26 June 2025

Bekas Kekasih Masih Hubungi Aku. Apa Yang Dia Mahu?

Nama: Natasha Alia

Jantina: Perempuan

Hi. Sy bercinta dengan ex bf sy lebih kurang 3 tahun, and kitorang da rancang nak kawen in fact da minta quotation. But my ex dia kerja in KL and sy dekat Sabah. What happen is, sy ni jenis sensitive and kuat merajuk. Kitorang selalu gaduh end up time tu dia da tak tahan dia nak minta putus dan sy dapat tahu dia ada ppuan lain juga in KL but hubungan tu masih baru less than 2 weeks. I mean perhubungan mereka terjalin semasa kitorang gaduh. Sy ade jumpe my ex in KL tujuan sy nak pujuk dia and minta maaf. But kantoi ade ppuan lain. Sy ade contact ppuan tu and bagitau kitorang masih bersama but ada problem. So ppuan tu decided to stop contact him.

The thing skrng ni ex sy cakap dia still nak putus dengan sy sbb dia da tawar hati sbb pendam perasaan lama sgat. Dia tak pernah nak duduk bincang dengan sy hal yg dia tak puas hati dengan sy. So die pendam end up burst and trus nak putuskan hubungan ni. Yes, I cannot accept all of this because sy masih sygkan dia and sy ade bagitahu dia I am willing to change whichever die tak suka and bina satu hubungan baru. Tp dia bgtau dia bukan tak nak, tp perasaan tu dak takde. Dia cakap sbb dia syg sy la dia lepas kan sy. Tp dia akan try pelan-pelan tgok if kitorang bleh selamatkan hubungan ni and bagi dia ruang berfikir.

But buat masa ni dia nak jadi kawan baik and tak nak lost contact. So die masih sms and ambil berat pasal sy. But tak nak ada calling, only sms. Tp masalahnya dia sms sy seperti kawan, kawan yg mengambil berat, since sy tak boleh just nak jadi kawan sbb sy nak dia jadi bf sy bukan kawan, sy pernah sms dengan dia bgtau better stop sms bagi ruang tuk masing masing berfikir sama ada ni ke yg kitorang nak and if sy masih ade peluang kedua contact sy balik. But if takde jangan contact terus. Dia ade minta maaf dengan sy semua benda terjadi and dia cakap dia biar dia fikir semua ni (my understanding bagi dia masa la kan). so sy ingat dia tak akan sms sy lagi since nak bagi ruang masing masing tp next afternoon sy receive sms dia lagi. But just a simple text je la. Sy response seperti biasa, tp lama ke lamaan dia seperti tak nak layan sy. Sy ade tanye dia nak stop contact each other ke, dia da tak nak consider ke hubungan kitorang. Setiap kali sy tanya dia mesti akan jawab buat masa ni dia tak nak kitorang discuss semua ni.

So sy confuse ape sebenarnya dia nak, sebelum ni sy ade tanya kenapa still nak contact if dah break up dia bgtau dia tak nak bermusuhan dan tgok sama ade kitorang bleh slamat kan hubungan ni atau lupa kan hubungan ni pelan pelan. Sy rasa tertekan sbb sy syg dia dan tak nak kehilangan dia. Sbb tu sy bagtau sy akan berubah yg terbaik, sbb kalau dia duduk discuss dengan sy apa yg terpendam dalam hati dia rase nya kitorang bleh selamatkan hubungan ni. Tp dia diam. Maybe Dr Cinta can help me? Ikutkan hati sy mmang nak kan dia balik, cuma skrng sy tak faham isi hati dia buat sy mcm ni. Sy terus mengharap tp tak tau apa jawapannya. Ade ke dia kesian dengan sy saje sbb sy jauh d sabah kesorangan? Atau dia sememangnya syg sy tp dia nak tenang kan fikiran dulu?

Sy da buat yg terbaik, layan dia dengan baik tp ever since dia minta putus dan nak jadi kawan kadang dia layan sy kasar? Apa patut sy buat? Really hope Dr Cinta boleh explain in detail.

Thanks.

Sumber: Website Online Form

Hai Natasha Alia,

Perhubungan Long Distance Relationship (LDR) sememangnya memerlukan kerjasama kedua – dua belah pihak. Sifar sabar dan jujur perlu ada dalam sesebuah perhubungan LDR. Tidak ramai yang sanggup dan mampu untuk melalui perhubungan jenis ini. Hanya mereka yang terpilih mampu sabar dengan ujian seperti ini. Komunikasi juga amat penting dalam sesebuah perhubungan. Bayangkan, sekiranya tidak melalui perhubungan jenis LDR pun boleh berantakan sekiranya tiada komunikasi, inikan pula jenis LDR yang selalunya tidak ada masa untuk betul – betul duduk berbincang dan cuba mencari jalan penyelasaian.

Walaupun sudah 3 tahun menyulam kasih, si dia sempat curang dengan awak kan? Saya rasa ada sesuatu tidak kena dalam perhubungan kalian berdua. Ya, salah satu pihak tidak memberikan kerjasama dan tidak bersikap jujur. Tindakan si dia yang tiba – tiba seolah tawar hati menunjukkan segalanya. Mungkin dia seseorang yang tidak betah dalam hubungan jenis LDR ini. Mungkin si dia nak seorang kekasih yang sentiasa ada di depan mata. Si dia juga mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan awak. Jawapan nya pulak terlalu umum dan seolah meninggalkan awak digantung tak bertali. Dia macam rasa, “Kalau ada jodoh, adalah…”. tapi satu perkara tentang jodoh dia lupa, jodoh juga perlu diusahakan. Bukan setakat mengharap apa yang tertulis.

Saya tahu awak masih sayang kan dia. Sudah 3 tahun pulak tu kan? Akan tetapi, cuba awak lihat semula sikap si dia terhadap awak. Seolah takde effort. Kalau betul ambil berat, kenapa tak bagi telefon? Kenapa hanya mesej sahaja? Adakah nanti sekiranya perhubungan ini dipaksa – paksa, dan ditakdirkan awak berkahwin dengannya, awak boleh berbincang dengannya hal rumah tangga dengan baik? Cuba awak fikir tu. Adakah dia yang awak nak sebagai suami yang boleh mendidik awak? Adakah awak sanggup untuk dicurangi sekiranya awak dan dia masih dalam hubungan LDR walaupun sudah berkahwin? Sementara masih belum ada apa – apa ikatan yang sah ni, saya nak awak senaraikan pros dan cons jika perhubungan awak dan dia diteruskan.

Saya percaya awak masih muda. Tentu ramai yang menaruh hati pada awak dalam diam. Buat masa sekarang, since kalian berdua pun dah break up kan, saya cadangkan sekali sekala awak ignore sahaja mesej dari si dia. Kalau reply pun, reply sebagai kawan sahaja. Tak perlu mengharapkan apa – apa lagi daripada si dia. Tunjukkan yang awak boleh hidup tanpa dia. Girl Power! Perempuan kena kuat. Mana boleh suka – suka hati nak layan dengan kasar, si dia hanya kawan. Bukan Suami dan bukan lagi kekasih. Betul tak?

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.