9 July 2020

5 Bulan Bercinta, Dia Katakan Yang Dia Masih Tidak Bersedia Lalu Aku Ditinggalkan.

Nama: Siska

Jantina: Perempuan

Assalammualaikum. Saya baru putus dengan bf saya. Dia beritahu sya yang dia suka dekat saya dah 3 tahun. Sebelum ni kami just best friend. Kami in relationships baru 5 bulan. Dia tinggalkan saya sebab dia tak sedia, dan x tahu nak lead dalam relationship. Time breakup tu, kami dah gaduh sebab dia tak hargai apa yg saya buat dan dia langsung tak ada usaha untuk pertahankan.

Dia dah block saya dekat fb, wasap, ig, twitter😢. Hati saya masih sayangkan dia. Saya tak tahu nak buat apa. Saya masih berdoa dan berharap suatu hari nanti kami bersama semula.

Nak tanya betul kah lelaki cepat move on? 😢

Boleh minta tips apa saya perlu lakukan? Salah kah sekiranya saya masih menunggu?

Terima kasih.

Sumber: Website Online Form

Waalaikumsalam Siska.

Apa khabar Siska pada hari ini? Saya berharap Siska sihat-sihat sahaja ketika membaca balasan daripada saya.

Putus cinta, move on, bukanlah perkara yang mudah kan? Saya faham betapa peritnya perasaan melepaskan seseorang yang kita sayang. Pastinya Siska terasa bagai dunia ini sudah mahu berakhir, bukan? Faham sangat.

Tapi Siska, mencintai seseorang yang beralasan bahawa dia tidak bersedia, tidak tahu membimbing hubungan, benar-benar akan menyukarkan awak jika awak masih bertekad untuk meneruskan hubungan. Terfikirkan awak, jika hubungan awak dan dia berjaya sehingga ke jinjang pelamin, adakah awak mahu dipimpin oleh lelaki yang tidak berkeyakinan untuk memimpin? Takkan lah awak pula yang mahu memimpin? Biar betul?

Saya berpendapat, tak mengapa terluka sekarang. Tak mengapa bersedih sekarang. Tak mengapa menangis sekarang. Itu lebih baik daripada tersalah mengahwini pasangan, lalu mengundang tangisan yang berpanjangan di kemudian hari. Saya fikir tips yang mungkin awak mahu sekarang ini adalah tips move-on, yang mungkin saya boleh kongsikan serba sedikit.

Yang pertamanya, awak perlulah menyedari bahawa awak adalah seorang yang amat berharga. Berharga, dan layak disayangi. Now, dah putus. Siapa nak sayang diri awak? Sudah tentu diri awak sendiri. Ya betul. Sayang diri awak sendiri terlebih dahulu. Tiada siapa di dalam dunia ini yang boleh diharap untuk menyayangi diri kita, selain dari kita sendiri. Jadi, bagaimana cara kita menyayangi diri sendiri? Mudah. Bangun pagi, lihat cermin, sebut kata-kata positif sepenuh hati. Contohnya, “Siska seorang yang cantik, confident, bertuah, disayangi ramai, bijak, berjaya!”. Start hari kita dengan kata-kata positif ni setiap hari supaya dia meresap jauh ke dalam minda bawah sedar kita, lalu kita pun bergerak ke arah kata-kata positif yang kita lafazkan.

Senyum. Kongsikan perasaan Siska dengan orang terdekat: family, kawan-kawan. Luangkan masa Siska lebih banyak dengan mereka. Jika sebelum ini Siska lebih banyak menghabiskan masa Siska dengan ex boyfriend Siska, mungkin kini adalah masa yang terbaik untuk meluangkan lebih masa dengan family dan rakan-rakan pula. Tambahan pula dengan cara ini Siska dapat menumpukan perhatian terhadap perkara lain selain daripada perasaan sedih Siska.

Cipta hobi baru. Banyak hobi yang boleh dicipta. Mewarna. Bercucuk tanam. Bela kucing. Main PS4. Macam-macam. Hobi dapat menyibukkan diri, lalu mengalih perhatian kita daripada rasa sedih yang kita alami. Saya sendiri punya hobi berkebun. Melihat proses daripada biji benih sehinggalah ia mengeluarkan hasil memberi perasaan yang sangat puas dan indah. Mungkin awak patut alaminya.

Maafkan ex boyfriend. Mungkin sukar untuk melupakan apa yang telah dia lakukan terhadap Siska. Lukanya terlalu dalam. Terkesan sehingga menembus jantung ibaratnya. Tapi tak salah memaafkan untuk menjemput perasaan damai dalam hati Siska. Cubalah. Ambil buku dan pen, tuliskan segala amarah Siska terhadap dia. Luahkan segalanya. Biar menangis bersama tulisan pun tidak mengapa, asalkan hati puas. Namun, di hujung tulisan, tulislah bahawa Siska redha dengan perasaan marah kecewa itu. Siska ikhlaskan segalanya. Percayalah, usaha ini amat berkesan.

Move on tidak mudah, namun ia berbaloi.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *