26 June 2025

Cinta Semakin Pudar. Aku Bertepuk Sebelah Tangan.

Nama: Fl

Jantina: Perempuan

Salam, saya perlukan pendapat. Sebenarnya macam ni, boyfriend saya ni pelik sebab dia kata dia sayang saya tapi confius padahal kami dah lama bercinta. Mula-mula dulu pun dia yang nak saya tapi bila saya dah terima dia, dia boleh pulak cakap macam tu. Dia ignore saya, online je tapi tak buka chat saya.

Saya sedia, saya sorang pertahankan relay kami. Bila dia marah, saya senyap. Saya tak berani nak marah dia sebab saya tak sanggup even dia buat salah, saya terpksa mengalah. Saya nak tinggal dia tapi saya takut. Saya takut saya jahat dimata dia. Saya dah lama pendam, saya nangis setiap masa sbb dia tak rajin care pasal saya. Wish morning goodnite pun saya yang mulakan dulu. Love pun takde.

Tapi smpai sekarang saya masih bertahan. Dia cakap kat kawan dia, dia pun tak tahu perangai dia. Kitorang dah berapa kali break n get back. Dia jugak takut kehilangan saya, tapi masih ulangi perangai sama. So, patut ke smpai disini pengakhiran kami?

Sumber: Website Online Form

Hai Fl,

Pertama sekali saya agak keliru dengan pernyataan Fl,

“…boyfriend saya ni pelik sebab dia kata dia sayang saya tapi confius padahal kami dah lama bercinta….”

Adakah Fl nak katakan bahawa boyfriend Fl TAK sayangkan Fl tapi anda berdua dah lama bercinta?

Sekiranya salah, maafkan saya, tapi sekiranya benar, saya sangat bersimpati dengan hubungan Fl dan boyfriend. Boyfriend seperti sudah mula menunjukkan sikap tawar hati kepada Fl.

Fl dan boyfriend dah putus dan getback banyak kali tapi sikap boyfriend masih tidak berubah kan? Seolah – olah tiada usaha daripada pihak boyfriend untuk kekalkan relationship kalian. Kedua – dua belah pihak seharusnya saling berusaha untuk mengekalkan relationship sekiranya mahu ianya berakhir ke jinjang pelamin.

Apa yang saya nampak di sini, hanya Fl yang menunjukkan usaha dengan bersungguh-sungguh menjaga hati boyfriend dengan tidak memarahi beliau sekiranya beliau salah, tetap setia dan bertahan walaupun boyfriend melayan dengan sikap endah tak endah. Sekiranya berkahwin kelak, adakah Fl rasa sanggup untuk hidup memendam rasa dan dilayan sedemikian rupa?

Mungkin sudah tiba masanya untuk Fl gembirakan dan sayangkan diri sendiri. Perasaan yang lama terpendam dan sering menangis setiap masa akan memakan kesihatan Fl dari dalam. Fl harus bangkit kuat seterusnya berikan kata dua kepada boyfriend untuk keluar daripada relationship toxic ini. Saya tahu mungkin agak sukar pada mulanya. Cuba luangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan rakan – rakan, untuk lupakan kesakitan lalu. Jangan putus asa ya?

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.