Nama: TandaTanya
Jantina: Lelaki
Salam doktor cinta.
Dulu sy bercinta jarak jauh selama 5tahun, tapi tak kesampaian. Dia akhirnya berkahwin dengan orang lain. Kadang2 hati sy teringatkan si dia tapi tak keterlaluan kerana sy dah pun redha dengan takdir hubungan kami. Tidak sampai setahun berkahwin malangnya dia ingin bercerai kerana dia kerap dipukul dan sekarang mereka tidak lagi tinggal sebumbung. Mereka akan bercerai tapi terpaksa ditangguhkan kerana
Malaysia dilanda covid19. Suatu hari dia contact ibu sy, bila sy dapat tau dia contacy ibu sy, hati sy berdebar tak tahu kenapa. Dia contact ibu sy untuk menceritakan yang dia dan suami sudah tidak lagi tinggal sebumbung selepas setahun berkahwin dan akan bercerai. Dia dibuang keluarga kerana berkahwin dengan orang beragama islam, hanya ibu sy shj tempat dia mengadu. Dia bertanyakan khabar sy dan minta no hp sy pada ibu. Ibu sy tak benarkan selagi dia masih berstatus isteri orang.
Andainya dia bercerai dan ingin kembali bersama sy, patutkah atau haruskah sy beri dia peluang kedua untuk kembali bersama sy? Adakah dia layak untuk dapat peluang tu? Bagaimana jika dia kata menyesali semua tu dan betul2 ingin kembali bersama sy?
Aapa patut sy lakukan? Sy dalam dilema 😔
Sumber: Website Online Form
Hai TandaTanya.
Tentu sekali awak pernah dengar orang tua – tua berkata, “Kalau ada jodoh, tak ke mana”, kan? Begitulah misterinya jodoh. Walau bercinta bertahun – tahun pun tapi kalau dah tiada jodoh, tetap tidak akan kesampaian. Saya ada jumpa ramai pasangan yang dulunya bercinta, sejak zaman kolej, tamat kolej, masing – masing meneruskan hidup dengan pasangan lain. Di hujung usia, ketika pasangan masing – masing telah pun bertemu Ilahi, mereka ditakdirkan berjumpa semula dan akhirnya berkahwin. Setelah hampir 30 tahun tidak bertemu. Menarik kan jodoh ni?
Dalam kes awak ini, awak pernah bercinta dengannya selama 5 tahun, putus dan akhirnya dia berkahwin lain dan tiba – tiba Si dia hadir semula dalam hidup awak. Mungkin dia menyedari bahawa awaklah orang yang paling dia percaya. Mungkin juga dia tidak mempunyai sesiapa dalam hidupnya selain awak dan keluarga awak.
Masalah keganasan dalam rumah tangga adalah satu masalah yang sangat besar dan boleh membawa kepada penderitaan fizikal dan mental. Mungkin si dia perlukan tempat untuk meluahkan perasaan dan ingin mengadu pada awak. Mujurlah beliau dalam proses penceraian sekarang. Semoga si dia diselamatkan dari terus menjadi mangsa penderaan suami.
Awak bertanya pendapat saya sekiranya patut atau tidak menerimanya kembali. Saya tanya semula kepada awak, sejauh mana rasa cinta dan sayang awak padanya? Adakah awak bersedia untuk menerima seorang janda menjadi suri hati awak? Saya rasa awak masih menyimpan perasaan padanya sebab hati awak berdebar semasa dia contact ibu awak kan? Sekiranya jawapannya Ya, why not. Lebih – lebih lagi dia seorang muallaf. Banyak pahala awak boleh dapat dan perkara yang awak boleh ajar dia mengenai Islam kan?
Tetapi jika tidak bersama dengannya pun, mungkin family awak boleh mengambil si dia sebagai anak angkat dan sama – sama didik si dia untuk menjadi Muslimah yang lebih baik. Bukan apa, risau sekiranya dia rasa semua orang meninggalkan dia, sudahlah dibuang keluarga, dipinggirkan pula oleh orang yang dia percayai.
Awak lebih mengenali si dia. Awak tahu hati dan perasaannya selepas 5 tahun bercinta dengannya kan? Sementara ini, biarlah ibu awak berkomunikasi dengannya kerana awak risaukan statusnya yang masih isteri orang. Selepas selesai kes penceraiannya kelak, boleh lah berbincang tentang masa depan awak dan dia kan? Good luck!
Hi . Saya ingin bertanya kan pen dapat . Bg saya di paksa untuk berkahwin Dengan wanita lain kerana itu mmg Adat mereka . Tetap Kami Masih berhubung satu Sama lain kerana masing2 sailing sayang Dan tak mahu berpisah . Apa kah yang perlu saya buat .