Nama: Kim KKai
Jantina: Perempuan
Assalammualaikum. Hubungan saya dengan bf saya sudah 2 tahun. Tapi bulan 12 2019, kami putus sebab salah saya sendiri. Salah saya tak pandai jaga hati dia. Dan dia fedup. Tapi bulan 3 2020 tahun ni, saya dengan dia get back semula. Dan saya dari sikap suka bergaduh, clingy nak attention. Saya buang perangai saya tu sejak get back. Tapi sejak kami get back ni, dia lain. Dia tak lain macam dulu. Dan dia luah kat saya yang dia sekarang dia tak ada mood nak main phone. Dia malas nak chat semua orang even kawan dia pun. Dia selalu off phone.
Kadang tu saya geram jugak tapi disebabkan masalah dia, saya diam je. Baru-baru ni, dia cakap kat saya, yang dia tak nak sakitkan saya dah. Dia rasa dia tak yakin dengan diri dia untuk menjaga hubungan kami ni. Dan dia layan saya pun dingin.
Apa yang saya perlu buat untuk mengambil hatinya semula dan yakinkan diri dia? Harap boleh bagi pencerahan secepat mungkin.
Terima kasih. 🙂
Sumber: Email Doktor Cinta
Waalaikumussalam Kim.
Ternyata teman lelaki Kim sedang dirundung masalah personal dan Kim sebagai kekasih merasa geram dan sedih dengan perkara ini, considering pula kamu berdua baru get back dengan each other, Kim mesti nak fresh start gitu, betul tak? Nak lupakan perkara lama. Tapi Kim, langit tak sentiasa cerah.
Manusia ni bila dia ada masalah dia either jadi closed off macam teman lelaki Kim (ini kebiasaanya) ataupun dia akan cari orang-orang yang rapat dengan dia untuk bercerita masalah. Dan orang yang tak suka bercerita masalah ni, dia tak boleh dipaksa. Makin dipaksa makin dia rimas. Tindakan dia untuk memberitahu Kim yang dia tidak merasakan bahawa dia boleh memberikan komitmen pada hubungan ini sesuatu yang Kim patut appreciate sebab ramai sangat orang di luar sana bila ada masalah dia tak communicate langsung, tahu-tahu je dah senyap seribu bahasa.
Nasihat saya, Kim berikanlah pada dia ruang yang dia perlukan. Saya tahu Kim ingin ambil hatinya semula namun he already made it clear. Dengan masalah yang sedang dihadapinya, he probably is not in a position to be in a relationship right now. Jika seseorang itu tidak berada pada kapasiti emosi yang optimum, dia tidak boleh memberikan pulangan energy yang sama. Dia perlu betulkan diri dia dahulu. So the best thing you can do for him right now is to give him space. Kalau saya di tempat Kim saya akan beritahu dia, “I’m going to give you the space you need. Kalau ada jodoh kita, ada la. Kalau takde dan ditakdirkan kita dengan orang lain, itu dalam tangan Tuhan. I wish you all the best.”
Saya tahu Kim mahu menyelamatkan hubungan ini. Tapi memberikan ruang pada seseorang juga merupakan sesuatu yang sangat membantu dan mungkin akan menjadi penyelamat hubungan kamu berdua. Chin up, girl.