Nama: Aisyah
Jantina: Perempuan
Assalamualaikum.
Saye nak minta pandgn dr ttg LDR (cinta jarak jauh). Sy pahang dan bf sy di Perak. Dia mungkin agak sibuk dgn bisness dia. Esok dia akan pergi Singapore sbb hal bisnes slama 1 bulan 3 minggu. Dalam tempoh yg lama tu rupanya dia tak percayakan yg sy akan tunggu dia. Sdgkan sy sendiri percayakn dia, sy jarang chat lelaki lain. Lgipun sy baru berusia 18 tahun.
Apa sy kene buat? Biar kan atau pertahankan?
Terima kasih.
Sumber: Online Form Submission
Waalaikumsalam Aisyah.
Tidak dinafikan, tidak mudah untuk mempertahankan perhubungan jarak jauh (PJJ) atau Long-Distance Relationship (LDR). Asas setiap perhubungan begini adalah kepercayaan. Jika hilang kepercayaan, maka musnahlah perhubungan! Oleh sebab yang demikian, hanya awaklah yang mampu meyakinkan dia bahawa awak mampu untuk setia selama itu. Hanya awak yang lebih mengenalinya, bukan?
Komunikasi. Sekarang ni dunia tanpa sempadan. Teknologi semakin canggih. Tak terasa sangat pun kalau LDR, andai kita bijak mengatur komunikasi. WhatsApp, video call, skype dan banyak lagi. Saya ingin memberikan contoh. Mengapa kita perlu berdoa selalu kepada tuhan? Walaupun sebenarnya kita hanya mengulangi doa kita. Sebenarnya, bila kita berdoa, kita berkomunikasi dengan Dia. Dengan selalu berkomunikasi denganNya, secara tidak langsung, kita selalu INGAT kepadaNya. Yes, inilah yang kita mahu sebenarnya. Lebih komunikasi, maknanya, lebih mengingati. Oleh itu, mungkin awak boleh menjadikan point ini (iaitu komunikasi) apabila awak cuba meyakinkan dia tentang kesetiaan awak.
Saya berharap yang saya sudah cukup menjawab persoalan awak. Selamat berjaya dalam percintaan dan kehidupan ya?