Nama: Norzailysham
Jantina: Lelaki
Kekasih x mau ade hubungan lagi dgn sya. No telfon sya pun x di simpan lagi di dalam telefonnya. Dia pun x bnyk ckp dgn sya kecuali dia ade keperluan baru dia akan mesej sya. Selepas tu dia senyap je. Bila sya mesej pun dia jwp sikit je, contohnya bila ditanya sudah mkn atau belum, dia cuma jwp dah, itu sahaja. Sya masih menyangi dia, tapi dia x mau sya lg.
Mcm mn sya nk dpt kn dia kembali?
Jika sya berdiam x mesej dia, dia pun akan diam je. Blh x dpt pendapat atau cara menyelesai kn mslh org yg perangai mcm ni?
Sumber: Website Online Form
Hi awak.
Nampaknya, hati dia sudah sedikit sendu ya? Pasti pedih menghadapi situasi yang sebegini.
Begini, jika awak benar mahukan dia kembali, sudah tentulah awak perlu melipat gandakan usaha awak. Oleh kerana saya tidak diberitahu punca perpisahan awak dan dia, mungkin saya boleh menerangkan sifat wanita melalui pandangan saya. Mungkin dari itu, awak boleh tanya kembali pada diri awak, apa yang terkurang dalam melayani dia? Apa salah awak dalam hubungan ini? Apakah punca sifat dingin dia yang tiba-tiba?
Perempuan ni, komplikated. Rumit. Isi hatinya sukar dibaca. Bila dia cakap A, belum tentu sebenarnya A yang betul-betul dimaksudkannya. Apa yang pasti, perempuan suka jika lelaki menunjukkan kesungguhan. Wanita sukakan luahan perasaan secara berterusan walaupun lelaki itu setia. Maksudnya, tetaplah berkata “I love you” “saya sayang awak” walaupun dalam sebulan tu awak dah pun 456978 kali menyebutnya. Wanita sukakan itu. Walaupun awak sudah tentu berfikir bahawa setia sudah cukup membuktikan kesungguhan awak terhadap dia, namun janganlah berdegil kerana wanita memang begitu dan perlukan layanan yang sebegitu.
Saya rasa umum mengetahui bahawa wanita sukakan detail. Contohnya, hari lahirnya, size kasutnya, warna kegemarannya dan perfume kegemarannya. Dia sangat teruja jika awak mengetahui hari lahirnya. Dia akan menjadi sangat gembira jika awak mengadakan parti kejutan untuk dia. Waktu itu, dialah yang paling rasa disayangi. Ini fakta ya!
Namun begitu, di waktu sekarang ini, berilah dia ruang terlebih dahulu. Dia perlukan masa untuk merawat hatinya dan emosinya terlebih dahulu. Wanita juga sukakan ruang jika sebelum ni dia tersangatlah kusut dengan perhubungan pecintaannya.
Jadi, adakah terkurang layanan awak terhadap dia? Pernahkah awak lakukan apa yang saya nyatakan di atas tadi? Jika jawapannya tidak pernah, maka bolehlah awak cuba praktiskannya. Teruskan mengambil hati dia, OK? Selamat berjaya mengambil hati dia.