Nama: Unknown
Jantina: Lelaki
Assalamualaikum Dr. Cinta. Sebenarnya kami da bercinta sudah 4 tahun dri zaman stdy. Susah senang kami sama2 support cari kerja smpai la sya sudah dpt kerjaya yg di inginkn. Sya dgn dia bercinta jarak jauh, sya utara dia selatan. Kitaorg jarang berjumpa. Sejak akhir2 ni, sya kurang bagi perhatian kt dia disbbkn sya letih kerja balik awal tertidur, dan sya cuba kumpul duit utk kawin dgn dia. Selain tu, bila gaduh dia slalu nangis, sya plk kurang bab memujuk. Ada kala sya cuba memujuk tpi mgkin xsmpai. Smpai satu tahap dia sudah tawar hati dgn sya Dr. Cinta.
Saya sayangkn dia lgi smpai skrg . Skrg dia jumpa dgn org bru dia kenal, dia suka dkt lelaki baru dia kenal, dia banding kn sya dgn lelaki tu sbb sentiasa ada dgn dia walaupon busy kerja dan jgk dia block semua number sya, melainkn mesej biasa smpai kt dia dan dia ad ckp boleh kawan2 biasa dgn dia, sbb perasaan sayang dia utk sya da xda lgi utk sya. Skrg sya da byk berubah. Walaupon sya dah berubah dia tetap dgn jwpn dia xnk!, sbb dia ckp knp bru nk berubah skrg, sblum ni da bgi byk peluang. Tpi dia tetap dgn keputusan dia xnk lagi dgn sya.
Saya bersabar, ap yg dia ckp semua sy sabar sbb sy masih sygkn dia lgi walaupon sya cuba pujuk tpi dah xjalan lgi. Apa yang ptut sya buat Dr. Cinta utk dptkn hati dia balik? Sya xthu masih ad peluang lgi ke x utk dptkn dia balik. Sya buntu sgt2.
Wa’alaikumussalam,
Kualiti cinta terletak pada komunikasi yang telus dan juga effort yang sanggup dilaburkan oleh kedua pihak, apatah lagi cinta jarak jauh: komunikasi sangat penting. Niat awak bagus, bekerja demi menghalalkan perhubungan antara awak dan si dia, tapi apa yang awak perlu teliti semula ialah sebanyak mana yang dia tahu tentang niat awak? Adakah si dia diberitahu, ataupun awak merahsiakan usaha awak, dan meninggalkan dia tertanya-tanya tentang jadual seharian awak? Dari sini teserlahnya kepentingan berkomunikasi.
Komunikasi yang berkualiti tak semestinya bermaksud awak perlu menelefon si dia 10 kali sehari, seolah-olah menunaikan perkara fardhu, tidak. Cukuplah awak memberitahu si dia secara ringkas tentang perjalanan hari awak yang bakal berlangsung, sekiranya awak akan sibuk dan secara realistiknya, berapa banyak masa yang awak boleh luangkan dalam sehari dengannya. Terangkan secara jelas, supaya dia faham dan tidak tertanya-tanya. Selain daripada itu, komunikasi juga penting untuk mengelakkan ketidaksefahaman, dan untuk meleraikan pergaduhan. Bila bergaduh, jangan egois, tapi dalam masa yang sama, awak juga perlu meletakkan batas supaya hak dan kehendak awak sendiri tidak terabai. Tapi ingatlah, berlaku adil supaya kedua pihak berpuas hati. Dalam soal memujuk, awak perlu teliti didalam memilih perkataan dan nada. Pastikan kedua pihak diberi peluang untuk meluahkan masalah masing-masing. Dengar, teliti, fikir secara kritis dan gunakan sifat empati untuk mencapai kata sepakat.
Akhir sekali, tawar hati: Cinta dan kasih, pada saya, tidak boleh diukur mengikut sistem masa. Selama mana pun bercinta, kalau tidak berkualiti dan hanya atas dasar mempertahankan masa yang awak sudah laburkan: tidak berguna sama sekali. Ingatlah, no message is also a message. Sekiranya sampai sudah diblock, jelas sekali bukan message yang hendak disampaikan oleh si dia? Terimalah dengan hati yang terbuka dan relakan pada takdir. Benar, jodoh memerlukan usaha, tetapi kalau sudah berusaha, janganlah dipaksa. Mungkin sampai disini sahaja cerita kalian berdua. Majulah dan jangan pandang belakang lagi. Move on ini benar, susah dan perit, tapi kalau dilakukan setiap hari, ianya akan menyenangkan hari-hari akan datang. Usaha awak untuk berubah memang bagus, tapi mungkin sudah terlambat. Ambil sahaja ini sebagai pengajaran. Biar cinta pergi sekali ini, kawan, kita perlu terus maju kehadapan.