26 June 2025

Aku Kekasih Yang Suka Mengongkong.

Nama: Sabila

Jantina: Perempuan

Saya baru saja break dengan bf saya. Dah 3 tahun kami bersama dari zaman jahil kami sampai sekarang kami dah tak berpegangan tangan.Saya break dengan dia sebab saya terlalu control dia. Dia just nak life dia sendiri je. Sekarang ni dia dah tawar hati. Dia tinggalkan saya masa hari jadi saya iaitu 17/2/2020. Dan masa tu dia serabut sangat dengan assigment sampai sebelum break dia mengadu dia nak berhenti kolej. Saya kata jangan, rugi. Dan sekarang ni dia busy buat assignment.

Tapi yang saya pelik, dia balik kolej petang, tidur lepas maghrib, dan bangun tengah malam dan main game sampai subuh. Kenapa dia main game kenapa dia tak buat assignment? Adakah dia tipu saya supaya saya tidak ganggu dia? Kenapa dia main game? Dengan kawan perempuan pulak tu. Dia dah buang gambar saya di socmed. Saya tak bagitahu sesiapa pun pasal hal ni. Saya cuba contact kakak dia tapi kakak dia seen je kat Whatsapp. Kawan dia pun tanak tolong. Kadang kadang saya hilang kawalan saya spam mesej banyak banyak call tak henti henti.

Semua sebab saya rindu dia sangat. Setiap kali saya tanya dia sayang saya tak? Dia kata entah. Saya nak buat apa sekarang ni dia dah kata keputusan dia muktamad! Saya yakin nanti kami akan berbaik tapi mcmna?

Hi Sabila,

Tempoh percintaan selama 3 tahun itu tidak boleh menjadi kayu ukuran sejauh mana kita mengenali sesama pasangan. Sudah berkahwin selama 15 tahun pun masih ada sisi suami atau isteri yang kita tak ketahui, apatah lagi yang bercinta. Banyak perkara yang kita perlu ambil kira dalam sesebuah perhubungan. Banyak juga perkara baharu yang mungkin kita akan jumpa selagi kita bersama dengan pasangan kita.

Menurut penceritaan awak, saya percaya awak bercakap jujur berkenaan sikap awak yang terlalu control si dia. Pada pandangan saya, control = mengongkong, betul kan? Awak pun sudah mengaku dan menyedari bahawa sebab awak terlalu mengongkong lah si dia akhirnya minta putus. Saya faham, awak sayangkan si dia dan ingin menjadikan si dia milik awak selamanya, malah awak juga suka ambil tahu akan setiap tindak tanduknya. Saya dapat lihat bagaimana cara awak mengongkong si dia apabila kerap menghubungi kawan dan kakak si dia sehingga mereka kini tidak mahu memberikan kerjasama. Mungkin mereka juga rasa rimas atas tindakan awak, inikan pulak si dia.

Ada individu yang suka dirinya ‘dikongkong’ mungkin perasaan hatinya mengatakan bahawa dia bukan dikongkong, dia cuma rasa ada seseorang yang sangat mengambil berat akan perihal dirinya, begitu juga sebaliknya. Mungkin si dia adalah individu yang tidak gemar diperlakukan sebegitu rupa. Apabila awak pula bertanya bermacam perkara kepadanya, dia jadi rimas dan serabut lantas dia cuba hilangkan stress dengan bermain game sehingga subuh. Tindakan awak spam inbox dan call dia menambah lagi kekusutannya. Percayalah.

Nasihat saya, cuba beri dia ruang untuk berfikir, ruang untuk bertenang dan ruang untuk dirinya sendiri. Begitu juga dengan awak. Awak perlu muhasabah semula diri awak, dan mempersoalkan tindakan awak terhadap si dia. Adakah betul cara awak ambil berat? Adakah betul itu yang si dia kehendaki? Benar, masa sekarang sangat tidak sesuai untuk awak bertanya, kerana dia sedang stress. Apabila dia telah tenang sedikit, mungkin dia sendiri yang akan mencari awak. Pada masa itu, mungkin awak boleh bertanyakan, apakah yang si dia kehendaki untuk membina sebuah perhubungan yang boleh membawa ke gerbang perkahwinan.

Sekiranya jodoh masih panjang, cuba elakkan lagi sikap terlalu mengongkong awak. Perbaiki semula hubungan dengan berkomunikasi dengan baik. Sekiranya awak telah berubah dan awak telah pun cuba berkomunikasi tetapi si dia masih tidak dapat terima, lebih baik awak undur diri dan berhenti mencintai si dia. Masih ramai di luar sana yang sesuai menerima cinta awak. Percaya dengan ketentuan Tuhan.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.