19 April 2024

Sering Bergaduh Menjadi Alasan Untuk Berpisah Tapi Aku Masih Sayangkannya.

Nama: Amanda

Jantina: Perempuan

Sy bru je putus dgn bf sy 3 hri yg lpas. Alsan dia ptus ngn sy sbb dia penat dn twar hati. Sy sdih sgt, dia lgsung x pkir prsaan sy, penat sy slma ni jg. Kmi sllu bgduh tntg hal kcil, dia x ska sy mlwan, tp sbnrny sy bkn mlwan. Sy hny brckp yg bnar. Klau sy slah sy akn trus mnta maaf. Tp dsbbkn prkara tu trjdi brkli2, dia jdi pnat. Sy pn pnat tp sy msih than sbb sy syg sgt😔.

Dgn sy nk exam lg, byk assgnmt, sy btul2 buntu, skit hati. Kcewa sgt. Dia ckp dia nk kwn biasa je dgn sy, x kwan mcm dlu la. Dan dia ckp dia xnk sy bhrp ap2 dgn dia lpasni. Kdg sy husnuzon mgkin dia bt smua ni sbb dia nk mrsa bebas skjp, rehat skjp dn dia nk sruh sy fokus bljr. Tp sy tk thula, ssah bgi sy trima smua ni. Kmi dh hmpir 3 thun. Sy syg sgt kt dia, dia pn syg sgt kt sy msa kmi sma2 dlu. Kmi start sring bgduh msa dh hbis f6, so dlm msa 2 thun smpai skrg ni kmi asyik bgduh tntng bnda kcil.

Tlong sy, sy xthu nk bt ap. Adkah sy msi bpluang utk mndptkn hatinya smula? Bgaimana😢😣. Sy ykin dia msih syg kt sy tp dsbbkn egonya tggi, dia bt kputusan bgtu. Sy knal sgt dia mcm mn, sy xthu cra nk kmbli dgn dia.

Sumber: Facebook Doktor Cinta

Hi Amanda.

Saya pernah terjumpa kata-kata hikmah ketika saya scroll media sosial. Kata-katanya berbunyi begini; “sebuah perhubungan yang bahagia bukanlah bermaksud tiada pergaduhan”. Saya amat bersetuju dengan kata-kata ini. Kadang-kadang, pergaduhan ini perlu juga dalam perhubungan. Dengan bergaduh mungkin kita akan lebih memahami apa yang pasangan kita mahu. Adakah Amanda mengambil peluang untuk mengenali pasangan melalui pergaduhan yang berkali-kali berlaku itu?

Amanda perlulah mengenalpasti punca pergaduhn terlebih dahulu. Apakah punca yang membuatkan awak berdua bergaduh? Ada sesetengah lelaki tidak suka kata-katanya dibangkang. Seharusnya, jika bertemu lelaki begini, ambil masa untuk membangkang kata-katanya. Bukanlah terus-terus sahaja membangkang katanya ketika dia sedang “panas” atau marah, walaupun kita rasakan kita memang benar. Biarkan dia cool dahulu, kemudian barulah kita boleh menegakkan kebenaran. Itu pun jika perlulah. Jika tak perlu, lebih baik berdiam sahaja untuk elakkan pergaduhan. Bergaduh memang perlu, tapi kalau selalu jugak, memang memenatkan.

Sesuatu perhubungan itu juga akan lebih harmoni jika masing-masing menghormati perbezaan sikap masing-masing. Kita sedia maklum bahawa antara lelaki dan perempuan, sikap, psikologi apatah lagi bentuk tubuh pun amatlah berbeza. Cubalah memahami apa yang kekasih awak itu tak suka. Ambil peluang sekarang, analisa kembali apakah punca sering bergaduh. Bolehlah belajar apa yang tak disukai dia. Jika ada pula yang awak tak suka tentang perlakuannya, berterus terang, kerana lelaki bukanlah bijak meneka apa yang ada di fikiran kita. Jadi, jalan terbaik, berterus terang. Tapi perlulah lihat timing yang cantik juga. Janganlah si dia tengah stress, kita tambah pula dengan perkara-perkara tak penting bagi dia pada waktu itu.

Jika awak yakin dia masih sayangkan awak, maka jawapannya awak masih berpeluang. Tak mudah untuk melupai cinta. Tak mudah untuk meleraikan emosi yang dah pernah bersatu. Awak, dia, pernah melengkapi satu sama lain. Jika salah seorang tiada, terasa kosong, bukan? Peluang sentiasa ada. Cuma perlukan kita yang berusaha untuk mencarinya. Tiga tahun awak bersamanya, sudah tentu awak tahu kesukaannya. Mungkin, cinta yang pernah pudar itu perlu diwarnai semula pada waktu sebegini. Fikir. Fikir.

Saya cumalah boleh mencadangkan serba sedikit cara untuk memujuk sidia. Terserah awak untuk mengaplikasikannya ataupun tidak? Pertamanya, perlulah berpandangan bahawa lelaki juga mahu dimanja dan dibelai. Oleh itu, mereka tetap sukakan kejutan, hadiah, mesej cinta, dan lain-lain. Pada waktu pendemik covid 19 sebegini, call sajalah delivery service atau runner untuk hantar apa-apa surprise kepadanya. Mungkin makanan favourite si dia dengan nota cinta, nota minta maaf atau apa sahaja yang boleh membuatkan dia tersenyum ketika menerimanya. Pastikan ikhlas semasa meminta runner untuk menulisnya.

Untuk memujuk, kuncinya adalah jangan berputus asa. Kuatkan hati, Amanda! Go for it! Ingat, peluang tak selalu ada. Kalau dah terbuka luas begini, jangan lepaskan dan jangan sia-siakan. Itu pun kalau Amanda betul-betul sayangkan dia. Harap-harap coretan saya ni mampu merungkai kekusutan Amanda. Stay Home OK? Be safe. #KitaJagaKita.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.