Nama: Syed Afiq
Jantina: Lelaki
Assalamualaikum doktor cinta. Sy ada masalah dalam percintaan. Masalah sy ialah gf sy. Kmi dah 2 tahun bersama, tetapi dia mula tawar hati dengan sy dan kmi putus. Sy tanya apa salah sy, dia cuma diam. Tetapi sy masi menghubungi dia. Dan bila sy terfikir balik, sy memang ada banyak buat salah dekat dia. Dengan perangai negatif sy, sy selalu sakitkan hati dia. Jdi gf sy mengaku yg semua tu buat dia tawar hati. Tetapi sy merayu dekat dia utk dpt kan dia balik sbb sy betul2 sayangkan dia.
Jdi gf sy pun memberi sy peluang, tpi tdk sepenuhnya. Dia hnya bagi peluang 50/50 utk dpt kan dia balik dan dia kata dia nak diri sy ada perubahan. Sy tak tahu bagaimana nak guna peluang tersebut. Doktor cinta boleh tak bagi tips untuk sy menggunakan peluang tersebut ?
Terima kasih dr cinta.
Sumber: Facebook Doktor Cinta
Waalaikumussalam sedara Afiq.
Dalam bercinta pasti ada cabaran yang tersendiri. Dalam kes ini menurut awak, teman wanita mula tawar hati disebabkan attitude awak yang kurang disenanginya. It’s good that you reflected ataupun bermuhasabah upon this fact.
Mungkin awak merasa kurang senang atau tidak selesa berkongsi apakah ‘perangai negatif’ yang membuatkan girlfriend awak sakit hati sangat tu. Ataupun mungkin ia terlalu kompleks untuk diceritakan. Tidak mengapa. Yang penting awak telah melihat jauh ke dalam diri awak sendiri dan menginginkan perubahan. And for this, you deserve a pat on the back. Orang yang mahukan perubahan daripada awak, bererti orang itu ambil berat tentang awak. Oleh itu, peluang yang diberikan teman wanita awak ini tidak patut disia-siakan.
Pertama sekali, suka untuk saya ingatkan, setiap perbuatan harus disertakan dengan niat. Apakah niat awak untuk berubah? Adakah kerana teman wanita semata-mata? Suka juga untuk saya ingatkan tentang sifat manusia yang sentiasa berbolak-balik. Hati dan perasaan kita terlalu kompleks. Jika awak berubah untuk teman wanita seorang, who’s to say she’ll surely take you back? Dia sendiri bagitahu awak peluang hanya 50-50, bererti mungkin teman wanita awak pun sedar bahawa nothing is certain.
Oleh kerana itu berubahlah untuk mencapai redha Tuhan. Berubah because you love yourself. Berubah because you want to be a better son. A better brother. A better student, a better coworker. Pokok pangkalnya, manusia hanya boleh menjadi catalyst atau pendorong untuk berubah tetapi tidak wajar untuk menyandarkan perubahan pada seorang manusia semata-mata. Because what will happen if you and your girlfriend don’t get back together? Bear in mind that this is a possibility! Will you fall back to your old ways? Rugi sangat kalau macam tu hakikatnya.
Now let’s get to business. Sekarang, awak ambil sebatang pen dan kertas. Kemudian tuliskan semua sifat-sifat yang awak rasa telah menggoyahkan hubungan awak dengan teman wanita selama ini. Imbau kembali situasi-situasi di mana awak rasa awak telah melampaui batas dan tidak menjaga perasaanya. Mengapa saya cadangkan awak buat begini? Kerana bila ia terpampang di hadapan awak, awak mampu ingat dan melihat dengan lebih jelas. Lebih kurang macam orang tulis To-do list sehari-harian. Make this your To-change list.
Setelah semuanya jelas tertulis di hadapan awak, letakkan timeframe serta modus ataupun cara untuk awak tackle masalah tersebut. Saya bagi satu contoh. Kata la salah satu perangai negatif awak ni ialah awak cepat naik angin. Berikan timeframe pada diri sendiri, ‘Dalam masa 2 bulan, aku nak kurangkan kemarahan pada kadar sekurang-kurangnya 70%.’ Kemudian fikirkan cara-caranya. Contoh; ‘Bila rasa nak maki orang, aku akan tinggalkan tempat itu segera. Aku akan tarik nafas, kemudian hembus perlahan-lahan. Aku akan pi toilet, basuh muka atau ambik wudhu.’ Ini hanya contoh ya.
Dalam alam serba moden ini, rujukan awak ada di mana-mana. Beli buku-buku motivasi atau self-help. Tengok video-video di Youtube seperti TedTalk di mana pakar-pakar motivasi berkongsi cara-cara untuk berubah secara efektif. Follow figura-figura di Youtube atau media sosial yang berinspirasi. Semuanya bergantung pada cara awak menggunakan teknologi. There’s a lot of gems out there, you just need to find them.
Perubahan itu tidak mustahil tetapi bagilah masa pada diri sendiri. Di sini juga saya syorkan awak dan teman wanita take a break from each other while you actively work on yourself. Because change is not easy, and it isn’t necessarily beautiful. Ia bukanlah satu proses linear. Ada hari awak akan relapse, maksudnya kembali ke status asal atau dekat-dekat dengan keadaan asal. Ada hari awak ok. Jadi, beri ruang dan masa pada diri awak sendiri untuk capai target awak. Kita hanya manusia biasa, takkan mampu berubah 100% dalam masa yang singkat. Seeloknya buatlah perubahan-perubahan kecil dalam kehidupan awak sehari-harian. Consistency is key.
Saya ingatkan sekali lagi, jangan berubah dengan pengharapan bahawa ia akan mengembalikan teman wanita awak kepada awak semula. Ulang mantra ini setiap hari. Kita berubah untuk kebaikan diri kita sendiri. You cannot keep anyone who doesn’t want to be kept. Kalau awak berubah jadi sesempurna Iron Man sekalipun, if she wants to leave, she’ll leave. It’s human nature. Awak harus terima hakikat ini. Jika awak rasa dialah yang seeloknya untuk awak, berusaha dan berdoa sehabis mungkin. Tetapi pengharapan awak biarlah diletakkan di tempat yang sepatutnya – iaitu dengan yang Maha Esa.
I wish you the very best.