26 June 2025

Ada Apa Dengan Cinta?

Nama: Fiqah

Jantina: Perempuan

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya dan minta pandangan serta tips. Saya seorang yg tidak pernah bercinta. Sejak akhir-akhir ni saya berkenalan dengan seorang lelaki melalui sosial media dan selesa berkawan dengannya dan pernah berjumpa. Tempoh berkenalan kami sangat singkat serta dia meluahkan peraasaannya pada saya. Saya pula tidak pernah bercinta dan tidak pandai nak luahkan perasaan saya pada orang lain terutama lelaki.

Baru-baru dia ada bertanya siapa dia dihati saya? Saya hanya diam kerana tidak tahu bagaimana untuk terangkan pada dia. Sekiranya saya jawab saya akan perlahankan suara serta memberikan alasan malu untuk menjawab. Sejujurnya saya suka berkawan dengan si dia. Saya suka dengar suara dia, bila sehari tak dengar suara dia hidup saya seperti tak lengkap. Pernah suatu hari dia ada menceritakan tentang kawan perempuan dia pada saya. Saya hanya sekadar mendengar dan selepas itu saya seperti tiada mood.

Apakah perasaan yang sedang saya alami, sekiranya ini cinta bagaimana saya ingin meluahkan perasaan kpdnya supaya saya tidak kehilangan si dia? Saya seorang yang jenis tidak pandai luahkan perasaan.

Sumber: Website Online Form

Wa’alaikumussalam, Fiqah. Apa itu cinta? Cinta ini berbeza-beza, macam genre lagu, misalnya ada cinta platonik antara dua sahabat dan ada juga cinta romantik antara dua pasangan kekasih. Jadi, pada awak, awak rasa jatuh kedalam kategori yang mana? Sebelum memulakan perhubungan, ada baiknya awak mengambil masa untuk mengenal hati budi dan perwatakkan sesorang sebelum terjerat. Jangan sesekali tidak mengendahkan “tanda-tanda amaran” seperti sifat panas baran dan kuat cemburu yang kadang-kala tertonjol tanpa mereka sedar atas dasar “menerima mereka seadanya”. Awak ada hak memilih dan awak patut memilih supaya tidak memakan diri diakhir hari nanti.

Berbalik pada cerita awak, kalau hati sudah suka, apa salahnya luahkan? Mungkin belum cinta, tapi lebih kepada minat, tepuk dada tanyalah hati, apa yang awak mahu sebenarnya daripada perhubungan kalian berdua? Kemudian, terangkan pada si dia sebagaimana awak luahkan pada saya dan, mesti dia akan faham. Kalau awak malu untuk menelefon maka SMS lah. Walaubagaimanapun, saya harap awak mengambil masa untuk memahami diri sendiri sebelum meloncat masuk ke alam percintataan. Fikir-fikirkanlah dan selamat mencuba!

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.