juga dia mengaku yg dalam masa seminggu tu dia pernah tersuka permpuan tu tapi dia taknak try prempuan tu sbb katanya taknak sakit kan hati sesiapa lagi. Jadi sampai skrg dia masih chat walaupun saya tahu saya pernah buat mcmtu kat dia.

Tapi saya menyesal, skrg saya faham apa yg dia rasa dulu. Soalan saya, bila dia dah kembali pada saya, adakah peluang untuk dia lupakan prempuan tu tinggi?

Terima kasih doktor cinta.

Sumber: Website Online Form

Waalaikumussalam, Amirah.

Didalam percintaan, kepercayaan dan rasa hormat diantara awak dan pasangan itu bagaikan jalan dua hala. Harus ada usaha daripada awak dan juga si dia. Pada Amirah, adakah tindakan berbual dengan rakan-rakan lelaki itu wajar dan mempamerkan rasa hormat pada pasangan? Sebagai kompas asas didalam perhubungan, sekiranya sesuatu tindakan itu harus dilakukan secara diam-diam lebih baik usah dilakukan sahaja. Apa pula perasaan awak ketika mendapat tahu pasangan awak, walaupun selepas kembali kepada awak masih berhubung dengan orang ketiga? Kerana mengikut kata kekasih awak walaupun pernah berminat pada gadis tersebut, mereka hanya berkawan sekarang, jadi bagaimana perasaan awak? Adakah awak rasa tindakan awak sebelum ini masih wajar?

Perbuatan meminta maaf tanpa berusaha untuk berubah bukan sekadar sia-sia, malah ia meruntuhkan kepercayaan dan melanggar amanah yang diberikan oleh pasangan kepada Amirah, jadi baiklah Amirah berhubung secara langsung dengan si dia dan mula muhasabah atas segala tindakan kedua-dua pihak sejak pertama kali menjalinkan perhubungan. Berbincanglah secara adil dan beri peluang kepda kedua belah untuk berkomunikasi. Ambillah masa ini untuk membina semula rasa hormat dan kepercayaan antara satu sama lain. Janganlah hanya rasa menyesal apabila sudah tersilap langkah sahaja. Antara sama aa bolehkah pasangan awak melupakan orang ketiga tersebut, rasanya ia bergantung kepada sejauh mana awak sanggup berkorban dan juga pada si dia juga. Berbincanglah, semoga berjaya!

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.