Nama: N
Jantina: Perempuan
Setiap kali orang confess dengan saya dengan berkata “saya suka awak @ saya nak kenal lebih rapat dengan awak”, saya kena anxiety attack. Jantung saya degup laju dan saya rasa uncomfortable sampai satu tahap saya ignore dan kemudian saya block org tersebut. Mungkin saya tak bersedia, tp saya nak belajar buka hati utk org lain. Tapi saya rasa punca saya dapat anxiety tu sbb saya tak berterus terang dgn org yang saya suka? Mungkin ke sbb tu saya dapat anxiety tu? Saya takut nak terus terang dan saya tak tahu cara. Tapi saya nak kluar dr anxiety yg saya alami ni.
Saya rasa mcm saya berharap pada benda tak pasti, saya cuba move on tp anxiety attack saya pula bila saya disukai oleh org lain.
Kenapa lah complicated sgt?
Sumber: Website Online Form
Hi N,
Apa khabar? Harap-harap awak dalam keadaan sihat-sihat sahaja ya. Pernah tengok cerita Frozen? Ya cerita kartun tu, dalam tu ada Queen Elsa dan Princess Anna yang membesar macam orang asing, tapi dalam satu istana je pun. Ni sebab Queen Elsa tu pun saya rasa ada anxiety attack jugak sebab setiap kali orang nak dekati dia, dia blok. Jenuh jugak la Princess Anna main ketuk-ketuk pintu suruh dia bukak sebab nak ajak buat orang salji. Mirip betul Queen Elsa dengan situasi N sekarang ni.
Anxiety tu hadir bukanlah kerana salah diri kita sendiri, tak semua orang bernasib baik untuk tak bertemu dengan anxiety tu. Itu tak juga menandakan kita ni lemah, cuma mungkin kita belum bertemu cara untuk mengatasinya. Apa yang saya boleh cadangkan adalah N perlu mengatasi anxiety tersebut. Ya, lebih baik merawati diri sendiri supaya N lebih bersedia untuk ke step seterusnya dalam kehidupan N pula.
Pernahkah N cuba menulis rancangan kehidupan N di atas kertas? Yang semestinya yang baik-baik sahaja. Contohnya, N membayangkan rumah yang dihiasi taman bunga, kebun organik, ada pula kolam ikan beserta air terjun buatan yang memberi bunyi yang menenangkan. Juga, N membayangkan kerjaya dan mempunyai suami (mungkin si dia yang N masih simpan perasaan tu) serta anak-anak yang comel. Kalau belum ada, N perlu buat sekarang juga! Mengapa? Ok mari saya terangkan. Sebenarnya minda kita sangat powerful. Sangat berkuasa. Kita sendiri tak mampu untuk mengjangkakan apa yang minda kita mampu lakukan. Jadi, saya cadangkan N memikirkan perkara-perkara positif sahaja yang akan terjadi dalam hidup N. Senang cerita, beranganlah yang best-best. Berangan tu percuma.
Badan kita sebenarnya akan respond pada setiap apa yang kita fikirkan. Kita akan jadi lebih yakin diri apabila kita mulai menjadi semakin positif, hanya kerana minda kita mula merangka sesuatu yang positif. Kita sedang bersangka baik juga dengan pencipta kita,dengan berfikir yang baik-baik ni, bukan? Setiap pagi, bangun ucaplah kesyukuran. Senyum. bayangkan perancangan positif N tu. Begitu juga sebelum tidur. Latihan ini secara tidak langsung menjadikan N seorang yang lebih positif dan tak lagi memikirkan negatif tentang orang lain.
Harapannya, apabila N semakin positif, anxiety itu akan semakin menjauh dari diri N. Tarik nafas, hembus, dan senyum.
Mungkin juga hati N belum lagi terbuka untuk orang lain kerana belum tiba waktunya? Atau sebenarnya N juga tak pandai untuk menolak perasaan orang lain terhadap N. Sebenarnya N cuma perlu berterus terang dengan orang yang menghampiri diri N bahawa N belum bersedia. Itu lebih baik sebenarnya, orang yang ingin mendekati juga akan mempunyai kata putus untuk terus berharap pada N, atau move on. Tidak perlu terburu-buru untuk memulai suatu perhubungan percintaan. Apa yang penting adalah N menyayangi diri N terlebih dahulu.
Jaga diri ya, N!