Nama: NurSya
Jantina: Perempuan
Sy ada bf kami baru bercinta 3minggu. Sebelum ni sy xpernah pndg dia pun apatah lg sayangkan dia. Xpernah wujud pun perasaan tu. Dia suka sy tahun lps lagi tp masa tu sy ada bf tp bf saya curang. Lps putus dia dtg confess perasaan dekat saya. Lama saya diam berfikir jwpn apa yg perlu diberi. Dia confess awl bulan 2 dan saya bg jawapan 30/3. Maka terjadilah hubungan d antara kami. Pd awl hubungan kami, perasaan sayang & cinta saya kpd dia blum dalam lg mcm skg. Sy cuba buka hti utk trima dia sebab sy nmpk effort dia mahukan saya, that’s why sy terima dia. 1minggu mulanya hubungan kami okay ja, tp bila start minggu ke 2 & 3 kami start gaduh. Sy akui ianya byk berpunca dpd saya. Tp dia kurang chat & beri perhatian. Saya jnis bukan suka dating jumpa2 ni. Jd chat & call je perantaraan kami. Sy selalu gduh bnda remeh-temeh sebab dlu dgn ex saya selalu diabaikan. Sy xmau rasa diabaikan tu sebab tu sy mau perhatian.
Ada sekali kami gaduh dia bandingkan dgn sy dgn ex dia, hati mana yang xsakit. Hubungan kami msih baru dan saya sdh start sayang sangat dengan dia. 4 hari dia jauhkan diri daripada saya sebab ada masalah. Sy pulak asyik mrh2 dia. And smlm dia ckp dia tawar hati and mau undur diri pdhal dia yg beriya-iya maukan saya dulu. Skrg dia pulak mau tinggal kan saya. Dia ckp blum pernah dlm sejarah dia tgglkan pmpuan. Tp apa yg dia ckp dkt saya smlm ckup buat saya sedih. Tp dia buat keputusan tu time dia nangis dan dia ckp muktamad. Byk kli sy cuba pujuk dia tp byk kali jgk dia ckp dia tawar hati. Sy tau smua brpunca dari saya tp dia xptutnya bandingkan sy dengan ex dia. Tlglah doktor cinta apa yg perlu saya buat?
Bukan sng sy buat keputusan utk buka hati kpd seseorang. Ya saya tau sy byk slh. Sy ckp dkt dia sruh dia fkir msk2 n sy nak jwpn smula. Sy tkut jwpn dia sesuatu yg negative. Sy dah sayang dia. Sy btul2 ikhlas sayang dia wlau pd mulanya blum sayang sangat mcm skrg. Dia ckp dia xjnji yg jwpn positif tp sy selalu berdoa supaya hubungan kami berkekalan. Sy xtau dah nak buat apa. Chat sy dia xreply. 3minggu tu terlalu awl utk undur diri. Bantulah saya. Saya dah buntu.
Sumber: Facebook Doktor Cinta
Hi NurSya.
Selalunya di usia awal percintaan ni diawali dengan segala rasa perasaan yang berbunga. Tapi berbeza pulak dengan awak. Apakah yang sebenarnya menghalang rasa bahagia itu muncul di hati awak berdua? Adakah sebenarnya awak berdua tidak bersedia? OK baiklah kita lupakan hal tidak bersedia.
Sebenarnya pasangan menjadi banyak bergaduh kerana terlalu mengharapkan pasangan kita menjadi seperti apa yang kita sangka. Contohnya, kita sukakan good morning message dari pasangan. Tapi, pasangan kita tak tahu pun kita suka yang begitu, dan dia juga bukanlah yang jenis begitu. Maka, kita jadi kecewa kerana tak menerima good morning message dari pasangan kita. Penyelesaian yang baik adalah dengan berterus terang dengan apa yang kita harapkan daripada pasangan kita. Jika kita suka diberi perhatian, berterus terang kepadanya. Tambahan pula lelaki yang tidak pandai memahami “hint”, mereka perlukan kata-kata yang straight to the point untuk mereka faham. Jadi, mudah, berterus terang saja dengan dia supaya sentiasa message, chat, whatsApp seperti yang awak nak.
Begitu juga perihal membandingkan awak dengan Ex. Tiada siapa menyukainya. Berterus teranglah yang awak tidak menyukainya dan tidak mahu ia berulang lagi di kemudian hari.
Namun begitu, jangan pula awak melupakan kehendak dia dalam perhubungan ini. Selalulah beringat bahawa untuk satu hubungan itu berjaya, ianya memerlukan kerjasama dua belah pihak. Tak boleh juga lah awak cuma mengharapkan dia sahaja yang sentiasa chat awak. Mungkin dia juga perlu ruang dia sendiri. Lelaki ni macam juga kucing. Tak suka terlalu dipeluk, rimas. Kadang-kadang dia nak juga ruang untuk diri dia sendiri. Tambahan pula apabila dia menghadapi masalah. Sebagai perempuan awak perlu memberi dia ruang, dan jangan pula mendesak dia memberi perhatian kepada awak. Jika dia cinta, tentu sahaja dia akan kembali pada awak apabila dia sudah tidak lagi stress. Jadi, cubalah sebaiknya memahami sifat dan sikap pasangan awak itu, dan cuba untuk lebih menghargainya.
Apa yang saya mampu cadangkan ialah awak berbincanglah dengannya, dan berjanji akan menjadi lebih baik dari sebelum ini. Ketepikan ego. Bukan mudah untuk memulai suatu perhubungan, tapi bukan mudah juga untuk ia terlerai. Lagipun, cinta awak berdua baru sahaja nak bermula. Fikir secara positif, OK?