26 June 2025

Aku Yang Inginkan Peluang Kedua.

Nama: Shakir

Jantina: Lelaki

Assalamualaikum doktor cinta.

Saya ada satu masalah yang melibatkan saya dan juga ex saya. Saya yang tinggalkan dia kerana saya terburu-buru membuat keputusan untuk tinggalkan dia dan saya juga akur yang saya ni banyak buat salah pada dia. Saya ego, tak serious dalam percintaan and tak beri perhatian yang dia sewajarnya dapat. Malahan, kini kami kembali senang dan selesa antara kami. Everyday saya tegur dia kekadang dia tegur saya.

Saya slalu berjanji yang takkan tinggalkan dia dan slalu jugak berjanji takkan hampakan hatinya, akan tetapi, dia hanya mengaggap saya sebagai kawan dan dia slalu juga ckp yang dia takkan dtg balik dkt seseorg yg tinggalkan dia. Thats why dia hanya anggap kami berkawan walaupun perbualan kami seperti dalam percintaan. Saya dah cuba merayu untuk pujuk dia kembali tapi tidak menjadi. Dia juga berkata bahawa dia akan cuba melupakan saya dalam masa terdekat.

Bagaimana saya hendak mendapakannya kembali? Merayu sudah, baginya ruang pun sudah. Ada apa-apa lagi yang perlu saya lakukan?

Sumber: Website Online Form

Waalaikumsalam, Shakir.

Mendapatkan kembali kepercayaan seseorang memanglah agak payah. Namun, jika kita berusaha mungkin kita mampu diberikan peluang kedua.

Sebenarnya hanya Shakir yang lebih mengenali ex Shakir. Bagaimanakah dia orangnya? Jika dia selalunya seorang yang berpegang pada kata-katanya, maka Shakir perlulah tahu bahawa peluang Shakir untuk mendapatkannya kembali agak tipis. Namun, jika dia seorang yang sejenis mudah memaafkan, mungkin Shakir boleh mencuba pelbagai usaha lagi untuk menawan hati dia kembali.

Mungkin Shakir boleh cuba memberikan dia sejambak bunga, dengan nota ringkas meminta peluang kedua, atau menghadiahkan gambar Shakir dan dia sewaktu sedang hangat bercinta dulu? Manalah tahu, dengan mengungkit kembali memori-memori manis boleh mencairkan hati dia. Tak salah mencuba, kan? Sambil-sambil tu selitlah surat atau nota cinta mengenangi memori cinta awak berdua. Saat-saat begini memanglah Shakir perlu lebih sweet dari biasa, macam mula-mula cuba meminta peluang pertama dulu lah kan? Memang perlu kerja keras sedikit. Ketepikan ego adalah yang paling utama. Kalau masih egois, melepaslah.

Wanita menyukai lelaki yang berusaha untuk mendapatkannya. Dan tidak lupa juga dia menyukai jika lelaki itu memberi jaminan untuk terus berusaha menghalalkannya. Berilah dia impian untuk hidup bersama Shakir di masa hadapan. Dengan itu dia akan merasakan Shakir benar-benar serius dalam hubungan dan tak akan mensiakan peluang kedua. Tapi, perlu walk the talk, OK? Jangan bercakap kosong sahaja. Tanamkan betul niat untuk memperisterikan dia, InshaAllah mudah urusan Shakir nanti.

Namun begitu Shakir, jika segala macam usaha pun tak mampu mencairkan hatinya yang beku itu, Shakir perlulah belajar untuk melepaskan. Hormati keputusan dia. It’s OK. Sayang tak semestinya memiliki. Sayang yang sebenarnya ialah apabila kita berani melihat orang yang kita sayang itu, gembira walaupun tanpa kita di sisi, atau bersama orang lain. Ikhlaskan sahaja pemergiaannya jika itu lebih membahagiakannya. Ikhlaskan sahaja. Tetapi jika dia kembali apabila kita sudah melepaskan, itu satu bonus. Jangan pula dilepaskan peluang itu.

Akhir kata, semoga Shakir berlapang dada, dan dapat mencapai apa yang Shakir mahu dalam hidup. Bahagia yang sebenar boleh dicari, ianya ada di dalam diri Shakir sendiri. Semoga Allah memudahkan segala urusan Shakir.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.