19 March 2024

Aku Perlukan Penjelasan Tentang Seorang Gadis Dalam Hidupnya, Tapi Aku Pula Diabaikan?

Nama: MiMa

Jantina: Perempuan

Sy ade masalah dengan bf sy. Sebelum ni 5 hr kena ignore lpas tue puas jgak sy pujuk. Hr ni bru je gaduh sbb dia mrh sy x percaya dia. Dia mmg ramai kwn perempuan dari sekolah lgi. Mmg sy taw.Cuma last year before ade relay dgn sy, ade girl ni minat gler kat dia and dia lyn la. After that xtaw npe diorg x cntact and recently sy dpt taw dia cri girl tue. Ble tnye dia mrh. Mse yg dia ignore sy 5 hr pun psal girl ni jgak, cuma mse tue sy dpt taw dari kwn sy and dia mrh. Sbb awal2 lgi dia da ckp dgn sy dia da x cri girl tue lgi. Tp sy curious. Dia de 2 ig de 2 twitter tp beza nme. Cuma yelh ig dengan twitter tue biasala lelaki mmg pnuh la dgn bnda2 18sx tue.

Dia block Whatsapp, FB messenger, mesej, Telegram dengan call. Sy tak tahu nak wat cmne. Saya bnyk kli mnta maaf dekat dia. Cuma dia cakap kasar dengan sy dan cakap nak main game je. Lepastu bila sy explain and mnta maaf dia cuma reply ok lepastu cakap terpulanglah nak fikir ape.

Sy x marah kalo dia jujur dgn sy. Sy cuma tak suka bila sy ditipu. Skg ni dia terus ignore sy.

Sumber: Facebook Doktor Cinta

Hai Mima

Apa khabar? Saya berharap awak awak dalam keadaan sihat semasa membaca balasan ini.

Ketelusan dalam perhubungan memang amat perlu. Namun begitu, ia sama penting dengan kepercayaan terhadap pasangan. Kedua dua aspek ini perlu untuk mengelakkan konflik dalam perhubungan. Apa yang saya nampak, kedua aspek ini kurang dititik beratkan dalam perhubungan Mima. Tidak mengapa, Mima boleh cuba mengambil iktibar daripada apa yang terjadi iaitu cuba untuk mempercayai pasangan Mima. Saya faham apabila Mima berasa curiga dengan pasangan Mima. Kadang-kadang naluri perempuan ni boleh dipakai jugak. Tambahan pula kaum perempuan ni boleh membezakan sekiranya lelaki dan perempuan itu berkawan biasa saja atau lebih-lebih, kan?

Kalau naluri Mima sentiasa betul, maka percayakanlah naluri Mima itu. Memanglah sayang boyfriend, tapi diri sendiri pun kenalah sayang jugak. Sanggup ke biar diri terus ditipu kan? Tapi, Mima perlulah bertindak matang. Sebenarnya lelaki ni macam kucing. Kalau selalu sangat pay attention pada dia, dia jadi malas layan. Kalau kita buat tak tahu je, nanti adalah tu dia datang mengiau dekat tepi kaki. Jadi, nasihat saya Mima biar je si boyfriend tu main game, block semua whatsapp, twitter, instagram semua. Nanti kalau betul dia hargai Mima, dia rasa bersalah, dia akan kembali. If you love someone, set them free OK?

Berbalik kepada ketelusan. Ya, memang tidak adil buat Mima apabila Mima diabaikan saat Mima memerlukan penjelasan. Tetapi Mima, mengharapkan seseorang memahami keperluan ketelusan itu terhadap diri kita sememangnya tidak mudah, melainkan Mima dan dia punyai keterbukaan dalam berbincang, dan dapat menerima perbezaan pendapat. Dalam situasi Mima sekarang ini, saya mendapati bahawa tidaklah mudah untuk membuatkan boyfriend Mima bersikap telus tentang perempuan itu, malah kawan Mima pula yang tolong report tentang perempuan itu dan boyfriend Mima kan? Oleh itu Mima, saya amat suka jika Mima berfikir sejenak. Apakah hala tuju hubungan Mima dengan boyfriend Mima? Mampukah Mima menghadapi sikap sebegini untuk hari-hari seterusnya?

Akhir kata untuk Mima, bahagia yang sebenarnya tidak perlu jauh untuk dicari. Ia ada di dalam diri kita sendiri. Belajar mencintai diri sendiri, manjakan diri sendiri, kerana tiada siapa yang akan menyayangi diri kita lebih dari diri kita sendiri, dan kerana pastinya perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik. Meski orang yang kita cinta pun menyakiti hati kita, bukan? Fikir.

Kongsikan!

Leave a Reply

Your email address will not be published.