Nama: Bella
Jantina: Perempuan
Salam doktor cinta. Saya ingin meluahkan sedikit permasalahan dan memerlukan pandangan doktor. Harini genap 5 hari saya tidak berhubung dengan teman lelaki. Sy dan teman lelaki bercinta selama 1 tahun. November 2019 menjadi titik akhir teman lelaki saya menjadi tawar hati. Ini kerana sy terasa hati lalu merajuk selepas teman lelaki menghantar satu gambar di Whatsapp iaitu gambar seorang perempuan tua dan anak perempuannya yg berpakaian agak singkat. Salah ke sy bersikap dingin kerana sy berasa cemburu dan sy tidak dapat mengikutnya untuk bertemu mereka di saat-saat akhir kerana teman lelaki sy mengatakan itu urusan penting.
Teman lelaki sy tersangat baik kepada sy dan keluarga. Dia dah byk berkorban utk sy. Sy pernah mengugut untuk bunuh diri dan dia seperti tidak ambil kisah dengan tindakan sy. Sy mula sedar yang sy terlampau banyak lakukan kesalahan dan menyakiti hati dia.
Apa cara untuk sy dapatkan hatinya semula? Sy terlalu sayang dan cinta kepada dia. Setiap kali lepas solat sy tak pernah berhenti doakan dia dan hubungan kami. Bagaimana cara untuk sy berusaha memperbaiki hubungan kami semula.
Sy buntu doktor.
Sumber: Website Online Form
Hai Bella,
Komunikasi adalah salah satu perkara penting dalam setiap perhubungan. Kita tak boleh expect pasangan kita untuk faham apa yang kita rasa dan apa yang kita kehendaki. Seringkali masalah salah faham di antara pasangan merupakan salah satu punca perpisahan.
Kadang kala, kita terlalu bertindak mengikut perasaan sehingga melupakan perkara – perkara baik yang telah si dia lakukan pada kita. Seperti mana yang Bella katakan, si dia terlalu baik dan banyak berkorban untuk Bella. Saya percaya beliau sebenarnya sangat menyayangi Bella dan seorang yang baik.
Tentang tindakan nya seolah tidak ambil kisah apabila Bella mengugut hendak membunuh diri pula, saya rasa si dia cukup mengenali Bella untuk mempercayai yang Bella tidak akan berbuat perkara terkutuk tersebut, lantas malas nak memanjangkan hal itu. Betul tak?
Hubungan kalian masih ‘hijau’. Masih banyak ruang yang boleh diperbaiki. Mohon lah maaf kepada si dia dan berjanji untuk berubah serta tidak mengulangi kesilapan lalu. Akui kesilapan yang telah Bella lakukan. Cemburu itu tak salah, tapi kurangkan sikap cemburu tak kena tempat. Berbincang lah dengan baik dan sekiranya masih ada rasa cemburu tersebut, beri ruang untuk si dia jelaskan perkara sebenar tanpa Bella membuat andaian dan tiba – tiba bersikap dingin. Sekiranya masih perlu mempersoalkan tindakannya, cuba bertanya dengan baik tanpa perlu menyakitkan hatinya.
Semoga berjaya! 😉