Nama: NZulaikha
Jantina: Perempuan
Macam nih. Saya selalu sangat gaduh dgn partner saya. Hari2 la kami gaduh. Bila dh elok, gaduh balek. Banyak jugak salah yg dia buat sebab tuh kami gaduh. Contohnya harituh dia ada live dgn ex dia, pastu saya macam sentap la kan. Saya chat dia, tapi dia teruskan jugak live tuh. Pastu yang tarik muka, off bagai sedangkan dia yg buat salah.
Tapi banyak juga sebab2 kami gaduh, tapi setiap salah dia mesti dia yang tarik muka. Kalau saya merajuk ke apa, dia tk pujuk tapi dia biarkan saya then dia main game ke apa2 yang dia nak buat. Tapi kalau dia merajuk, saya kene pujuk kalau tk dia lagi sentap.
Nak tanya bole ke dalam hubungan tak kesah la laki ke perempuan dia ingat ex dia? Contohnya partner saya hari2 sebut pasal ex dia, cite itu ini tapi saya mcm okay je malas tarik muka sebab tau akan gaduh. Tapi kalau saya cakap pasal ex saya, dia terus tarik muka. Saya pun serabut ðŸ˜.
Sumber: Facebook Doktor Cinta
Hi Zulaikha…
Cuba awak cek balik partner awak tu, dah beso ke budak-budak lagi? Errr ate sikit-sikit nak tarik muka merajuk bagai? Kan dah keluar slang Perak teman.
Saya dengar pun penat tau tak. Hari-hari gaduh? Sis you might need to check on that relationship. Macam mana awak belajar atau bekerja dengan hari-hari nak menghadap partner awak ni? Macam mana dengan kesihatan emosi dan mental awak? Saya tanya betul ni. You’re dating a child. Daripada yang awak cerita, saya bayangkan awak ni all give and no take. Awak bayangkan partner awak tu macam besen yang berlubang. Awak dok curah air tapi sampai ke sudah tak penuh besen.
Dalam perhubungan ni kita kena give and take ye sis. Apa maksud give and take, sorang tukang give lagi sorang tukang take ke? Tidak. Dua-dua kena give and take. Bila awak panas dia sejukkan. Bila dia panas awak sejukkan. Ni saya nak tanya, sampai bila awak nak panas sorang-sorang? Siapa nak sejukkan awak? Boleh ke awak stay dalam hubungan ni? Jawapan dia boleh. Boleh, tapi awak akan makan hati sampai bila-bila. Awak sorang je dok mengalah, dok back down. Adakah mustahil? Tak mustahil… in fact ramai wanita di luar sana stay dalam perhubungan yang macam ni. Tahan selagi boleh. Selagi tak kena check in dekat klinik psikiatri. And why? Because these women chose to ignore the multiple red flags their partner has shown from the start. Because they failed to see their worth. Kita bukan cakap pasal partner lepas kahwin baru tunjuk belang. Ni dari awal dia dah tunjukkan sisi gelap dia. Awak kira untung. Masih ada masa untuk angkat kaki dan chowww.
Dan jawapan pendek kepada soalan awak tu – no. Jawapan panjang: No, it is not okay for someone to constantly mention their ex to their current partner, apatah lagi nak live videocall bagai bila awak dengan jelas sudah memberitahu partner awak bahawa awak tak selesa dengan perbuatannya itu. Awak tau tak dia sedang buat apa dekat awak? Dia sedang memanipulasikan emosi awak untuk kepentingannya sendiri. Menggunakan kepincangan dalam emosi awak untuk mendapat apa yang dia mahu; iaitu membuat awak rasa bersalah untuk sesuatu which wasn’t even your fault in the first place. Guilt-tripping. Klasik sangat. Orang macam ni kita tak boleh sentuh sikit. Awak sedar tak dia tidak memberikan ruang langsung untuk berkomunikasi dengan awak. Trick dia sama, tarik muka sampai awak pujuk sebab dia tahu awak akan mengalah jugak. Boooooriiiing!
Saya rasa daripada jawapan saya ni awak tau nak buat apa next kan sis. Kalau partner awak tak mampu nak hormat dekat awak, sekurang-kurangnya awak hormatlah dekat diri sendiri. Ramai lagi orang di luar sana yang mampu memberikan awak lebih daripada apa yang awak tengah hadap sekarang ni. Jangan serabut-serabut dah!