Nama: Lisa
Jantina: Perempuan
Assalamualaikum.
Saya dah bercinta selama 2 tahun dan baru je putus dengan partner. Ini disebabkan dia kantoi curang selama 2 bulan dengan kawan sekelas di universiti. Untuk pengetahuan doktor cinta kami baru 4 bulan bercinta jarak jauh sbb dia menyambung pelajaran. Permulaan hubungan semuanya indah belaka, dia berusaha mcm-mcm dan beriya-iya nakkan saya. Pada mula hubungan walaupun banyak kali ditolak namun usahanya membuatkan saya jatuh cinta. Dulu dia selalu sabar dengan saya. Kalau saya merajuk dan minta putus, dia akan menolak dan pertahankan hubungan kami.
Tapi semua dah berakhir sbb saya dapat tahu pasal kecurangan dia. Lebih buruk lagi bila dia dpt tahu saya chat perempuan itu. Dia telah memarahi saya padahal selama ini dia langsung tak pernah marah atau menyakitkan hati saya. Walaupun dia memilih perempuan lain, saya masih tak dpt melupakan dia. Saya sedia memaafkan kesilapan dia. Saya masih pegang janji manis dia yang meminta saya menunggunya habis belajar dan akan masuk meminang selepas itu. Ketika putus saya merayu meminta peluang untuk dia buka hati menerima saya kembali walaupun dia dah bagi tahu yang dia tawar hati dan tidak ada rasa syg lagi kat saya. Dia hanya boleh menerima saya sebagai kawan rapat saja.
Tapi semalam dia menyatakan akan memberi peluang untuk saya menawan hatinya kembali namun tidak berjanji akan menerima saya jika tiada rasa syg itu dalam tempoh 10 bulan. Sekarang saya cuba utk menawan hatinya kembali seperti mula kenal dahulu. Saya tahu apa yang saya buat mungkin tak bebaloi dan akan mengecewakan diri sbb dia dah memilih orang lain tp saya tak akan give up.
Please i need your help.
Apa patut saya buat? I love him so much. Saya tak nak kehilangan dia.
Sumber: Website Online For
Waalaikumsalam, Lisa.
Apa khabar? Harapnya baik-baik sahaja ketika membaca balasan dari saya.
Saya ingin meminta maaf dari Lisa andai apa yang saya ingin katakan ini mengguris hati Lisa. Namun, Lisa perlu membuka hati, minda, dan akal apabila Lisa membuka ruang untuk saya memberikan nasihat.
Pada pandangan saya, lebih baik move on sahaja dari lelaki sebegini. Lelaki yang curang adalah lelaki yang mempunyai IQ yang rendah. Mahu ke Lisa bersuamikan lelaki ber-IQ rendah? Kenapa pula saya mengatakan lelaki curang ni IQ rendah ya? Sebabnya ialah, mereka ini golongan yang gagal membuat keputusan yang betul. Keputusan mereka yang salah (iaitu menduakan kekasih) telah menyusahkan banyak pihak iaitu diri mereka sendiri, Lisa, dan juga kekasih baru. Semua orang susah kan? Kononnya dengan curang boleh lah bahagia, rupanya tidak. Masalah datang bertimpa-timpa pula. Kelakar? Ya kelakar lah sikit. Jadi, Lisa masih ingin bersuamikan lelaki sebegini?
Bijaknya memberi ruang 10 bulan untuk Lisa menagih kembali cintanya, tapi tak berjanji untuk jatuh cinta semula pula. Amboi. Kalau hati dia tertawan kembali, bagaimana pula ya dengan kekasih baru dia? Tidakkah Lisa terfikir kebarangkalian yang dia juga akan memberikan “janji” yang sama terhadap kekasih barunya? Jadi sekarang, itulah permainannya. Dia sedang seronok menjadi rebutan dua wanita. Di sana menanti, di sini menunggu, begitulah umpamanya. Fikir, Lisa.
Bagi saya, perempuan mempunyai hak untuk memilih dengan lebih bebas apabila dia belum berkahwin. Dah kahwin nanti, bila tahu pula suami bersikap begitu begini, takkanlah nak minta cerai? Takkan lah nak menjanda lepas 3 bulan kahwin pula? Lebih baik melepaskan kekasih yang curang sekarang, dan berkahwin dengan lelaki yang tepat, berbanding berkahwin dengan lelaki yang curang yang tak tahu benarkah dia tak akan curang di kemudian hari.
Sayangilah diri Lisa sendiri. Kebahagiaan tu bukanlah bergantung kepada pasangan Lisa pun. Kebahagiaan tu Lisa boleh dapati dari diri sendiri. Mohonlah pada Allah supaya dipermudahkan urusan Lisa, dan dipertemukan dengan jodoh yang tepat. Akhir kata saya berharap Lisa boleh berfikir kembali keputusan Lisa dengan kekasih Lisa itu.