25 June 2025

Aku Yang Merasa Berdosa Dan Dirundung Rasa Bersalah. Adakah Ini Kifarah?

Nama: Amsyar

Jantina: Lelaki

Assalamulaikum.

Adakah karma kehidupan wujud? Bagaimana saya hendak melupakan rasa serba salah yang amat mendalam dekat ex(si B) saya. Sedangkan saya yang membuat keputusan untuk pergi dari hidup dia untuk mula hidup baru dengan si A. Kesilapan yang terbesar dalam hidup saya kerana tidak pandai menghargai seseorang. Saya mempunyai masa silam dengan si B. Saya pernah berjanji akan bertanggungjawab dan berkahwin. Tetapi saya telah mungkiri janji saya untuk pergi dekat si A yang akhlak jauh lebih baik dari saya dan si B.

Setelah beberapa bulan saya dengan si A saya masih tak mampu melupakan ex saya malah saya hidup serba salah kerana gagal menjadi lelaki yang baik untuk si B. Sebelum saya melepaskan si B, saya ada berpesan agar tak ulangi masa silam dan berubah ke arah kebaikan. Tetapi dia masih ulangi lagi dengan orang lain dan orang itu kemudian tinggalkan dirinya juga. SAYA RASA DIRI BERDOSA MELIHAT ORANG LAIN AMBIL KESEMPATAN DEKAT si B di atas sikap saya sendiri.

Adakah saya patut kembali dengan si B dan bimbing dia agar di jauh kan dengan masa silamnya, atau biarkan dia terus dengan masa silam dengan lelaki lain? Apa patut saya buat selain berdoa?

Sumber: Email Doktor Cinta

Waalaikumussalam Amsyar!

Untuk menjawab soalan pertama awak walaupun mungkin retorik: karma itu wujud. Perkataan tu sendiri origin dari agama Hindu. Dalam Islam kita panggil kifarah.

Pertama sekali Amsyar, bersyukurlah awak telahpun menyedari kesilapan lalu dan ingin berusaha kembali ke pangkal jalan. Malahan bukan untuk diri awak sendiri, tetapi juga untuk kekasih lama awak. Kita sebagai manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan dosa. Yang membezakan kita hanyalah usaha untuk kembali ke jalan yang benar.

Apa yang Amsyar merasakan sekarang ini is a classical case of guilt. Pertama sekali, Amsyar dirundung rasa bersalah yang amat dalam disebabkan tindakan Amsyar memungkiri janji pada kekasih untuk mengahwininya disebabkan terikat dengan perkara silam itu. Yang kedua, Amsyar juga bersalah melihat kekasih lama masih dengan perangai lamanya dan tidak tahan melihat lelaki lain mengambil kesempatan ke atasnya. Perasaan bersalah ini satu lumrah. Sebagai manusia kalau kita tidak pernah dirundung rasa bersalah, sebenarnya possible kita ada kepincangan personaliti. Tetapi! Haaa. Perasaan bersalah pun ada batasnya. Perasaan bersalah yang melampau-lampau pula dikaitkan dengan penyakit mental seperti kemurungan. Saya nak cakap dekat sini, dalam setiap perkara ada batasnya.

So selepas mengamati soalan Amsyar, pada pendapat saya adalah wajar untuk Amsyar merasa bersalah dengan perkara pertama; iaitu mungkir janji. Amsyar telah berjanji untuk mengahwininya kerana kamu berdua mempunyai a certain history but that did not happen. Saya pun takkan ulas, Amsyar sendiri sudah cukup menghadapi tekanan perasaan disebabkan perkara ini. Cukuplah perasaan Amsyar yang Amsyar sendiri kena hadap hari-hari tu. And since you mentioned, Amsyar ada berdoa, yang saya boleh nasihatkan pertama sekali adalah jangan berhenti berdoa. Teruskan berdoa sepanjang masa untuk ketenangan hati. Selain daripada itu Amsyar juga boleh tambah amalan-amalan lain seperti banyakkan membaca Al-Qur’an, berzikir ma’thurat pagi dan petang, dan banyakkan solat sunat rawatib dan tahajud. Dengan mengingati Allah SWT sahajalah hati kita akan menjadi tenang.

Sebelum saya masuk tips lain, izinkan saya untuk masuk tentang rasa bersalah Amsyar pada perkara kedua iaitu rasa bersalah melihat B masih di takuk lama dan ‘diambil kesempatan’ oleh orang lain. Amsyar cuba refleksi sejenak. Can we control other people? Can we have a say in their choices? Actually, we can’t. B adalah individu tersendiri. Amsyar juga individu yang berdiri sendiri. Amsyar telah menasihatinya namun jika B tidak mampu mengikutinya, Amsyar tidak boleh jadikan perkara itu berkait dengan Amsyar. Ini kerana B is her own person and she has the right to make her own choices. Dengan siapa B bersama, dengan siapa B keluar, seteruk mana pun perangai B, Amsyar harus belajar untuk mengasingkan perkara tersebut daripada Amsyar. Masing-masing dah besar, dah pandai buat keputusan sendiri. Dalam perkara ini, you can’t do much. Hence, you shouldn’t feel guilty about someone else’s choices. Saya harap mesej saya sampai.

Now, to help with managing your guilt. Pertama sekali, how sure are you B akan berubah jika Amsyar kembali kepadanya semula dan membimbingnya? Bagaimana pula dengan perasaan A? This is a tricky situation you got yourself into. Jangan sampai pisang berbuah dua kali. Amsyar ada memberitahu bahawa Amsyar telahpun menasihati B. Apa yang saya boleh cadangkan untuk mengurangkan rasa bersalah Amsyar adalah dengan meminta maaf seikhlas mungkin kepada B. Ajak berjumpa dengan B dan katakan kepadanya bagaimana Amsyar masih sayangkan dia sebagai seorang rakan dan Amsyar betul-betul minta maaf kerana tidak follow through dengan janji Amsyar. Lihat responsnya bagaimana. Terkadang maaf itu berat di lidah tetapi bila dilafazkan merupakan sesuatu yang sangatlah indah. Anggaplah pertemuan Amsyar dengan B sebagai satu pengajaran untuk kalian berdua. Khilaf Amsyar kepadanya mungkin merupakan sesuatu yang Amsyar tidak mungkin akan lupakan. Tetapi Amsyar harus ingat, manusia mana yang tidak melakukan kesalahan? Yang penting Amsyar telah meminta maaf dan telah sedar. Please do not repeat the same mistake twice.

Seterusnya, Amsyar lakukanlah solat sunat taubat. Minta petunjuk dan pertolongan daripada Allah SWT. Tetapkan di dalam hati Amsyar untuk meninggalkan maksiat dan perangai lama. Titipkan doa untuk B di dalam setiap taubat Amsyar. Banyakkan beristighfar.

Seterusnya, perkara yang Amsyar lakukan sehari-harian juga amatlah penting. Amsyar harus menyibukkan diri dengan aktiviti yang boleh melupakan sejenak perang emosi Amsyar. Make yourself busy. Keluar berjogging tiap pagi atau petang. Running is very calming for the soul. Banyakkan melihat dunia luar dan berfikir tentang zat-zat Tuhan. Pick up a new sport. Jika Amsyar masih belajar, join kelab-kelab yang aktif. Jika sudah bekerja, join persatuan yang Amsyar minat. Banyak sekarang ni, contohnya kelab berbasikal. Ni semua sebagai satu distraction untuk membantu Amsyar membuang perasaan-perasaan negatif.

Akhir sekali, jika perkara-perkara di atas telahpun Amsyar cuba dan tidak mendatangkan hasil, Amsyar mungkin boleh mencuba therapy tidak kiralah secara individu ataupun berkumpulan. Sekarang ini stigma harus ditolak tepi. Tidak semestinya apabila seseorang itu memilih untuk menjalani terapi ataupun berjumpa dengan psyhchologist/psychiatrist, dia memiliki masalah jiwa yang berat. Terkadang kita hanya menginginkan validasi emosi daripada seseorang yang bertauliah, dan bantuan untuk lebih mengenali dan menyusun pola pemikiran kita. Saya agak concerned jika lebih lama Amsyar membiarkan diri Amsyar dirundung rasa bersalah, Amsyar jatuh murung.

Saya percaya Amsyar masih muda, banyak lagi mehnah ataupun cabaran yang Amsyar akan hadapi di masa hadapan. Banyak lagi mistakes waiting to be made. Saya betul-betul mengharapkan yang terbaik untuk Amsyar. Soal kifarah, jika Amsyar melihat kepada perkara ini sebagai balasan, Allahu ta’ala A’lam. Hanya Allah SWT yang mengetahui tentang segala sesuatu balasan tidak kira buruk mahupun baik. Tugas kita sebagai manusia hanyalah untuk belajar daripada kesilapan dan terus berjalan ke hadapan.

Kongsikan!

One thought on “Aku Yang Merasa Berdosa Dan Dirundung Rasa Bersalah. Adakah Ini Kifarah?

  1. Saya dlm situasi B bezany sy x terus cari org lain n ditinggalkn..sy masih stuck dlm fasa depressi n fobia dgn cinta..sy ckp bg pihak B serba sedikit bg pihak amsyar..apa yg B rasa. Org yg mcm km yess ikutkn masih lg belum move on n maafkn..sakit tu Allah jer tahu..berdoa shj tidak cukup bg km. Yes minta maaf tu salah cara, tp still lg xcukup..sb km dahagakn km yg dahulu cuma sakit nk buang..tp pe leh buat amsyar dan bekas sy tu pun dah berkahwin..cuma satu jer cara, jaga hati dia sbg tebus rs bersalah..i mean jgn publickn life marrige awk kt dia, jgn anggap dia pendosa sdgkn manusia boleh berubah2 dan awk jgk bkn bagus..sb tu jgn main2kn perasaan wanita..seterukny mn pun perempuan tu hati dia susah nk sembuh n lembut. Betul2 sakit tahu x..

Leave a Reply

Your email address will not be published.