30 April 2024

Perpisahan Dipinta Setelah 4 Tahun Bercinta.

Nama: Az

Jantina: Lelaki

Hai. Saya nak tanya, apa ertinya kasih dan sayang jika akhirnya perpisahan diminta?

Hmpir 4 tahun bkongsi kasih syg dan susah senang tiba-tiba minta dilepaskn. Bila masa kah dia tawar hati? Saya tak pernah curang. Cinta saya pada si dia makin besar tak pernah pudar. Kenapa senang untuk dirinya minta untuk dilepaskan?

Sekarang saya berusaha ambil hati dia kembali. Walaupun pahit, saya tetap mencuba. Hari-hari saya fikirkan dia. Sampai kerja saya hilang fokus kerana terlalu banyak fikirkan dirinya.

Apa salah aku? 💔

Sumber: Website Online Form

Hi Az.

Percintaan tak selalunya bahagia. Ada masa suka, ada masa duka. Inilah rencah percintaan. Bagi yang menemui cinta sejati, memahami satu sama lain itu amatlah beruntung. Saya faham kekecewaan yang awak sedang alami.

Namun begitu Az, kadang-kala kita perlu melepaskan orang yang kita sayang supaya dia lebih bahagia. If you love somebody, set them free. Dan jika selepas melepaskan, dia datang semula, dia milik awak, jika dia terus pergi, biarkan ia. Dengan cara melepaskan supaya dia mencari bahagianya sendirilah awak akan tahu bahagia yang dia cari itu adakah dengan bersama awak, atau tanpa awak? Saya yakin cinta awak terhadap dia itu adalah untuk dia merasa bahagia. Tapi cinta tak semestinya memiliki, adakalanya dengan melepaskan, ia lebih memancarkan perasaan cinta itu.

Tiada manusia yang sempurna. Awak tak sempurna. Saya tak sempurna. Dia pun tak sempurna. Namun, akan ada seseorang yang akan mencintai setiap ketidaksempurnaan kita. Sabar. Mungkin sekarang ni awak masih belum berjumpa dengannya, mungkinkah selepas ini? Saya mendokannya. Setiap hujan akan ada pelangi selepasnya. Sabar.

Pedih, sedih, kecewa. Saya faham. Tiada apa yang dapat mengubat segala perasaan itu selain masa. Fast forward 3 tahun lagi, awak akan tersenyum mengenang cinta lama. Mengenang memori bersama. Tapi awak semakin berjaya, awak makin bahagia, bersama cinta yang baru yang lebih menyayangi setiap kelebihan dan kekurangan awak.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.