2 May 2024

Kekasih Seakan Tarik Tali Membuatkan Aku Buntu.

Nama: Caca

Jantina: Perempuan

Salam, dr.

Saya sedih sebab baru je putus dengan boyfriend saya. Hubungan kami hampir 2 tahun. Punca kami bergaduh adalah dari merajuk si dia. Saya sudah pujuk tetapi dia block saya di semua laman social termasuk whatsapp dan call. Saya mesej dia tidak reply. Saya call banyak kali tidak diangkat malah sudah diblock. Selang sehari dia unblock saya dan kami berbincang, tetapi disebabkan salah saya, saya tidak fikir panjang dan membuat keputusan terburu untuk berkawan sahaja dengan dia. Tetapi hati saya sebenarnya masih sayang pada dia. Kemudian tidak sangka dia menerima keputusan itu. Selepas itu, saya fikir kembali tentang keputusan saya dan mengajak untuk berbincang sekali lagi sebab saya rasa serba salah dan salah membuat keputusan. Dia tidak mahu bercakap dengan saya dengan menyatakan dia mahu tidur, esok pagi kerja. Kemudian saya spam dia untuk dia angkat call dan bagi kerjasama dengan saya. Kemudian dia call saya dan saya berbincang dengan dia dan manarik balik keputusan saya.

Saya nak bersama dengan dia dan mengaku kesalahan saya, tetapi dia kata bagi dirinya ruang. Saya tanya kenapa, dan dia kata dia dah takde hati dengan saya, tawar hati, hati dia dah kosong untuk saya. Apabila saya mendengar katanya itu, hati saya rasa sedih sangat-sangat. Semudah itu dia menghapuskan sayang dia kepada saya. Semudian saya mintak dia menjawab soalan saya berbaloi ke tinggalkan saya dan buat saya macam ni, dan dia senyap kaku. Dia kata bincang esok, dia nak tidur esok kerja. Saya sedih bila dia tidak menjawab soalan saya. Sebab saya nak tahu, kalau sayang kenapa perlu tarik tali. Kemudian bila bnyak soalan saya tanya kepada dia, dia hilang kawalan dan marah, mengamuk. Sampai satu family dia tahu yang dia tengah mengamuk. Dan saya mintak maaf banyak kali sebab saya tak sengaja buat macam tu dan buat dia mengamuk, saya tak tahu perkara sebegitu akan berlaku.

Saya tidak merancang untuk buat macam tu. Tetapi di akhir perbualan kami dia menyatakan “aku sakit hati dengan kau! jangan kacau dan cari aku lagi!”. Saya sedih sangat. Apa yang perlu saya buat? Adakah saya masih mempunyai peluang? Saya masih sayangkan dia dan ingin menebus kesalahan saya. Saya mengaku itu salah saya. Adakah saya boleh bersama dengan dia lagi?

Sumber: Website Online Form

Wasalam Caca.

Nampaknya masalah di sini adalah kurangnya komunikasi efektif dan banyak sangat back and forth, macam Caca cakap, main tarik tali. Dan sebenarnya bukan daripada dia seorang tetapi Caca juga bertindak begitu. Sekejap macam ni, sekejap macam tu. Saya rasa kamu berdua confused, dan tindakan teman lelaki Caca untuk block dengan tiba-tiba, siap mengamuk lagi, tells me that he’s tired of it all. Jika saya yang membaca pun sudah merasakan rimas, apatah lagi kamu berdua yang sedang berada di dalam situasi ini.

Caca, nasihat saya pada kesempatan ini Caca berikan ruang yang teman lelaki Caca minta itu. Dan Caca buat ni bukan untuk dirinya sahaja, tetapi untuk diri Caca sendiri juga. Saya lihat Caca juga perlu take a break daripada segala-galanya, so that Caca boleh melihat dengan lebih jelas selepas ini dalam keadaan emosi yang lebih stabil. Saya faham bahawa ia bukanlah satu perkara yang mudah dilakukan kerana rasa sayang masih bersisa, dan saya pasti teman lelaki pun merasakan perkara yang sama kerana bukan sekejap kamu berdua menjalinkan hubungan. Tetapi percayalah, space and boundaries is important in a relationship. Terkadang itu lagi kita paksa, lagi teruk keadaannya.

Buat masa sekarang pada amatan saya, Caca mintalah maaf setulusnya dengan teman lelaki atas kesilapan Caca and tell him that you will give both himself and yourself the space both of you very much need. Jika benar dia tertulis untuk Caca, jarak dan masa tidak bermakna apa-apa. Semoga Caca banyakkan bersabar dan dapat membuat keputusan yang terbaik untuk diri Caca.

Kongsikan!

One thought on “Kekasih Seakan Tarik Tali Membuatkan Aku Buntu.

  1. Saya ada mslh dgn bf sya..dia jnis baran Dan stiap kali gaduh dia akan mngeluarkan kata2 kesat sprti “babi” dan bodoh”..Dan dia jenis ada ego sndri ..bagi dia semua perbuatan dia saya tk boleh tegur,even about ex dia da bebrapa kali dia up statements about dia punya ex walaupun kami masi dlm perhubungan..da bnyk kali saya tegur but dia ttp sprti itu bgi dia ,dia tau apa yg dia buat Dan saya tk boleh control..tak pernah pujuk Dan minta maaf bila ada masalah malah saya slalu dipersalahakn Dan akhirnya saya yg akan mengalah Dan slalu minta maaf kepada dia..mudah cerita dia jenis yang tk boleh ditegur,dia hnya mau saya perlu percya Kan dia saja..tk boleh complain apa2..kami juga jarang communicates walaupun sya da balik2 ajak berbincang dia akan bagi mcm2 alasan..saya cuma minta attention dari dia saja..kalau boleh bz mcm mna pun sekurang kurang nya ada masa utk text n cll I walaupun skjap..jarang Dan tak pernah talk or bergurau hahaa sbb dia jnis baran Dan serius..dia juga pernah compare saya dgn ex dia.. hubungan kami da Setahun lebih..saya bertahan Dan menrima semua kelemahan dia kerana bagi saya mnusia tidak ada yg sempurna.. dan saling melengkapi antra satu sama lain..

Leave a Reply

Your email address will not be published.