Nama: Masa
Jantina: Lelaki
Asalamualaikum Doktor Cinta maaf mengganggu.
Saya cuma inginkan pendapat dan mungkin cara penyelesaian kepada masalah saya ini. Maaf kerana ingatkan pada awalnya perlu berpm di facebook. Nampaknya saya sudah tersilap. Saya dan ex gf telah break dalam sebulan lepas. Bila saya tanya mengapa tetiba mahu break katanya kerana tidak bersedia untuk relationship. Saya cuba minta untuk berbincang, namun dia mengatakan keputusan dia final. Selepas beberapa hari berfikir saya telah mengambil keputusan untuk bertanya mengapa jadi sebegitu. Dia mengatakan dia tak suka saya dah seperti dulu. Kemungkinan besar dia sudah tawar hati.
Bila ditanya mengapa dia sendiri tidak tahu. Dia sendiri cakap saya tak buat salah apa2. Dia kata dia telah cuba untuk meneruskan hubungan, namun tidak berjaya. Kami sebelum berpasangan adalah kawan baik selama 10 tahun. Cuma saya telah confess kepadanya sebelum dia menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Risau diambil orang kerana saya tak berbuat apa2. Saya bertanya kepadanya, di manakah kita sekarang dan dia menyatakan bahawa kita hanya sekadar kawan seperti dulu. Namun dia cakap dia tak pasti boleh mesej saya seperti dulu kerana dia telah tahu saya menyimpan perasaan dan harapan kepadanya. Saya cuma berkata bahawasanya saya akan berikan masa dan ruang kepadanya. Dan kalau suatu hari nanti perasaan tu berputik kembali, saya akan terima sekiranya masih tidak berpunya. Saya juga tidak akan mencari sebarang hubungan romantik lain buat masa sekarang, at least sampai saya bergraduasi dari belajar di universiti. Tapi saya tak terus tutup hati saya sekiranya dia kembali semula dalam waktu itu. Sekiranya saya masih single selepas menamatkan pelajaran, saya juga bertanya boleh tak saya cuba dia sekali lagi sewaktu tu dan dia cakap dia tak halang pun saya nak cuba dan nak tunggu dia.
Cuma dia tak boleh nak menjanjikan sebarang jawapan, sama ada ya atau tak. Saya tidak mahu menekankan dia akan terima saya balik. Saya cuma nak berbaik dengan dia seperti dahulu kala. Kalau ada jodoh, adala. Kalau takde, kita stay je la sebagai kawan baik sampai bila2 (walaupun part ni saya mungkin sedih sikit). Akhir sekali, saya cuma menyatakan nak berjumpa lepas PKP. Dia cakap boleh. Cuma persoalannya sekarang saya sendiri tak tau nk buat apa sewaktu berjumpa? Buat2 macam waktu berdating dulu?
Lastly, did I do the right thing? Saya tak nak dia dikongkong saya. Saya hanya mahu dia gembira. Sebolehnya dengan saya.
Sumber: Website Online Form
Waalaikumsalam Masa.
Pernahkan awak tengok cerita Puteri Gunung Ledang (PGL), lakonan hebat M Nasir dan Tiara Jacquelina? Perihal penolakan peminangan secara halus oleh PGL terhadap sultan Melaka, PGL telah meminta bermacam jenis hantaran peminangan yang tak masuk dek akal. Itulah halusnya bahasa orang dulu-dulu, berkias-kias, berlapik-lapik. Saya berpendapat bahawa ex-gf awak jugak memberikan kiasan yang sebegitu juga. Pedih, tapi mungkin itulah hakikatnya?
Kadang-kadang, perempuan ni memang suka kita meneka-neka apa yang ingin dia sampaikan. Dia cakap A, namun begitu belum tentu A maksudnya. Boleh jadi C. Boleh jadi E. Pelik, kan? Tapi itulah istimewanya mahluk ciptaan tuhan yang satu ini. Terpulang pada awak untuk menafsirkannya bagaimana.
Saya menyokong tindakan awak yang tidak mahu mengongkongnya dan mahu dia bahagia. Betul, if you love somebody, set them free. Kadang-kadang, apabila kita melepaskan, kita memberi si dia lebih cinta. Mungkin, dia lebih bahagia di luar sana, dan akan berterima kasih dengan tindakan kita. Atau mungkin, dia akan menyedari dia memerlukan kita untuk bahagia, apabila dia sudahpun pergi jauh dan merindui kehadiran kita dalam hidupnya, atau dia menyedari yang tiada pasangan seperti kita yang mampu melayaninya dengan penuh istimewa. Siapa tahu?
Nasihat saya adalah awak mintalah dengan Allah. Saya suka mencadangkan doa sebegini untuk awak praktikkan di solat 5 waktu awak;
“Ya Allah, jika dia jodohku, permudahkanlah urusan kami. Jika dia bukan jodohku, redhailah hatiku. Permudahkanlah urusan hatiku. Jika dengan mencintainya, membuatkan aku dekat dengan Mu, Kau permudahkanlah. Jika tidak Ya Allah, ikhlaskanlah hatiku”.
Suka saya mengingatkan bahawa jodoh itu rahsia Nya. Jodoh itu, takdir yang tidak boleh diubah. Telah pun tertulis di loh mahfuz nama awak, bersebelahan dengan pasangan awak beribu-ribu tahun yang lalu. Berlapanglah dada, mintalah pada Allah untuk dipertemukan dengan jodoh, dan bercinta hanya dengan jodoh, supaya perasaan awak tidak menjadi sia-sia.