19 April 2024

Adakah Ini Bisikan Cinta, Atau?

Nama: Pika

Jantina: Perempuan

Saya ada pakwe. Saya baru bercinta selama 6 bulan. Dan tiba tiba saya kenal dengan seorang lelaki satu tempat kerja dengan saya. Dia minat dengan saya walaupun dia tahu saya dah ada pakwe. Dia nak nikah dengan saya.

Saya rasa ragu ragu dengan dia sebab kami baru saja kenal. Sekarang saya rasa saya dah jatuh hati dengan dia. Sudah 2minggu kami kenal. Memang terlalu awal tapi perasaan tu muncul sebab cara dia buatkan saya sayang dia.

Apa patut saya buat?

Saya susah nak buat pilihan. Bantulah saya. Saya buntu dan keliru dengan perasaan saya.

Sumber: Website Online Form

Hi, Pika. Berat soalan bila berkaitan dengan kahwin ini. Berkahwin bukan sekadar lafaz kasih antara dua insan tetapi juga permulaan bagi suatu komitmen serta amanah yang besar tanggungjawabnya. Pelbagai aspek harus awak pertimbangkan sebelum bernikah, misalnya seperti pasangan awak. Manusia ni bermuka-muka jadi ambillah masa menilai dan jangan terlampau mengikut hati dan nafsu sewaktu dalam proses bersuai kenal. Ingat, bersanding iya sehari, tapi kahwin sampai bila-bila. Pika jangan terburu-buru, biar menyesal sekarang, jangan menyesal sesudah beranak-pinak, susah nanti. Mengenai antara dua cinta pula, nilailah pada perwatakannya bukan sekadar pada janji manis. Adakah awak sayangkan kekasih baru awak, atau sayangkan pada perhatian dan romantisnya si dia? Berbeza ya antara dua ini.

Manusia mudah berubah Pika. Ambillah masa dan jangan terburu-buru.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.