27 June 2025

Aku Sering Mendengar Bisikan Insecurities.

Nama: Nasuha

Jantina: Perempuan

Assalam hai.

Saya nak tanya apa lagi yang patut saya lakukan untuk kekal berhubung dengan orang yang saya sayang? Selain mesej dan call, bagaimana saya nak pastikan bahawa perhubungan antara kami akan menjadi kekal dan terus bertahan? Kadang2 saya selalu merasakan diri saya ni tidaklah sebagus ex-girlfriend dia. Saya rasa “insecure” setiap kali saya memikirkan tentang cara layanan dia dan ex yang boleh bertahan sehingga dua tahun. Kadang2 saya pun rasa sedih bila teringat kisah lalu antara saya dan ex saya yg lain sebab hubungan masing-masing tak dapat bertahan. Bagaimana nak hilangkan perasaan insecure dan cemburu tu? Kali ni saya nak bertahan dengan dia, tetapi ada masanya saya terlalu curiga dan keras kepala. Saya menjadi seorang yang suka membuat keputusan tanpa berfikir.

Sumber: Website Online Form

Waalaikumusalam, Nasuha. Semua orang mempunyai masa lampau dan kekasih lama, ini tak boleh diubah. Yang boleh diubah ialah cara awak menangani masalah “insecurities” ini dan cara awak melihat diri awak. Sayangi diri awak dan jangan cuba bertanding dengan orang lain kerana ini acara yang tiada kesudahannya. Didalam bumi ini, pasti ada yang lebih baik daripada awak dan saya, dan ianya ok. Mungkin awak boleh senaraikan nilai-nilai yang ada pada diri awak dan jadikan ia sebagai “benchmark” untuk perbaiki diri awak. Misalnya, awak “rajin”, usahakan untuk jadi lebih rajin. Cukup bertanding dengan diri sahaja dan berusaha untuk jadi versi diri awak yang terbaik supaya tiada lagi insan yang boleh menggoyahkan “self-love” awak.

Seterusnya, daripada segi perhubungan awak pula, mungkin awak boleh bincangkan saya pasangan awak tentang masalah ini. Luahkan pada si dia tentang apa yang menyebabkan timbulnya perasaan negatif ini dan cuba untuk cari kata sepakat untuk menyelesaikan masalah ini dengan adil bagi kedua pihak. Saya fahahm, pasti awak memerlukan masa untuk “move on” daripada masalah ini, tapi awak perlu mulakan langkah pertama kerana jika tidak, pasti ia akan menimbulkan pergaduhan. Biar sahaja hubungan ini berjalan secara natural kerana awak tahu kan, jodoh tidak boleh dipaksa. Usahakanlah yang terbaik dan berdoa, jika ia yang terbaik untuk awak, pasti dimudahkan.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.