21 February 2020

Percintaan Dan Pasangan Yang Tidak Matang. Apa Perlu Saya Lakukan?

Nama: NH

Jantina: Perempuan

Hai. Saya nak tanya. Saya dgan pasangan saya sekarang tak baik macam dulu. Kami ada bergaduh 4 hari lepas, tetapi berpunca darpd kawn lelaki saya telefon saya. Dia marahkan saya. Dua hari kami tidak hubungi satu sama lain. Sampai la saya yang cuba mesej dia tapi tak berbalas. Call pun tidak diangkat. Selama setahun kami kenal, tak pernah dia tak jawab telefon walaupun bergaduh. Malam tu jugak la dia tanya saya nak macam mana, tapi saya tak puas hati nak dia yang jawab. Setelah lama saya paksa dia jawab dia cakap suruh buat haluan masing2. Saya tanya lagi betul ke dia nak macam tu, dia senyap. Tapi selepas kami bergaduh tu dia teman saya makan. Dan esoknya saya mesej dia. Petang baru baru dia balas. Malam saya pergi jumpa dia, dia tak mengelak. Saya tanyakan status hubungan kami. Dia jawab tak tahu. Lepas tu dia ajak makan. Jadi sampai ke sekarang, saya rasa hubungan kami tergantung. Apa saya patut buat?

Hai hai hai. Dari fahaman kami, boleh dikatakan yang hubungan ini sendiri bukanlah satu hubungan yang matang. Satu panggilan telefon tidak sepatutnya menjadi penyebab untuk satu pasangan bergaduh dan akhirnya bermasam muka sekaligus menjejaskan sesuatu hubungan. Apa yang kami sarankan sekarang ialah supaya cik sendiri mula duduk bersama dan berbincang mengenai hubungan ini dan juga hala tujunya kelak. Hubungan yang tidak matang boleh menjadi makin teruk dari hari ke hari melainkan cik dan pasangan sendiri berusaha menjadi lebih matang dan usaha untuk menjadi lebih baik untuk satu sama lain. Percintaan bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipandang remeh dan dibuat main. Ini perkara yang amat serius.

Sama ada hubungan ini tergantung atau tidak, kami rasa jawapannya akan diperoleh setelah selesainya sesi slow talk dan perbincangan nanti. Ingat, hubungan yang matang boleh dicapai dengan adanya usaha dari kedua belah pihak. God willing, semua dipermudahkan.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *