Nama: Unknown
Jantina: Perempuan
Assalamualaikum. Saya ada sorg teman lelaki. Kmi dh bersama selama 2 thun. Kdg2 sya confuse dgn sikap nya, skjap2 marah2, kmudian baik smula tetapi bila ngan kwan2 dia bleh senyum wlaupn marah or badmood. Kdg2 bila dia dgr lgu memorable dlm rs kmi, dia menangis smpai tidak ada mood utk mlayan sya. Walaupn shrian tak text, jrg jumpa.
Mohon beri sya cra utk lbih memahami dia.
Sumber: Email Doktor Cinta
Hai Unknown,
Penceritaan ringkas awak berkenaan masalah yang awak hadapi ni agak sukar untuk saya rungkai. Saya akan cuba berikan sepatah dua pandangan dan nasihat berdasarkan catatan ringkas awak ini ya?
Perhubungan selama 2 tahun boleh dikatakan agak ‘hijau’ lagi. satu tahun pertama mungkin semua nya nampak indah di mata. Orang kata, “Kentut pun bau wangi”. Masuk tahun ke dua selalunya mulalah cabaran – cabaran baru yang perlu kita tempuh dan belajar untuk tempuhi. Kalau sebuah perkahwinan kan, selepas tahun ke lima barulah boleh dikatakan rumah tangga itu bebas masalah (sekiranya tiada masalah lain). Bayangkan, setelah berkahwin pun, perlu ambil masa 5 tahun untuk membiasakan diri hidup dengan orang baru. Ini kan pula baru bercinta.
Menurut pendapat saya, sikap si dia macam seorang perempuan ketika PMS pula 😅. Perempuan kan dinormalisasikan begitu ketika PMS? Perubahan mood, cepat marah, cepat baik, dan macam – macam lagi. Mungkin si dia seorang yang cepat terasa dengan keadaan sekeliling. Tentang sikapnya yang boleh melayan kawan lain seperti biasa walaupun tengah badmood pula, saya rasa itu adalah perkara normal di kalangan kaum lelaki. Tapi dengan kekasih hati dia menunjukkan sikap sebenar kerana mungkin dia dah selesa dengan awak. Mungkin dia dah menganggap awak faham dengan sikapnya. Jadi dia tak perlu control perasaan tu lagi.
Si dia juga seorang yang mempunyai nilai sentimental yang tinggi apabila dengar lagu pun boleh sampai menangis. Agak comel sikap ini pada pandangan saya. Siap terus badmood dan taknak layan awak pulak tu. Mungkin agak keterlaluan untuk seorang lelaki. Pada pendapat saya, nanti ambil satu masa untuk awak dan dia berbincang face to face, bertanya dengan baik mengapa dia melayan awak sebegitu rupa. Beritahu juga padanya bagaimana layanan yang awak mahukan daripadanya. Komunikasi adalah kunci utama sesebuah hubungan. Kalau dia berbuat sesuatu perkara dengan anggapan, “Alah, dah dua tahun bercinta, takkan dia tak kenal aku macam mana”. Tak boleh macam tu. Dia perlu bertanya, dan awak juga perlu bertanya. Jangan buat anggapan.
Selamat bercinta!