Nama: Jejaka
Jantina: Lelaki
Saya dah hampir 2 tahun menduda. Memang salah saya punca penceraian. Skg saya tekad utk perbaiki hidup. Saya betu-betul nak berkahwin nak mulakan hidup baru. Alhamdulillah tuhan bagi saya banyak pilihan sebagai calon isteri saya. Semuanya sudah menyatakan hasrat utk menjadi isteri saya tapi hati saya tegar. Mungkin kali ini saya tidak mahu sekadar ‘tangkap muat’ untuk dijadikan pasangan hidup.
Baru-baru ini saya ada mengenali seorang gadis di tempat saya berkursus. Saya senior dan dia junior. Dalam diam saya menaruh hati padanya. Saya tak pernah pun bercakap dgn dia apa ntah lagi bertentang mata. Saya pun tidak pernah cerita dengan sesiapa pun yang saya menyukainya. Entah macam mana, tiba-tiba saya digosipkan dgn si dia di tempat kursus. Hampir setiap hari saya diusik oleh rakan-rakan tak kira lah siang atau malam, depan si dia @ belakang si dia. Sampaikan jurulatih kursus pun rancak sgt usik saya tak kira masa. Untuk pengetahuan, saya dgn si dia tidak berada dalam satu kelas yang sama kerana kami ambil modul lain-lain. Usikan rakan-rakan plak kadang-kadang melampau. Kalau mereka usik saya berseorangan memang saya cool je lah. Tapi kalau mereka usik saya depan si dia, memang tuhan je lah yang tahu. Dalam hati saya suka sebenarnya tapi saya control je lah. Tapi dari reaksi si dia, semacam dia tak senang dengan usikan tersebut, malu pun tidak. Tapi sebab dia junior, dia pun akur sahaja.
Mula-mula ada juga saya buat solar istikharah dan solat hajat mohon petunjuk dari Dia. Dalam hati ini meronta sangat hendak jadikan dia teman hidup. Tapi reaksi si dia apabila setiap kali diusik, seolah2 jawapan dari tuhan yang si dia bukan untuk saya. Lalu saya pun berhenti buat solat istikharah dan saya berdoa setiap kali lepas solat agar hati ini melupakannya. Ternyata tak mudah buat saya melupakannya. Menangis saya di sejadah mohon tuhan campakkan perasaan benci terhadap si dia. Puas saya pujuk hati ini tapi tiap hari hanya wajah dia yg menjelma. Kawan-kawan dan jurulatih pula, tak henti-henti mengusik. Macam mana lah saya nak lupakan si dia.
Dari apa yg saya dengar, dia sudah ada kekasih hati. Lagi lah saya tidak ingin mendekati si dia. Selalu juga saya tertanya-tanya, adakah si dia juga menaruh hati kepada saya? Adakah si dia juga berfikiran yang sama?
Pertamanya, kami amat gembira dengan pendekatan Jejaka sendiri dimana Jejaka tekad untuk perbaiki diri sebetulnya sebelum melangkah masuk semula ke alam perkahwinan. Ini satu pendekatan yang amat baik dan seharusnya dicontohi dan diambil iktibar oleh ramai penduda di luar sana.
Situasi Jejaka sekarang agak berlainan dengan apa yang kebanyakkan lelaki biasa akan hadapi which is perkahwinan kedua. Sejujurnya, perkahwinan kedua lebih sukar daripada perkahwinan pertama. Ini kerana Jejaka sendiri tahu apa expectation sebenar sesuatu perkahwinan, Jejaka tahu sedikit sebanyak mengenai hidup berkeluarga dan juga apa pandangan kebanyakkan masyarakat terhadap seorang duda yang sedang mencari pasangan hidup baharu. Ini belum lagi mengambil kira pandangan dan expectation seorang perempuan yang akan berkahwin dengan seorang duda. Banyak perlu difikirkan dan ini bukanlah satu perkara yang mudah.
Nasihat kami, come clean. Untuk memudahkan urusan jejaka dan juga si dia di dalam segala hal. Jumpa bertentang mata, luahkan segala isi hati dan tujuan Jejaka sendiri dan benarkan si dia membuat keputusan. Sekurang kurangnya Jejaka dah lepaskan beban dalam diri Jejaka sendiri. Mungkin dengan melepaskan beban sebegini rupa dan redha dengan segala kesudahan akan memudahkan Jejaka sendiri mengawal perasaan dan keinginan diri. Kesudahannya mungkin baik mungkin jugak tidak tetapi sekurang-kurangnya Jejaka dah cuba lakukan perkara yang terbaik dengan memudahkan urusan semua pihak dan membuat kata putus terhadap sesuatu perkara yang jikalau dibiarkan melarat, mungkin akan menjadi lebih parah.
Beranikan diri untuk luahkan isi hati. Walau akan ada masa nasib tidak menyebelahi kita, tetapi percayalah pasti ada sebab dan musabab segalanya berlaku.